Tuesday 20 September 2016

Suami Taknak Isterinya Jadi Bidadari Syurganya

Teringat orang tua-tua kata, kalau nak pikat hati suami, pikat lah dari perut dia. 
Ye sebenarnya memang betul statement tu. Cuma kita kene add sikit la yang lain. Sebab suami ni pun manusia. Dia kahwin ngan kita pun sebab dia sayang sangat dengan kita. Terima baik buruk kita. Bukan semata-mata nak makan makanan kegemaran dia aje..hehe.

Suami ada hati dan perasaan. Kadang-kadang hatinya gembira. Kadang-kadang dia tak gembira. Kadang-kadang dia 'period' haha..emosi lebih sikit berbanding hari-hari biasa.

So nak jadi isteri solehah kita kena jaga hati suami. Kita perlu tahu apa yang buat suami gembira atau sedih. Cuba elakkan buat perkara-perkara yang boleh membuatkan dia marah atau kecewa. Usaha untuk cuba menjaga sebuah perkahwinan adalah satu ibadah. So, kann dapat dah pahala.

Perkahwinan yang ke 9 tahun ni Mira semakin sedar, kadang-kadang kita lupa apa yang patut kita buat dan apa yang tak patut kita buat sebagai isteri. Sebabnya kita sendiri dah banyak tanggungjawab waktu ini.

Impian Mira nak jadi Ketua Bidadari suami di syurga. Kompem ke dapat jawatan ni nanti? Bukan senang, tapi bukan juga susah sangat. Kita betulkan niat kita selalu, ingat dan sebut nama Allah selalu..in shaa Allah..segala jalan akan Allah buka terbentang luas untuk kita para isteri.

Jangan terkejut, Mira pernah jumpa depan mata Mira, seorang suami tu dia confessed di hadapan isterinya untuk ada bidadari selain isterinya di syurga nanti. Waktu tu sebenarnya kami tengah sembang-sembang biasa. Tiba-tiba isteri selamba aje bertanya, “Abang nanti di syurga mesti ramai isteri, abang rasa ayang ke yang jadi ketua bidadari untuk abang” si isteri tanya sambil tepuk manja bahu suaminya. Dalam hatinya, mesti suaminya akan kata ya, dialah ketua bidadari syurga buat suaminya. Tapi tak disangka-sangka, suaminya membalas yang isterinya bukan pilihan hatinya untuk jadikan bidadari syurga. “Tak kot” kata suaminya bila si isteri tadi tanya...Mira terkejut. Isterinya pun terkejut, tapi masih mengharap suaminya tidak serius. Tapi suaminya terus sambung ayatnya... “Alah..you pun akan jumpa suami ideal lah kat sana..sama-sama kita doakan kita akan dapat pasangan terbaik untuk kita kat sana ye”.. Ayat suaminya yang seolah-olah tidak ada apa-apa. Seolah, ayat tu boleh tenangkan semula hati isterinya yang dah sedih tadi.

Mira tengok wajah isterinya berubah. So, waktu tu tahulah dia, dia bukan isteri idaman suaminya. Ada kekurangannya di mata suaminya. Kat mana kekurangan dia? Mira tahu, mesti sedih hati isteri tu..sehingga sekarang Mira sendiri teringat-ingat lagi dengan kata-kata suaminya. Aduhaiii...pedih..

So, kalau kita para isteri selalu minta pada Allah agar ditemukan semula dengan suami kita di syurga... in shaa Allah. Allah pasti tak akan mengecewakan usaha isteri yang bersungguh-sungguh menempatkan dirinya di hati suaminya.

Apa pun kita kena usaha. Untuk berada di syurga dengan suami kita / suami idaman bukan mudah. Sebab syurga itu mahal kann..

Tapi kalau readers cuba tips-tips ni, in shaa Allah mudah untuk pikat hati Encik Suami. Yang paling penting ikhlas kerana Allah. Semua tips ni adalah mengikut cara yang disyariatkan,.

  1. Sayangi dia sepenuh hati kerana Allah.


Sayangilah suami kita sepenuhnya dan terima baik buruknya. Sebab tak ada sesiapa pun yang sempurna. Hanya Allah s.w.t. yang Maha Sempurna lagi Maha Bijaksana.

Sayangi dia kerana Allah, kerana kita taknak dia terheret ke neraka kerana perbuatannya atau perbuatan kita di dunia. So kita kene sentiasa ingat niat kita, dan berhati-hati dalam tindak tanduk kita.

2. Menjadi pendamping suami di mana sahaja dia perlukan kita.

“Disebalik kejayaan seorang suami, ada kekuatan dan sokongan dari seorang isteri”

Pernah dengar kan quote tu. Jadi kalau suami kita ajak ke mana-mana..sebolehnya luangkan masa. Cuba lah sesekali ambil cuti untuk ikut dia. Suami akan rasa lebih seronok, sebab orang kuat dia..iaitu isterinya sentiasa ada bersama-samanya.

Waktu dia dalam keadaan sedih atau gusar, sebaiknya kita cuba sentiasa berada disampingnya. Cuba untuk berikan respon positif terhadap apa yang diperbincangkan. Suami akan berasa sangat dihargai, kerana isterinya paling memahami dirinya.

3. Masak makanan kegemarannya dan anak-anaknya.

Biasanya di mana-mana muka bumi sekarang ni, kalau dah nama isteri, antara tugasannya di rumah adalah memasak untuk keluarga. Sebab suami kadang-kadang hanya tahu makan. Masak pun hanya tahu yang simple seperti pisang goreng.

Isteri ni kenalah tahu apa yang suaminya sukaaa makan. Kalau tak tahu masak, boleh belajar dengan ibu suami. Kalau tak tahu juga, alaahhh...internet berlambak resepi. Tinggal nak cuba buat aje.

Kesihatan suami mesti kita kena jaga. Kalau boleh masaklah makanan yang sihat dan sentiasa ingatkan dia tentang apa yang tak boleh dimakannya, dengan lemah lembut.

Kalau boleh didik anak-anak untuk turut sukakan makanan kegemaran suami. Dengan cara ini, suami akan rasa dia bertuah kerana anak-anaknya turut suka dan mewarisi makanan kegemarannya.

4. Menggalakkan hobinya.

Memang selalunya hobi ister dan suami ni lain-lain. Tapi kadang-kala galakkan lah dia melakukan perkara yang sangat disukainya seperti bermain badminton, memancing atau mendaki gunung.

5. Menggalakkan dia ke surau untuk solat jemaah.

         Haa.. pernah dengar tak.. duitmu, duitku...duitku, duitku... Apa relate dengan tips ni? Well memang relate.. cuba kita anggap duit dalam ayat di atas tu adalah pahala.. Kalau kita galakkan dia ke surau untuk solat jemaah, secara tak langsung pahalanya tak kisah lah dia nak berjalan kaki/naik kenderaan ke surau pun...kita akan dapat tempias pahalanya.

6. Mendidik dan menjaga kebajikan anak-anaknya.

Suami perlu mencari rezeki, isteri perlu mendidik anak-anak. Ini adalah tanggungjawab kedua-duanya. Bukan bermakna kalau jadi isteri tu kena 100% didik anak, suami tak payah.. No! Bukan macam tu.

Suami perlu ambil peranan. Cuma digalakkan dalam Islam, isterilah yang mendidik anak-anak.. dan menjadi pemudahcara dalam setiap urusan anak-anak. Anak-anak selalunya akan rujuk emaknya terlebih dahaulu sebelum meminta kepada si bapa. Isteri lebih lemah lembut sifatnya secara semulajadi berbanding suami.

Bila kita buat macam ni, kita sebenarnya telah permudahkan tanggungjawab suami untuk menjaga keluarga secara keseluruhannya.

7. Selalu mengikuti perkembangan kerjanya.

Ada tak situasi macam ni..bila suami balik kerja atau pulang dari sesuatu aktiviti, dia akan cepat-cepat cari kita, nak share apa yang dia alami. Haa...kalau si suami ni macam ni, in shaa Allah dia hargai kita sebagai teman rapatnya untuk dia bercerita dan meluahkan segala yang dia rasai. Waktu ini, seeloknya isteri kena tekun mendengar apa yang dicakapkan oleh si suami. Jangan pulak mengelamun tempat lain, atau berfikir tentang hal-hal lain, sehingga apa yang suami cakapkan isteri tidak faham. Dikhuatiri suami akan beralih mencari seseorang yang lain untuk dia berkonsi cerita.


8. Bercakap lembut dan bermanja dengannya.

Kadang-kadang kita tak perasan kita selalu bermasam muka dan bercakap kasar dengan suami. Mira faham..kadang-kadang bila kita penat kita akan mudah jadi marah.

Fitrah suami sukakan benda yang menenangkannya. Dia suka tengok kita senyum kat dia, dia akan rasa tenang. Isteri mesti gunakan bahasa yang sopan bila berbual dengan suami. Kalau boleh susun juga ayat-ayat yang sesuai supaya dengan keadaan supaya suami tidak terguris hatinya.

Jika dia marah-marah, lebih baik diam dan jangan menjawab. Kerana suami apabila kita isterinya menjawab, dia akan rasa tercabar dan mungkin akan jadi lebih marah. Buruk akibatnya. Emosi kita pun akan lebih tercalar berbanding kita diam dan istifar dalam hati.



“Isteri janganlah berkasar dengan suami yang baik dan soleh. Kerana Bidadari di Syurga akan terus berdoa semoga Suaminya itu cepat masuk Syurga dan berkata binasalah kepada wanita itu...” – Ustazah Nurhafizah Musa-

Suami juga suka bila isteri bermanja dengannya. Kalau dia tengah buat sesuatu tu, cubalah peluk dia dari belakang..cakaplah kita rindukan dia.. In shaa Allah...cair..Silap2 dia juga akan balas pelukan isterinya tu. Hehe..

9. Cepat-cepat minta maaf jika buat salah dengan Suami.

Minta maaf ni satu perkara yang susah bagi suami atau isteri yang menggunung egonya. So, kalau kita nak jadi isteri solehah, kita kena banyak sabar, minta lah maaf dengan suami walaupun kedua-duanya memang salah. Tak hilang seri kita kalau kita minta maaf dulu. Silap-silap suami akan termalu dengan perbuatannya, dan dia juga akan terut meminta maaf dan keadaan akan jadi lebih baik daripada sebelumnya.




10. Menjaga rumah, anak-anak dan harta bendanya.

Suami ni bekerja. Bila dia balik ke rumah, sebolehnya dia perlukan suasana rumah yang tenang untuk badan dan fikirannya berehat. Jadi, kenalah pastikan rumah selalu kemas. Oh..anak-anak suka sepahkan. Betul..Mira pun ada 2 anak-anak kecil yang selalu buat sepah. Jadi Mira mintak mereka tolong kemaskan sebelum ayah mereka sampai.

Jika suami isteri bekerja pula, kenalah masing-masing ambil peranan masing-masing untuk mengharmonikan suasana rumah. Supaya rasa lebih seronok, tenang bila berada di rumah.

11. Jangan kerap berleter panjang.

Ok. Berleter ni memang sinonim dengan wanita. Apatah lagi yang dah kahwin. Double tripple leteran nya bila anak-anak dah ramai. Haa.. begituu.

Ok, sebelum Mira kata 'Jangan', jom kita check diri kita..seronok tak kita kalau mak atau ayah, atau kakak atau adik beradik rapat kita asyik berleter dengan kita bila kita berjumpa. Asal jumpa berleter..asal berleter je jumpa. Kita ada perasaan malas tak nak jumpa diorang? Of course la kann.. Kalau tanya Mira, memang mula-mula Mira rasa tak apa. Nak berleter? Leter lah sampai puas. Weh..lama-lama pening jugak tau.. Korang yang dok cuba-cuba buat tips-tips ni, haa cuba pejam mata..tadah telinga, masuk telingan kanan - keluar telinga kiri. In shaa Allah hubungan baik dengan adik beradik pun ok. Kann..

Kalau kita gerammm sangat dengan husband. Memang kena jugak luahkan apa terbuku kat hati tentang suami.. maka kita tarik nafas panjang-panjang. Istifar..ingat macam ni "Ya Allah. Engkau sedang tahu isi hatiku, "Jagalah isi hatiku sebaiknya Ya Allah.. jangan lah ditinggalkan aku walau sesaat"Allah. Malaikat mesti tengah tengok aku yang sedam muram ni. Allah mesti sedang buat yang paling best dan berkesan untuk Mira. 
Memberikan 'love notes' kepadanya secara senyap-senyap pun oka jugak. So at least dia tahu apa yang kita rasa.

12. Jaga penampilan dan bersiap untuk dia dengan cara kita dan semampu yang boleh.

Tak kisah lah kita ni suri rumah atau wanita berkerjaya. Kita kena jaga penampilan sewaktu berhadapan dengan suami. Ada satu kes ni, bila duduk di rumah, sewaktu suaminya tak ada, memang pakaiannya biasa-biasa sahaja...t-shirt dan kain batik. Kadang-kadang pakai seluar leggings. Ada jugak yang jenis recycle baju semalam, pakai hingga ke harini sebab tak nak basuhannya jadi banyak. hohooo..macam-macam kan.

Pernah jumpa wanita ni.. dia adalah suri rumah sepenuh masa. Mira pernah tanya dengan dia sewaktu Mira lawat dia sekeluarga. Waktu saya pergi tu dia tengah buat kerja-kerja memasak di dapur. Masuk-masuk aje wangi semerbak rumah dengan haruman Essential Oil. Lepas tu bila jengah sikit ke ruangan dapur kering, baru terbau masakan dia. Mira masuk bersalam. Katanya suaminya tengah outstation. Hanya dia dan anak-anak aje yang ada kat umah. Mira tengok dia masak banyak jenis lauk. Pakaiannya..macam nak pegi jalan-jalan, shopping gitu. Pernah juga waktu datang, sewaktu suaminy ada.. dia pakai kebaya lama. Ketat kat pinggang. katanya tu baju favourite husband dia. Bila dia pakai husband suka tengok dia dengan senyuman. Haa..nampak tak tu significant changes yang berlaku kat suami dia.

So kita pun kena lah pakai elok2 kat rumah. Terutamanya bila suami kita ada kat rumah. Jangan lah 'menjemukan' matanya dengan hanya pakai t-shirt-seluar atau berkain batik aja. Saya tak kata pakai kain batik tu tak cantik. Bukan macam tu. Maksud saya pakaian yang biasa-biasa sangat si suami tengok. Malah ada yang pakai serabut rambut tak dirias, muka tempel dengan bedak sejuk atau mask. Macam mana suami tak nak tengok kita, nak tengok pun dah jemu..hehe.

13. Utamakan kehendak suami dan cuba penuhi permintaannya.

Pernah tak kita dihimpit rasa bersalah bila kehendak suami dan anak-anak datang silih berganti. Waktu ini selalunya si ibu akan utamakan anak-anaknya.

Contoh lah kann.. suami panggil sebab nak tunjukkan sesuatu di televisyen. Kita yang di dapur tengah melayan kerenah anak yang dah lah picky eater dan susah nak makan.

Kalau experience Mira..anak yang picky eater ni tengah makan, kalau boleh nak teman dia sampai dia siap makan. Kalau kita pergi tempat lain hilang mood dia nak makan. Ibu mana tak risau kalau anak degil tak nak makan.

So kalau suami panggil, menyahut lah dulu. Kita menyahut atau orang utara sebut 'menyeut' dulu panggilan husband tercinta. Kalau boleh kita pergi kat dia terus kat dia. Dia akan rasa..isteri dia memang sentiasa utama kan dia. Kadang-kadang suami ni nak test kita aje. So, kalau emosi kita teruji, banyakkan bersabar dan mohon doa pada Allah.




“Bila kita niat nak jadi baik.. mohon lah pada Allah, dan berusahalah bersungguh-sungguh ke arah itu.. sesungguhnya Allah akan mudahkan urusan kita..Amiinn”.

“Isteri solehah adalah isteri yang taat kepada Allah, Rasul dan suaminya”.

“Suami yang soleh akan sentiasa sayang isterinya kerana Allah dan membimbing isterinya ke jalan yang diredhoi Allah s.w.t”

“Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kerhormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai” (Hadith Riwayat Ahman)


No comments:

Post a Comment