Monday, 14 November 2016

Usus tersumbat pada kanak-kanak boleh menyebabkan maut.

Jarang antara kita yang suka ambil tahu pasal kesihatan kolon atau usus. Yang selalu kita dengar, orang jawab...ya, saya tahu pasal usus..usus kita panjang sangat boleh mencapai sehingga 8 meter panjang bagi orang dewasa, dan kurang panjang bagi kanak-kanak.

Anak-anak adalah amanah kita. Allah beri kita rezeki untuk kita suapkan makanan yang sihat kepada anak-anak. Apabila makanan yang dimakan oleh kita atau anak kita sukar dihadam oleh perut, akan berlaku beberapa masalah usus dikemudian hari. Ini kerana makanan termendak di dinding usus dan lama-kelamaan usus akan tersumbat.

Intestinal Obstruction / Usus yang tersekat tersumbat

Makanan yang telah dikunyah, akan dihadam oleh perut dalam sistem penghadaman dan akan melalui saluran usus sepanjang 25 kaki atau 8 meter. Walau bagaiaman pun sekiranya perut tidak dapat menghadam secara lengkap, makanan tersebut akan terbawa kepada usus kecil. Usus kecil tidak boleh menyerap makanan yang tidak dihadam kerana dinding usus sangat halus. Oleh itu usus biasanya akan membuat penghadaman itu. Sekiranya makanan itu masih tidak boleh dihadam, maka makanan tadi akan melekat di dinding usus dan menjadi rumah untuk parasit-parasit seperti cacing. Lama -kelamaan usus akan tersumbat dan menjadi penyakit Intestinal Obstruction.

Masalah kolon atau usus tersumbat bleh menjadi sangat serius. Selalunya bahagian yang tersumbat adalah di bahagian tengah-tengah antara usus kecil dan usus besar. Symptom yang dihadapi oleh pesakit ini adalah seperti berikut:

1) perut kembung yang teruk
2) sakit bahagian abdomen
3) nausea
4) muntah-muntah
5) sembelit
6) cirit-birit
7) kekejangan abdomen yang teruk

Usus yang separa tersumbat akan menyebabkan cecair keluar dan berlakulah ciri-birit. Jika kawasan yang tersumbat itu menghalang laluan sepenuhnya, maka akan berlaku kekembungan dan sembelit.

PUNCA USUS TERSUMBAT

Banyak punca yang boleh menyebabkan usus kita tersumbat. Antaranya adalah:

1) Strangulated hernia
Ini berlaku apabila ada lekukan yang terkeluar (protruding) menusuk di celah-celah dinding abdomen.

2) Kebengkakan (Inflammatory)
Contoh Crohn's Disease yang menyebabkan luka pada tissue usus dan membengkak, sehingga membuatkan usus tersumbat.

3) Perlekatan (adhesion)
Luka atau kesan tisu yang mengeras dan melekat ke tisu usus bahagian yang lain sehingga laluan tersumbat.

4) Kanser / tumor
Ada tumor yang tumbuh dan membesar atau sel-sel kanser membiak dengan cepat, sehingga menutup laluan usus.

5) Kekembungan (gassy tummy)
Kadang-kadang perut terasa kembung akibat penyakit Parkinson.

6) Gallstone
Keadaan dimana usus tertekan / terhimpit sehingga menyekat laluan.

7)volvurus
Usus yang tersimpul dan terbelit sehingga laluan sempit dan tersumbat.

8) Interssusception
Apabila ada usus lain yang menghimpit perenggan usus yang lain sehingga terjadi 'sandwich' boleh membuat laluan tersekat.

9) Termakan onjek asing..sehingga tidak boleh dihadam dan terbawa ke usus (kes ini sangat rare).

10) Paralytic ileus
Keadaan dimana selepas pembedahan abdomen, usus tiba-tiba kejang atau mengkontraksi sehingga menyebabkan laluan pada saluran usus.

KESAN USUS YANG TERSUMBAT KEPADA KESIHATAN

1) Sekiranya berlaku kepada bayi, makanan mungkin tak dapat disalurkan ke usus. Strangulation atau darah kurang mengalir ke kawasan usus itu. Ini boleh menyebabkan pembengkakan dan pendarahan berlaku. Apabila terjadi begini, darah tidak dapat sampai kerana ter'bocor'. Ini yang kita selalu dengar kes 'Usus bocor'.

2) Sekiranya berlaku kepada kanak-kanak di bawah 2 tahun, mereka sukar untuk memberitahu orang dewasa tentang kesakitan yang mereka alami. Ibu bapa atau penjaga perlu sentiasa peka perubahan anak tersebut:

- Bengkak di bahagian abdomen
- Anak sering menunjukan rasa sakit dan menarik lututnya rapat ke dadanya
- Pening
- Mengaduh sakit
- Berak berdarah (atau terdapat jelly hitam pada najis)
- menangis dengan kuat
- muntah sehingga keluar kuning kehijauan
- lemah.

RAWATAN

Selalunya pihak doktor akan bertanya beberapa soalan tentang makanan yang kita makan, aktiviti yang kita lakukan, ubat yang kita pernah makan, pembedahan yang pernah kita jalani.

Selain itu, doktor akan menggunakan stetoskop untuk mendengar pergerakan usus. Sekiranya bunyi seperti tersumbat, dotor akan membuat X-Ray. Sekiranya didapati ada pembengkakan, doktor akan membuat colonoscopy.

Jika terdapat gejala-gejala kesakitan di atas, hendaklah terus mendapatkan rawatan kecemasan di hospital berhampiran.

Kelewatan dalam mendapatkan rawatan boleh menyebabkan kerosakan parah usus atau maut.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi atau Whatsapp Mira untuk produk Shaklee yang berkesan, membantu mengatasi masalah usus tersumbat.

Mira Hamzah
019-282 1775
Email: normi.nhm@gmail.com

Founder of
Fathonah Empire
~Enliven~Inspiring~Fathonah~

No comments:

Post a Comment