Saturday 24 September 2016

Macamana ibu bapa nak tau anak-anaknya fokus belajar di sekolah, betul-betul ulangkaji di rumah.. atau main-main, berangan dan buang masa??

Alhamdulillah.. berlalu sudah hari yg hebat.. bersama-sama orang yg hebat.. di SIMPOSIUM TUTOR PROFESIONAL MALAYSIA atau nama singkatan..STPM.

Bukan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia tu ek.. hehe.

Sampai UKM.. rasa bestnyer. Cari parking2 dekat ngan Simposium da abes.. kene parking jauh2.. So parking la kat area lapang depan FST tu.. menapak la kaki aku sampai kat FSSK (formerly known in 2002 as FSKK)..

Dari Kolej Aminuddin Baki, jalan plak laju-laju..nak cepat smpai kelas.. hoih.. Jap benti jap.. selit flyers Shaklee kat keter2 orang kat situ, selagi sempat. Sambil-sambil letak flyers tu kita doa kat ALLAH.. moga tuan punya keta terpanggil nak contact kita, nak tahu pasal health plan dia.

Sampai FSSK.. lalu passageway dia yang panjang tu.. salah tempat. Ok pusing balik..jalan lagi.. mata melilau cari banner ka bunting ka.. crew bertugas ka.. ok nampak sorang mamat ni, nampak macam student la.. pi bagi salam kat dia.. terus dia berpaling ke arah aku.. haha.. nampak dah tag dia.. crew STPM. So aku tanya kat dia kat mana nak register. Habih register tu.. aiseh, dewan kuliah la.. hmm.. seat VVIP aku masih kosong. Tapi ramai plak yang dah duduk. Segan nak pi mencelah-celah. Tak pe lah duduk kat seat bukan VVIP. Mata melilau jugak cari abang angkat aku. Mana dia. Oo rupanya dia dok kat seat VVIP.. row depan skali. Maybe tu row untuk sponsors.

Ilmu apa yang kita belajar harini. Haa.. actually ni adalah ilmu baru untuk aku. Tak pernah terfikir pun nak join bidang akademik sekolah. So skang dah dapat opportunity kene la grab.

Lagipun simposium ni ajaq macamana nak guna teknologi baru untuk monitor kecemerlangan anak-anak kat sekolah dan latih tubi kat rumah. Macamana?

Ok. Simple.. Mak kita..ayah kita dulu-dulu selalu cakap ayat gini.. "Pi sekolah belajar baik-baik.. Kaut ilmu kerana Allah.. Kawan dengan kawan-kawan baik-baik baru senang nak dapat ilmu dan kongsi ilmu dan pengalama..." banyak lagi lah.. kalau nak susun sini tak cukup muka surat.. hehe...padahal takde muka surat pun kan..

So..kalau kita suruh anak kita pi sekolah belajar baik, tumpu perhatian dalam kelas.. balik darinsekolah pulak, time belajar kena belajar. Ulangkaji.

Cuba tanya diri kita sebagai parents..

Anak-anak kita belajar betul-betul ke.. main-main?

"Oish..anak aku mana main-main..dia belajar betul-betul la..".. ok takpe. You, Me, We.. as parents.. macamana nak tahu tahap 'betul' tu tahap mana.. Cuba convert to percentage. Dalam 1 jam dia buat ulangkaji, berapa peratus dia buat latihan. Berapa peratus dia dok berangan.. berapa peratus tiba-tiba dia ter'switch' off minda dia ke lain sekejap sebab ada teringat benda lain kat kepala e.g. "ooo.. kerja rumah cikgu bagi ada lagi satu belum buat lagi nih"



Back balik berapa peratus tu... So parents tau the efficiency time vs study vs result anak tu? Tak tau kan..

Dengan teknologi baru ni.. parents bole tau apa yang anak dia belajar. At this hour, minute, second.. apa anak dia tengah fikirkan.. belajar subjek tu or berangan? Kalau anak dia tengah buat subjek pelajaran tu.. topik apa yang dia lemah dan pandai. Soalan macamana yang dia bokeh score. Berapa percent scoring and efficiency selepas 1 jam belajar.. semua ni.. parents dok kat tempat keja. Anak kat rumah pun boleh monitor.. wahh..



Ok tu part 1. Part 2, part 3, part jadi bisnesperson dalam bidang ni.. kita cerita dalam entry lain naa..

Banyak lagi boleh kita share ni. Jemput mai blog akak ni, rajin2 kan baca aje.. hehe, tak susah kannn..

Ni semua angkara abang angkat aku la nih. Mohd Fadhilyuddin. Dia ni memang abang angkat yang tak pernah lupa kat adik dia hat sorang ni. Bayangkan dia suruh aku belajaq teknologi ni dari 2009 lagi.. la ni baru Allah bukak hati. Woow.. lama dak? Padan muka aku.

Bab, jalan-jalan dari keta mencari dewan kuliah tu.. huuh! Dah lama tak buat exercise jalan atau jogging. Ni da balik umah baru rasa lenguh2 kaki..heheh.

Tapi yang best.. bila jalan laju-laju dan melasak naik turun tangga, turun bukit, naik bukit.. rasa bersemangat.. rasa positif. Tambah lak sepanjang dok jalan tu tengok pemandangan hijau kat UKM.. Rasa aura baik-baik datang. Semua rasa2 yang tak best hilang ntah pi mana.

Agaknya.. sebab tu lah orang yang selalu travel pegi sana.. pegi sini.. melancong..hiking.. semoa outdoors activity tmsuk la kena travel utk keja/belajaq.. jiwa depa selalu positif.

Apa pun ilmu dan pengalaman harini sangat berguna utk masa depan..jeng..jeng..

Alhamdulillah.. ngantuk dah.. lengoh kaki..huwaa..

Esok my beloved asben aku pulak yang pegi on behalf aku. Turn aku plak jaga anak-anak.. dia akan mengasah minda dia esok.. dengan strategi-strategi teknologi.. gel pulak dengan otak bisnes dia tuh.. hehe.

Jom telan ostematrix, Vita C dgn Vitalea.. in shaa Allah esok pagi akan kurang kelenguhan ni..

:)

No comments:

Post a Comment