Tuesday 13 September 2016

COACHING & LEARNING

Alhamdulillah.. syukur sekali lagi pada Allah sebab temukan Mira dengan kawan sangat Mira sayang, in shaa Allah sampai akhirat nanti harapnya. Ameen.

Sape tu?

Nurul Idayu Kambali namenye. Nama manja Ayu. Orangnya kecik comei aje. Hehe. Alhamdulillah...sampai jugak dia ke rumah Mira. Tujuannya nak coaching Mira. Maklumlah, baru pergi kelas nutrisi haritu, mestilah nak kena set target untuk capai matlamat WHAM ni kan. Aduhai.. baik tak coach macam ni. Mana nak dapat coach yang walk-in ke rumah semata-mata nak share segala ilmu yang dia ada. Pulak tu yang best, dia ni kerja...siap ambik cuti lagi.. Dia hantar anak2 kat pengasuh dan datang rumah Mira. Mira ni, kalau weekdays susah sikit nak keluar rumah dengan anak-anak kecik. Weekend coach kita plak yang akan sibuk. Maklumlah kan dia wanita bekerjaya..so, weekend adalah WAHM day and family time.

Syukur dapat jugak curik masa Mira masak nasi goreng untuk breakfast tadi. Tujuannya takdelah kelam kabut nanti waktu tengah coaching dengan Ayu. 

Banyak betul yang dipelajari harini. Coach ayu ni pun sangat lah sabar dengan anak2 Mira yang aktifnya bagai spiderman. Berlari2 atas tempat ayu letak buku2 nya. Panjat atas Mira dan kejap2 panjat atas ayu.. tetap jugak Ayu teruskan coachingnya dengan sabar dan rilex aje. Suke I tengaok kesabaran dia.

Selain ilmu Shaklee, iaitu ilmu bisnes dunia nih, Ayu share jugak tentang ilmu bisnes akhirat. Maklumkann..kita pencari rezeki. Yang Maha Pemberi Rezeki adalah Allah.

Bukan tu je.. MasyaAllah.. ilmu kekeluargaan dan anak-anak pun Ayu share. Ish... ternganga mulut I (dalam hati) bila teringat betapa tekadnya dia untuk coaching Mira sampai berjaya objectives coaching harini.

Antara ilmu akhirat dan bisnes ni, Ayu share:

  • Paling utama, niat bisnes ikhlas kerana redho Allah.
  • Niat nak bantu orang lain untuk jadi sihat sama macam kita berusaha untuk diri kita dan keluarga kita jadi sihat.
  • Niat untuk dapatkan keuntungan yang munasabah untuk kita capai objektif perniagaan kita. Yela kann..orang berniaga mestilah nak untung. Walaubagaimanapun jangan lupa diri. Untung Rugi adalah usaha kita dan izin Allah juga.



Matlamat dunia dan akhirat yang tercapai adalah bergantung pada redho Allah sepenuhnya. Yelah..contohnya kalau kita berjaya untung banyak pun, memang sebab kita usaha. Tapi kalau Allah tak redho..bukan ke istidraj tu namanya.. Haa..yang ni coach ayu tak ajar. Aku yang ajar diri sendiri. Tetiba terlayang2 dalam sinaps ni benda ni.

RISIKO KEKURANGAN KALSIUM DALAM BADAN

Berkat kesabaran dan semangat dalam mengumpul ilmu nutrisi dan penyakit, Mira yakin untuk berikan nasihat nutrisi kepada customer yang tanya berkenaan produk.

Contohnya macam hari ni. Ada customer yang juga kawan lama, ceritakan masalah isterinya yang sering letih dan selalu sakit pinggang. Isterinya juga ada symtom kekurangan kalsium sebab sakit pinggang hampir setiap hari selalu lenguh2 di seluruh badan. Setiap kali isterinya mengandung, giginya rosak dan terpaksa dibuang. Kes-kes begini, bukan sahaja membahayakan ibu semasa mengandung, tetapi turut sama membahayakan si anak dalam kandungan. Setelah melahirkan, si ibu berisiko untuk mendapat penyakit kerapuhan tulang atau osteoporosis. Tumbesaran anak pula akan terganggu dan membahayakan anak setelah usianya di awal remaja.

Ni lah Ostematrix nye. Tiap2 malam mesti Mira kena makan ni. Untuk penjagaan tulang yang optimum. Maklumlah dah masuk 3 series..hihi.


Jadi, sebenarnya penting sangat pengambilan kalsium yang konsisten setiap hari. Selain daripada pengambilan makanan yang mengandungi kalsium, makanan juga perlu ada zat mineral yang lain seperti vitamin D, Vit C, B-Complex, Magnesium untuk membantu menyerap kalsium dengan efisyen dan membawa mineral kalsium yang diperlukan dalam darah dan organ badan.

Alhamdulillah

Alhamdulillah syukur pada Allah subhanallah. Berkat petunjuk dariNya, Mira buat juga blog akhirnya. Memang dari dulu nak blogging. Tapi takde masa. Lebih tepat lagi, hidup rasa busy memanjang, letih dan tiada masa untuk diri sendiri.

Tapi harini dah pun buat blog. Walaupun masih belum ada ape2..syukur dan terima kasih sangat2 kat kawan2 yang 'memaksa' Mira buat blog untuk kepentingan harini dan esok2 di masa depan.


Mira ni ibu bercahaya mata 4 orang puera dan puteri. Tinggal kat Sijangkang, Kuala Langat. Isteri, ibu dan suri rumah sepenuh masa. Hobi..hahha.. masih mencari yg pasti. Tapi apapun, mira sukee sgt menjahit. Sampai sanggup habiskan duit beli mesin jahit tepi walaupun mahal. Bab nk belajar menjahit ni, isy...bila ek. Mudah2an..Allah bagi satu masa yg pasti. Ameen.