Sunday 13 November 2016

Kebaikan Anggur Muscadine

Anggur Muscadine

Nama saintifiknya adalah Vitis Rotundifolia. Tidak seperti anggur yang lain yang tumbuh di tempat yang sejuk, anggur Muscadine tumbuh di tempat yang panas dan lembap.

Anggur Muscadine juga mendapat gelaran sebagai Super Grapes disebabkan saiznya yang boleh membesar sehingga menyamai saiz sebiji bola golf.

Perbezaan Anggur Muscadine

Anggur ini berbeza struktur kulitnya berbanding anggur biasa. Kulit anggur muscadine keras dan tebal.

Uniknya anggur Muscadine ini, ianya satu-satunya anggur yang tidak perlu disiram air dan disembur racun serangga kerana ianya mampu menahan suhu panas serta berupaya melindungi dirinya dari serangan bakteria dan fungus.

Selain itu, anggur muscadine juga mempunyai lebih satu kromosom berbanding anggur biasa iaitu 20 kromosom. Bilangan kromosom yang lebih berbanding anggur biasa iaitu 19  kromosom menjadikan anggur muscadine lebih tahan lasak dan apabila diserang burung atau serangga, ia mampu untuk merawat dirinya sendiri.

Kandungan ORAC Anggur Muscadine

Kandungan ORAC (Oxygen Radical Absorbing Capacity) berfungsi membantu menentukan tahap antioksidandi dalam sesuatu bahan tersebut.

Anggur muscadine mempunyai kandungan ORAC (Oxygen Radical Absorbing Capacity) yang tertinggi. Ini berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Brunswick Biomedical Labotories of Wareham, Massachusetts pada tahun 2003.  Dan perbezaan itu dilihat berdasarkan kajian mereka yang lain.

OPC dan Ellagic Acid dalam Anggur Muscadine

OPC atau lebih dikenali sebagai Oligomeric Proanthocyanidins merupakan sejenis antioksidan yang dikatakan mempunyai kuasa antioksida yang lebih kuat berbanding vitamin C dan vitamin E.

Anggur muscadine kaya dengan OPC dan satu-satunya anggur yang mengandungi Ellagic Acid yang bersifat anti kanser dan anti radang.

Kebaikan Sebiji Anggur Muscadine

Anggur muscadine secara keseluruhannya mempunyai kebaikan pada setiap satunya.

Di dalam kulit anggur muscadine mengandungi antioksidan dan fitonutrien yang tinggi. Manakala di dalam bijinya pula terkandungresveratrol yang tinggi dan akhir sekali nutrien yang sangat bermanfaat terkandung di dalam isi anggur muscadine.

Secara ringkasnya, anggur muscadine sangat unik bermula dari ciri, struktur dan juga kandungannya berbeza dengan anggur biasa yang lain.

Keistimewaannya juga menarik perhatian banyak pihak untuk menjadikannya antara bahan utama dalam ramuan mereka.

No comments:

Post a Comment