Saturday, 26 November 2016

6 TIPS KAWAL ANAK MAKAN JAJAN

Ramai kanak-kanak hingga remaja masa kini telah dibiasakan dengan makanan dan snek kurang sihat seperti gula-gula, sosej, daging burger, kentang putar, dan sebagainya. 






Lebih teruk lagi bila anak-anak kita membeli di kantin sekolah.
Sebagai ibu bapa prihatin, cuba kaedah mudah ini untuk ajari anak-anak mengawal selera terhadap makanan kurang sihat.
 Ibu bapa sebagai contoh terbaik.
Selalu amalkan pemakanan sihat semasa makan bersama keluarga.
Cuba untuk tidak makan makanan kurang sihat di hadapan anak-anak kita, atau sehingga boleh ke pengetahuan anak-anak.






 Bercerita tentang kebaikan buah-buahan dan sayur-sayuran dengan cara yang lebih menyeronokkan. Anak-anak akan teruja mencuba menu sayur dan buah tersebut.
Contoh: ceritakan berkenaan organ perut yang sangat rindukan sayur sehingga si perut selalu muram. Akibatnya usus turut sama muram (menyebabkan sembelit).
 Membuat gubahan sayur, buah dan makanan berkhasiat dalam pinggan anak-anak anda..





 Beli buku-buku kebaikan sayur-sayuran dan makanan berkhasiat dan ajak anak-anak anda berkongsi pendapat mereka tentang kebaikan makanan tersebut.
Berikan tepukan atau komen yang memberangsangkan jiwa anak-anak apabila mereka menyertai aktiviti ini.
Mengambil peluang menghadiri sesi perjumpaan dengan guru sekolah seperti mesyuarat PIBG sekolah.. dan menyarankan dengan tegas bahawa makanan jajan tidak seharusnya dijual di kantin sekolah.




Pasti mereka akan teruja memiliki token tersebut.


Gunakan token tersebut untuk hadiahkan mereka perkara yang disukai mereka.



FATHONAH EMPIRE
MIRA HAMZAH
019-282 1775

No comments:

Post a Comment