Sunday, 13 November 2016

Dr.Forrest C.Shaklee

Dalam banyak2 inventor supplement ni, Mira sangat suka tentang Dr. Shaklee.. (ofkos.. sbb Mira penjual Shaklee kan). Hehe..

Bukan sebab jual Shaklee aje... Mira suka dia sebab Dr. Shaklee ni, dia sayang environment sama macam Mira cintakan environment, ewah..kihkuh.

Satu lagi.. Dr. Shaklee ni sebab dia berkerjaya sebagai Chiropractor. Mira pun sebab prolapse dics ni, maka tersuka kat org yang tere bab tulang-temulang, sendi-menyendi nih..

Antara kualiti Dr.Shaklee:

1. Waktu dia lahir, dia sakit TB. Tak boleh gerak.. tapi dia tetap hidup dengan berbakti kepada manusia dan alam.

2. Sebab chiropractor lah dia jelajah jual formula supplement dia, dan dia buat multivitain yang pertama yang feveret Mira sangat tuh iaitu Vitalea.

3. Dia ni sayang environment.. sama la macam Mira..ihik..

4. Kagum dengan dia sebab dia cipta pencuci serba guna.. Basic-H dengan menginspirasi dan mengkagumi alam semulajadi. Non-toxic dan mudah terurai secara semulajadi (biodegradable).

Nama panjang dia.. Dr. Forrest C. Shaklee. Nama pendek, Dr. Shaklee.. kawan-kawan rapat dia plak panggil dia 'Shak'.

Tak kenal maka tak cinta..

Dr. Shaklee ni, dulu waktu dia dilahirkan, dia ada TB.. atau tuberculosis. Semua doktor yang rawat dan singgah mai 'muyi' Dr.Shaklee kat rumah dia, semua komen Dr. Shaklee.memang hidup tak lama. Paling kuat dia leh hidup pun, bila masuk era kanak-kanak.. lepas tu akan mati dengan tragis. Mak ayah mana tak sedih kann.. Maka...mak ayah dia bagi dia buat apa yang dia nak, disamping mak ayah dia sediakan.yang terbaik untuk dia - persekitaran rumah yang bersih, makanan berkhasiat dan udara yang bersih. So depa dok kat area pedalaman tu.. dapat lah Dr.Shaklee ni explore kat hutan menikmati segala alam semulajadi.

Piel Dr.Shaklee ni, dia suka belajar, apa yang dia nampak.. pastu dia akan menulis apa yang dia belajar. Buat buku dan sharing pada semua.

Antara quotes Dr.Shaklee:

"Minda ni macam kereta sorong. Ko sorong pi mana pun dia ikut aje. So, pastikan ko sedar, pandai pilih sape2 yang nak push minda ko, ke arah yang ko nak"

"Berhati-hati dengan pemikiran negatif, ia akan merosakkan keseimbangan badan"

Byk lagi.. nk tau lebih jom gugel atau masuk blog mira: amanahbuatku.blogspot.com..

Best kan Dr.Shaklee ni. Seorang yang betul2 berintegriti dalam memformula supplement, bisnes dan membina empayarnya.

Bayangkan.. Dr.Shaklee dilahirkan tak boleh bergerak, ramai yang jangka dia mati awal. Zaman kanak-kanak nya tak macam orang lain yang bebas berjalan, berlari. Tapi dia duduk, belajar menikmati alam, dan bantu orang yang sakit.

Dia tolong orang dengan ikhlas. Meninggal pada usia lebih 90 tahun.. dan berjasa banyak.. sampai kini.

P/s: Mira takkan sebarangan pilih supplement, kecuali supplement tu Mira yakin selamat & berkesan, semulajadi.

Ok. Meh contact Mira kalo nk beli vitamin shekli nih..

Mira Hamzah
019-282 1775
🍎Fathonah Empire🍎  
●Enliven●Inspiring●Fathonah●

#Amazing10 #pts2 #Shakleeamazing
#FathonahEmpire #IamAWahm #ShakleeKlang #ShakleeBukitTinggi #ShakleeSijangkanliveamazing #tsunamishaklee

Kebaikan Anggur Muscadine

Anggur Muscadine

Nama saintifiknya adalah Vitis Rotundifolia. Tidak seperti anggur yang lain yang tumbuh di tempat yang sejuk, anggur Muscadine tumbuh di tempat yang panas dan lembap.

Anggur Muscadine juga mendapat gelaran sebagai Super Grapes disebabkan saiznya yang boleh membesar sehingga menyamai saiz sebiji bola golf.

Perbezaan Anggur Muscadine

Anggur ini berbeza struktur kulitnya berbanding anggur biasa. Kulit anggur muscadine keras dan tebal.

Uniknya anggur Muscadine ini, ianya satu-satunya anggur yang tidak perlu disiram air dan disembur racun serangga kerana ianya mampu menahan suhu panas serta berupaya melindungi dirinya dari serangan bakteria dan fungus.

Selain itu, anggur muscadine juga mempunyai lebih satu kromosom berbanding anggur biasa iaitu 20 kromosom. Bilangan kromosom yang lebih berbanding anggur biasa iaitu 19  kromosom menjadikan anggur muscadine lebih tahan lasak dan apabila diserang burung atau serangga, ia mampu untuk merawat dirinya sendiri.

Kandungan ORAC Anggur Muscadine

Kandungan ORAC (Oxygen Radical Absorbing Capacity) berfungsi membantu menentukan tahap antioksidandi dalam sesuatu bahan tersebut.

Anggur muscadine mempunyai kandungan ORAC (Oxygen Radical Absorbing Capacity) yang tertinggi. Ini berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Brunswick Biomedical Labotories of Wareham, Massachusetts pada tahun 2003.  Dan perbezaan itu dilihat berdasarkan kajian mereka yang lain.

OPC dan Ellagic Acid dalam Anggur Muscadine

OPC atau lebih dikenali sebagai Oligomeric Proanthocyanidins merupakan sejenis antioksidan yang dikatakan mempunyai kuasa antioksida yang lebih kuat berbanding vitamin C dan vitamin E.

Anggur muscadine kaya dengan OPC dan satu-satunya anggur yang mengandungi Ellagic Acid yang bersifat anti kanser dan anti radang.

Kebaikan Sebiji Anggur Muscadine

Anggur muscadine secara keseluruhannya mempunyai kebaikan pada setiap satunya.

Di dalam kulit anggur muscadine mengandungi antioksidan dan fitonutrien yang tinggi. Manakala di dalam bijinya pula terkandungresveratrol yang tinggi dan akhir sekali nutrien yang sangat bermanfaat terkandung di dalam isi anggur muscadine.

Secara ringkasnya, anggur muscadine sangat unik bermula dari ciri, struktur dan juga kandungannya berbeza dengan anggur biasa yang lain.

Keistimewaannya juga menarik perhatian banyak pihak untuk menjadikannya antara bahan utama dalam ramuan mereka.