Saturday 8 October 2016

Bahaya air berbau klorin

“Eh, air dah ade la..Syukur. Tapi bau klorin lah...”

“Bila air ada semula, ramai yang merungut air bau klorin..”

Ok. Kenapa entry kali ni pasal klorin dalam air? Kan baru-baru ni banyak kawasan di daerah Kuala Langat yang takde air..disebabkan adalah masalah di Empangan Semenyih, menyebabkan air terpaksa dirawat hampir keseluruhan di kawasan Kuala Langat, 99.7 % di daerah Sepang, 93% di daerah Hulu Langat diikuti Petaling iaitu 89% pemulihan. Ni pun dah start balik catuan air. 2 hari ade, 2 hari takde air. So kene kumpul air dan jimatkan air waktu ni.

Waktu ni ramai lah yang yang betul-betul hargai air, sebab bila masa takde air, susahlah nak buat kerja-kerja rumah, mandi, membasuh dan memasak. Kalau sekolah takde air, memang susahlah pelajar nak membuang air, mengambil wudhu’, membasuh tangan sebelum makan dan sebagainya. Air dan elektrik ni dah sangat related dengan kita. Kalau tak ade salah satunya memang pening kepala. Tapi kalau tak ada air lagi pening kepala dari takde elektrik.

Apa pun Tahniah staf-staf Syabas yang bertungkus lumus buat kerja-kerja pemulihan.
Tapi masalahnya, ramai yang ‘berbunyi’ “eh, air berbau lah”. “Bau klorin kuat lah”.. hai..macam-macam. Bila takde air merungut..bila ada air pun merungut.

Selalu STRESS ke?? Kesian..
Cuba set ini.. In shaa Allah hilang stress.


Hehe. Sebenarnya rungutan tentang air berbau klorin tu perlu diambil berat. MESTI !!.

Kenapa air mesti dimasukkan klorin?

Air terawat memang akan dimasukkan klorin. Ini untuk tujuan mematikan semua patogen dalam air yang boleh membawa penyakit. Selain tu, klorin juga berfungsi untuk menjernihkan air. Semakin keruh air, jadi semakin banyak klorin yang dimasukkan. Tapi walaubagaimana pun Syabas dah sahkan yang tahap klorin masih lagi di tahap selamat untuk kegunaan isi rumah.

Selamatkah kalau klorin masih ada dalam air?

Ok. Nak kata selamat atau tak..itu adalah subjektif. Mengikut WHO dan Garis Panduan Air Minuman Kebangsaaan (National Standard Drinking Water Quality), klorin memang selamat diambil selagi berada dalam paras yang tidak membahayakan manusia. Tapi kita tahu tak, pendedahan klorin yang tinggi (walaupun berada pada tahap maksimum iaitu dalam range ‘safe’ boleh mendatangkan bahaya pada organ-organ manusia.



Iklan sekejap...

(Kalaulah kita boleh dengar, macamana organ-organ kita bercakap antara satu sama lain. Komunikasi diorang ni bukan sahaja dalam aspek bekerja dalam satu sistem, contohnya Sistem pencernaan, sistem perkumuhan, sistem koordinasi dan tulang, sistem peredaran darah, sistem imunisasi, dan sebagainya.

Organ-organ ni, sel-sel, enzim, bakteria baik, interferon dan semua dalam sistem badan ini tidak pernah cuti bekerja secara intrasistem dan intersistem, tapi jugak terpaksa bekerja lebih keras apabila mereka ini menderita kesakitan. Nampak tak? Kalau kita sakit, kita boleh ambil cuti sakit atau MC, tapi kalau badan kita sakit dan kita masih buat-buat tak sakit...maka tiada ‘MC’ untuk kesemua sistem dalam badan kita. Mereka terpaksa bekerja dengan lebih kuat lagi sedangkan mereka tengah lemah... Mereka diberi lebih banyak tugasan yang susah-susah iaitu meneutralkan toksik yang masuk dan keluar dari badan dengan selamat. Whuaa.. banyak nya kerja badan kita. Tapi kita? Tak kesian ke dengan badan kita?

Kalau kita diizinkan Allah, untuk dengar rintihan kesakitan sel-sel organ yang terkena toksik klorin atau segala macam dadah ubatan, dadah nikotin, perasa makanan, pengawet makanan dan sebagainya lah..hah, macam mana agaknya reaksi kita. Kalau masih lagi selamberrrr ajer menyakitkan diorang..wallahualam) Kita sebenarnya meracuni diri kita sendiri. Senang cerita ayat Allah... “sedangkan aku tergolong dalam orang-orang yang menzalimi diri sendiri”).

Maaf..saya memang macam ni. Saya cuba empati setiap apa yang ada pada diri saya. Lecturer saya kata.. sesiapa yang belajar pasal Ethics of Environmental Toxicology, normal kalau dia fikir macam ni. Tapi dia tak normal kalau dia tak fikir macam ni.



Ok..back to topic. Sebenarnya..Klorin yang dikatakan berada dalam paras selamat untuk kegunaan kita itu lah pembunuh senyap. “Eh, tak lah...kan ke pihak atasan dah kate selamat..selamat lah! Kepoci betullah !!!”


Kenapa klorin menjadi pembunuh ‘selamat’ atau pembunuh senyap? Come closer..Let us take a look.


Klorin bersifat mengakis, beracun, dan gasnya boleh menyebabkan sesak nafas atau lemas. Sememangnya klorin digunakan untuk membunuh bakteria dan patogen lain di dalam air. Tetapi klorin juga boleh bergabung dengan bahan organik dalam air seterusnya menjadikan air tersebut bersifat karsinogenik. Residu klorin tidak berhenti disitu sahaja. Apabila ia masuk ke dalam tubuh manusia, ia akan merosakkan bakteria baik dan sel-sel sihat. Bila sel sihat dah jatuh sakit, ini boleh melemahkan sistem imunisasi badan sehingga tubuh badan mudah mendapat penyakit. Faham tak?



Tapi, sekiranya klorin merbahaya, kenapa ianya diluluskan untuk digunakan dalam perawatan air? Ini kerana klorin lebih efektif dalam membunuh patogen dan ianya lebih murah berbanding kaedah lain. Jadi ianya diterima pakai oleh WHO, dan langsung terus diterima pakai di kebanyakan negara.

Residual Chlorine atau Klorin residual (klorin yang masih bebas, yang tak bergabung dengan komponen lain) mestilah di paras maksimum sehingga 0.2 – 5.0 mg/L (National Standard for Drinking Water Quality, NSDWQ). Manakala Quality Assurence Program (QAP) pula menyarankan maksimum sehingga 2.3 mg/L sahaja. Lebih dari itu dikira tak selamat.




Terlebih paras klorin dalam air boleh menyebabkan mudarat kepada pengguna. Mestilah pihak Syabas dan KKM tak nak jika berlaku keracunan air kepada pengguna. Bahaya dan boleh menjadi satu wabak pulak.
Kajian membuktikan sesiapa yang selalu minum air yang mengandungi residu klorin mempunyai risiko menghidapi kanser pundi kencing, kanser dubur (American Journal of Public Health, 1992) dan kanser kolon atau usus (Health Freedom News, January/February 1987).

Setiap hari kita akan banyak menggunakan air. Minum, masak, membasuh, mandi. Air yang mempunyai bahan kimia boleh memasuki dengan 3 cara paling mudah iaitu:



Absorption (Penyerapan)
Bila kita mandi, atau membasuh pinggan mangkuk atau apa sahaja aktiviti yang membolehkan air terkena pada kulit, boleh menyebabkan klorin yang larut air terserap melalui kulit.


Ingestion (Makan atau minum)
Bila kita masak air berklorin ni, klorin takkan hilang, malah akan menjadi bentuk bahan kimia yang lebih membahayakan tubuh. Begitu juga heavy metals (logam berat), walaupun kita masak berkali-kali, bahan kimia atau logam berat ini memang tidak mudah terurai dan bebas dari air tersebut.


Inhalation (Hidu)
Klorin yang terlalu banyak akan boleh dibau..walaupun di dalam air. Ini kerana klorin bersifat gas, yang akan terpeluwap keluar dari air dan menjadi gas. Klorin yang disedut juga akan membahayakan kesihatan. Pendedahan kepada bau atau gas klorin yang keterlaluan atau selalu (setiap hari) boleh menyebabkan penyakit peparu dalam jangka masa yang panjang.



Penyakit berkaitan pendedahan dengan klorin
Antara penyakit-penyakit akbibat daripada klorin adalah:
Kanser peparu
Kanser trakea (saluran pernafasan)
Kanser kolon (usus)
Kanser pundi kencing
Kanser rektal (dubur)
Kanser kulit


Jika kita sememangnya terdedah kepada klorin, apa yang harus kita buat untuk menyingkirkan atau mengurangkan tahap klorin dalam badan?


  • Pasang penapis air yang boleh menapis sisa logam berat dan klorin sepenuhnya. Ada pelbagai penapis air di pasaran. Ada yang boleh menapis sisa logam berat sahaja, tetapi bukan residu klorin. Jadi, jika nak cari penapis air, perlu mendapatkan konsultansi dan ilmu terlebih dahulu.

Water Pitcher Shaklee adalah Penapis air Shaklee yang boleh menapis
segala kotoran fizikal, logam berat dan juga klorin.
Boleh dibawa kemana-mana. Mudah bagi yang suka travel.
Selamat dan mudah untuk digunakan,
Penapis boleh ditukar. Satu penapis boleh digunakan sehingga 600 kali tapisan. 


  • Jika tiada penapis air yang boleh menapis logam berat dan klorin, minum dan mandi air bersih seperti air mineral dan minum dengan banyak sehingga seminggu. Ini adalah untuk membuang atau ‘flush’ residue klorin tersebut melalui perkumuhan. Sekiranya perlu minum air mineral ini sehingga 40 hari.


Cara DETOX Shaklee.. jom kita start detox. Hasilnya..badan nyah toksin..
Badan jadi kurus. Tak percaya?? Whatsapp Mira - 019-282 1775
  • Seeloknya mulakan program detox. Boleh menggunakan air hirisan lemon (bersama kulit lemon) untuk menyah-toksik klorin dari badan.

Antara Set detox Shaklee.
Untuk konsultansi set bajet anda, Whatsapp MIRA 019-282 1775


Perlu kita tahu kepentingan detox ni. Selain hati, buah pinggang adalah organ yang paling efektif melepaskan toksin yang larut air. Tetapi tidak dapat melepaskan toksin larut lemak. Jadi, toksin itu akan kekal duduk dalam sel-sel lemak. Untuk tidak menjejaskan organ-organ badan yang lain, sel-sel lemak akan terus ‘menyerap segala toksin-larut lemak itu. Apabila setiap hari kita terdedah dengan pelbagai bahan kimia berbahaya dan klorin, maka bertambahlah dari sehari ke sehari sel-sel lemak itu menjadi lebih besar dari sebelumnya. Ini menyebabkan kita rasa kurang bermaya, cepat letih dan asyik nak berbaring walaupun tidak mahu tidur. Metabolisma badan akan semakin rendah sehingga badan mencapai tahap obesiti.


  • Boleh juga makan supplement yang berfungsi untuk detox hati. Kerana residue klorin mungkin boleh dinyahkan di organ-organ lain tetapi akhirnya di’tapis’ di organ hati. Jadi detox hati adalah langkah terbaik. Atau...kalau nak mudah, mulakan program detox dengan set detox Shaklee ni.


Antara supplement utama dalam program DETOX

  • Mulakan bersenam sedikit demi sedikit. Kalau boleh gunakan teknik bersenam yang boleh pecahkan lemak dulu. Contohnya senaman pecah lemah di perut, di peha. Kalau Mira, memang suka teknik Kevin Zahri atau Full Body Tabata’.
  • Tabata ni senang aje.. 4 minit aje sehari. haa..jangan nak bagi alasan takde 10 minit untuk bersenam.. tabata ni 4 minit aje..



  • Tingkatkan imunisasi dengan pemakanan yang sihat. Banyakkan minum air suam berbanding air sejuk-ais. Ini kerana pada waktu ini badan kita banyak toksin yang melemahkan dan menggunakan banyak tenaga. Jadi kita tidak nak badan kita menggunakan lebih banyak tenaga untuk dijadikan haba untuk ‘memanas’ kan air yang sejuk untuk tujuan pemprosesan dan pembersihan dalam tubuh. Faham tak nih..hehe.



Yang paling utama. Ini jangan tinggal dalam setiap amalan dan usaha kita untuk menyahkan klorin dari badan:

  • Banyakkan berdoa dan zikir. Tawakkal kepada Allah untuk Allah jauhkan kita daripada penyakit-penyakit  berbahaya.



-End-

No comments:

Post a Comment