Saturday 26 November 2016

Makanan ringan / jajan / makanan segera.

Makanan ringan / jajan / makanan segera.
................................................................

Status malam ni agak beremosi sedih sbb terdengar kat radio kat kereta tadi.. anak2 dan jajan sudah sebati.. sehingga anak2 dikategorikan kepada dua..

Badan gemuk - kanak2 obes
Badan kurus - kanak2 craving gula.

Saya memang control anak2 makan jajan. Sebab diluar rumah mereka makan tanpa pengetahuan saya, saya tak boleh control. Mereka makan dengan sedara mara.. dengan kawan2.. Bila saya tegur.. saya dikatakan kolot. Control sangat anak2.. nanti kat luar mereka berpaling tadah..makan juga. 😓😓

Saya ni.. terpaksa mohon rayu pada anak2 bila setiap kali diorang bawak balik jajan dan mintak untuk makan. Mujur diorang mintak izin nak makan, jadi saya larang dengan bercerita dahulu tentang hati, tentang perut, tentang buah pinggang.. yang sakit derita terpaksa menapis jajan yang sukar dihadam dan banyak toksinnya. Kalau dah biasa2 mak declined.. adakah esok2 ni diorang masih mintak izin mak nak makan jajan? Atau Diorang makan jajan senyap2 ?. Masya ALLAH.

Harini kakak tunjuk... semalam sekali lagi dapat jajan dari sekolah..kawannya hadiahkan.. subhanallah.. terima kasih sebab kawannya selalu ingtkan dia. Tapi mama terpaksa say no. Dengan sedih wajahnya.. terpaksa dia buang jajan tu dalam tong sampah. Mama pujuk.. papa pun pujuk.. kesian hatinya sedih lagi sekali.

Saya merayu dengan rendah hati pada friendlist dan yg bukan friendlist saya.. tolong jangan bagi anak2 saya jajan..tolonglah.. Sebab jajan tak elok untuk kesihatan anak-anak kita.. banyak gula, pewarna, pengawet, garam kimia, perasa tiruan, campuran pelbagai bahan kimia edible yang lain.. yang kita tak pernah ambil tahu pun kesannya pada anak2 kita.

Kandungan2 ni bukan sahaja tiada nutrien penting untuk anak2 kita.. bahkan memang ianya jadi 'pembunuh' nutrien sedia ada dalam badan anak.

Semua tu boleh beri kesan pada physical activities anak2..dan menurunkan immunity badan. Ini boleh menyebabkan anak2 mudah dapat penyakit.

Ibu2..ayah2..kawan2 yg saya sgt hormati.. saya mohon pertolongan.. Bila nampak anak2 saya makan jajan.. tolonglah untuk tolong saya jadi mata2 saya.. tolonglah nasihat kan mereka yang mereka tak sepatutnya makan jajan. Mama dah pesan, papa dah larang.. jangan dibiarkan mereka hanyut leka makan jajan.

Tm ksh pada yg membaca. Sama2 kita jaga pemakanan anak2 kita supaya makan lebih sihat.. dan bebas jajan.

In shaa Allah..

Ameen..

#JAJANjunkfood #processedfood #instantfood
#isnogoodtoourchildren
#keepthemhealthy #keepthemsmile

No comments:

Post a Comment