Friday 13 January 2017

Nak kahwin hantaran tinggi sangat.

Nak kahwin hantaran tinggi sangat.
˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚
Cerita viral yang satu ni kat dalam website malaysia viral menarik perhatian Mira.

Pasal hantaran yang terlalu tinggi, menyebabkan ramai teruna dan dara ambik keputusan membuat loan peribadi sedikit utk belanja kahwin, hantaran, cincin da sebagainya.. Dengan gaji yang tak seberapa.. nak kumpul duit buat baju pengantin, photography, makan tetamu, majlis berinai dan sebagainya...semua kos paling cikai pun mungkin cecah la RM 30k bagi kedua2 pihak pengantin.. itu kalau hantaran takat RM 8,000. Kalau 10,000 - 15,000 acaner.

Takkan nak jadi raja sehari.. pastu berhutang sampai ke mati..

Mira teringat ceramah ustaz Kazim Elias pasal belanja kahwin. Nak kahwin si anak.. tapi mak pak letak hantaran punya lah tinggi..alasannya kahwin seumur hidup, sekali aje. Si anak kena buat hutang sana sini selepas kahwin. Kahwin untuk mencari ketenangan hidup. Tapi kalau hutang kahwin aje dah berlambak, belum hutang kereta, kos rumah sewa, sakit pening, barang dapur.. takkan semua nak berhutang jugak. Macamana nak dapat ketenangan kalau dah kahwin tapi hutang keliling pinggang.

Ustaz Kazim jugak sarankan satu konsep perkahwinan yang bagus, yang disarankan Islam, tetapi akan dikata oleh semua orang bertahun2 lamanya. Iaitu kos kahwin hanya RM1500 sahaja.

Caranya macamni:

Mintak tolong orang masjid war-warkan tentang ceramah agama di masjid. Semua lelaki perempuan, tua dan muda pakat datang mendengar ceramah.. habis aje ceramah, ayah pengantin ambik microfon announce pasal perkahwinan anaknya. Perkenalkan anak menantunya, dan juga besannya. Semua orang kat masjid  tu akan tahu. Kemudian umumkan "nanti kalau nak balik tu, kat bawah khemah kecik tu ada nasik kukus ayam berempah. Jemput lah ambik makan. Nak bawak balik makan pun xpe.."

kaedah ni mungkin akan ditertawakan orang. Tapi yang paling dituntut dalam Islam..iaitu kesederhanaan.

Terpulang kepada semua nak pilih jalan mana nak kumpul duit nak kahwin nanti. Berbincanglah elok2 dengan orang tua. Moga berkekalan dan diberkati Allah sehingga akhirnya.

Yang benar,
Mira Si PengedarShaklee
019-2821775

Nak order vitamin, meh2 kedai dah bukak ni..
Vivix tengah promo ni.. meh2 orderan. Hehe ;)

#tsunamishaklee #amazing10 #pts314jan2017