Sunday, 18 September 2016

Tips hilangkan ANEMIA, Hilangkan rasa penat, Kurangkan Mengah-mengah mengandung, Hilangkan Simptom Nak Pitam, Dapatkan BP normal, Dapatkan HB Normal.


VITALEA KONSISTEN- Dis. 2015 ~ Sept. -2016

Post ni agak panjang, tapi untuk kebaikan semua, demi sharing ni, Mira tak dapat nak pendekkan lagi jumlah perkataan dlm post ni. Ni sehabis pendek lah..hihii..

Alhamdulillah.. Mira nak kongsi kebaikan VITALEA yang Mira start makan dari Dis 2015 sampai sekarang, and still counting.

Throwback:
  • Dulu, selalu aje penat, mengah, letih lesu aje.
  • Cepat rasa nak pitam.
  • Bila habis kerja, balik terus power nap dulu (fatigue nap sebenarnya..haha), kemudian baru bangun makan dengan suami, anak-anak.
  • Weekend, rasa macam nak qado' tido. Nak rehat aje. Layan anak-anak pun pun sambil2 merehatkan diri. Tak nak pergi jalan mana-mana. Selalu mintak suami urutkan badan sebab rasa lenguh-lenguh seluruh badan.

  • Lepas masak pagi, pantang letak kepala terus aje tertido.
  • Kat ofis selalu letih lesu. Drive lama sikit, balik rasa lenguh satu badan.. macam nak tidoo aje tak nak bangun.
  • Kaki selalu sakit sebab urat banir (vericose vein) teruk.
  • Mengandung - HB asyik rendah..9-10 tu normal lah bagi Mira. Makan iron tablet dan hematinik KK bagi.
  • Check up setiap 2 minggu sebab problem HB sampai dah masuk trimester ke-3.
  • BP pulak kadang2 drop. Doc selalu berleter Mira banyakkan rehat. Jangan pakai kasut berat-berat katenye (safety boot kan berat). Jangan jalan banyak-banyak. Last2 Doc kat Hospital bagi surat light work, light travel. Lepas tu Doc prescribed multivitamin Iberet Folic (IF) 500 (multivitamin ni Doc tu kata ianya yang paling bagus untuk pesakit anemia)
  • Walaupun ambil IF, result HB : Masih bawah 9. Kadang-kadang bila takut kene leter, seminggu sebelum checkup, Mira banyak makan daging kambing nasi arab, makan soya, makan tempe, makan hati ayam, makan sambal kerang, udang, buah betik, jambu dan tembikai. Banyak ratah ikan bilis goreng...Bila cucuk finger prick dapat la 9.8, kalau FBC dapatlah 10.2.. Sigh...
  • Nurse pernah ugut, kalau HB tak boleh naik lagi diorang akan cucuk iron (tak ingat term dia apa) setiap hari, setiap minggu sehingga bersalin. Risau sangat. Huu..tak nakk...sakit cucuk tu.

Anak ke-4 (awal trimester ke3)
Mula-mula Vitalea dan Vita C.
Lepas tu selepas pantang,
Mira combine dengan Letchitin pulak.
Nak kurangkan / elakkan jadi pelupa.
  • Konsisten makan VITALEA seminggu.
  • HB naik normal. Iye !!! Seminggu aje.. 
  • HB dah normal.
  • BP normal. Badan cergas. 
  • Nak melasak pulak. Terlupa kejap diri tengah 8 bulan mengandung. 
  • Takde mengantuk-ngantuk kat ofis dah.
  • Check up sebulan sekali aje.







Lepas sebulan lagi checkup:

  • HB di paras 11-13. Alhamdulillah.
  • Tapi tak pelik ke.. Brand KK, Brand I dan Brand B yang Mira dah cuba semua nya tak menunjukkan significant impact. Padahal iron content dia tinggi. Brand KK: 200 mg /tablet; Brand B: 250 mg/tablet. Brand IF: 500 mg/tablet. Wow...banyak kan iron content dia sekali telan. Dah tu brand IF ni plak memang antara obimin terbaik untuk anemic patient.
  • Bila makan Vitalea.. (mula rasa tak akan berkesan. Sebab iron content dia Cuma 9 mg. Ahahah.. dalam hati kate) Sebabnya waktu tu ingat Brand lain semuanya tinggi iron contentnya pun tak lepas2 HB ni, inikan 9 mg iron per tablet ? Impossible !! Masuk longkang ler jawabnya..(kasarkan kata hati ni).


Tapiii you all...

  • This is a real story. Bila Mira konsisten ambil Vitalea dalam 1 minggu. Next day check up terus HB 11.7. Wow !! terkezut hakak !!. Bila Mira tanya dengan pakar nutrisi, rupa-rupanya Mira ni nutrient deficiency, bila tak cukup nutrien dalam badan menyebabkan iron mineral lain seperti folate, B complex tak boleh diserap secara optimum ke dalam badan. Haish...patut lah HB tak naik, BP pun low.
  • So, nampak tak... Kita usaha makan supplement yang kita rasa murah (tapi mahal sebenarnya). Pulak tu beli mahai2 badan tak serap, tak ke membazir aje??.. Sebab tu sokmo aje badan ni Anemia.
  • Real food kena makan jugak. Tapi kena konsisten ambil supplement. Terutamanya yang mengandung, yang tak sihat, imunisasi rendah, yang kurang atau 'rajin sgt' bab excercise hehe dan seumpamanya lagi..dan lagi.....bla..bla..bla..

Shaklee Mahal. Betulkah ianya mahal ? Jom kita tengok...


  • Kalau nak kena konsisten, maksudnya hari-hari kena makan at least sebiji tak boleh miss. So cemane ongkos nak beli satu botol multivite yang mahal ni ??? Kata orang yang belum mengenali Shaklee produk.


Ok. Mira dah buat kira-kira dan perbandingan dengan Iron tablet brand yang lain.

  • Brand IF = 1 biji / RM 1.70. 1 biji sehari......HB low
  • Brand B = 1 biji / RM 1.00. 2 biji sehari.....HB low
  • Brand Shaklee = 1 biji / 60 sen / 2 biji sehari......HB NORMAL...Yeay!!!!!

So..mahal ke ? Lebih mahal kalau kita ambil supplement yang murah tapi tak berkesan. Pulak tu tak selamat pada badan, yakni bukan semulajadi. Banyak bahan kimia sintetik..

Ok..Berapa botol dah habis setakat ni ??? Dari Disember 2015 - September 2016
  • 10 bulan = 3 botol dan masih belum habis.

Ok..meh sini kita singkap..apa sebenarnya ada dalam VITALEA Shaklee:
  • ·         28 multivitamin & mineral yang diproses dari bahan-bahan semulajadi dan tiada bahan kimia.
  • ·         Tambahan 19 lagi elemen penting untuk keseimbangan tubuh.

Kalau tak cukup mineral yang penting yang badan kita perlukan..memang sukar nutrien2 perlu untuk masuk dalam badan. So sel-sel dan organ dan sistem sukar bekerja secara optimum.

  • Tekstur yang licin, mudah ditelan.
  • Sehari sebiji atau 2 biji dah cukup.
  • Semua bahan-bahan di dalam 1 tablet adalah diproses secara semulajadi tanpa bahan kimia.
  • Disebabkan ianya bersifat semulajadi, ia dapat memenuhi ruang kosong dan lompong dan tubuh badan secara optimum.
  • Selebihnya boleh di dapati dari makanan seharian seperti nasi, sayur-sayuran, makanan berdaging, ikan, telur, susu dan tenusu dan kekacang.
  • Diproses secara semulajadi, tiada bahan kimia atau mineral sintetik.


Ok.

Semua di atas adalah real. Berlaku pada diri Mira sendiri.
Sape-sape yang berminat nak tahu lagi pasal VITALEA ni, boleh pm Mira.
Thank you sebab baca post yang panjang ni..hehe..


Mira
019-2821775


#Pengedar_KonsultansiShakleeAnda
#COD_Sijangkang_TPG_BukitTinggi_Klang


Wednesday, 14 September 2016

EXPERT PASAL PRODUCT SHAKLEE


Alhamdulillah. Setelah selesai kelas nutrisi produk Shaklee 20 Ogos 2016 yg dah pun berlalu, Mira dah dapat satu ilmu yang sangat bagus untuk dikongsikan dengan semua orang.

Antaranya Multivitamin. Gabungan vitamin dan mineral yang banyak dalam buah-buahan, makanan semulajadi dan sayuran hijau dan berwarna ada dalam satu tablet multivitamin ni. Semua list vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan, iaitu Vitalea.

Macam Mira dan keluarga, memang jarang lah nak makan sayur dan ulam-ulaman. Ntah nak jelaskan sebab ape pun tak tahu. Bukan tak cuba, makan juga. Tapi jadi hangat-hangat tahi ayam. Sekejap aje beriya makan, lepas tu tak makan dah. Beli banyak, tak makan dan rosak, lalu buang. Salah siapa kan..hehe. So, untuk tak nak lagi beri alasan itu ini. So selalunya Mira akan beli sayur yang tahan lama dalam petiais. Haha..boleh agak kot sayur apa yg tahan lama kann. Timun, kobis, ikan bilis, tempeh, baby jagung, tomato. Haa..yang ni memang senang nak simpan. Kalau green leaf vegetables, memang cepat daunnya kuning atau rosak kalau tak makan.

Ok, back to multivitamin tadi. Mira suke sangat dengan Vitalea ni sebab ianya bagus untuk mereka yang kurang zat besi. Macam Mira, dulu setiap kali pregnant mesti susah nak dapat HB yang cantik kat buku merah klinik kesihatan tu, asyik ditanda dengan pen merah aje sebab bawah dari 11 mg/L. Maka kena lah setiap 2 minggu pergi checkup kat KK. Nurse yang baik hati siap bagi hematinik dan iron tablet 100 mg untuk dimakan setiap hari. Dengan harapan HB Mira akan naik ke paras 11mg/l. Tapi tak jugak. Selalu sangat kurang daripada tu dan pernah sampai 9mg/L. Bayangkan lah waktu tu Mira dah third trimester. Kalau kekurangan HB dalam darah memang bahaya pada kandungan dan ibu waktu nak melahirkan. Tinggi risiko. Antaranya anak boleh dilahirkan pramatang dan ibu boleh tumpah darah selepas bersalin. Ada juga yang sampai maut kepada anak atau ibu atau kedua2 nya. Kesiankan.

Sebenarnya kita boleh elakkan perkara-perkara tu berlaku pada kita. Kena sentiasa beringatlah kan.. Kalau kita mohon pada Allah untuk diberikan cahaya mata pada kita, mestilah kita minta amanah dari Allah.

Bila Allah dah bagi, kita kene jaga amanah itu semampu yang kita boleh. Maksudnya, kalau kita mampu buat dari usia kandungan 1 hari sekalipun, so, kita kena buat. Itu dah jadi tanggungjawab kita untuk jaga amanah yang Allah dah bagi kat kita.. kann.

Vitalea ni memang solusi terbaik lah. Tapi seeloknya kita ambil set lengkap mengandung Shaklee. Supaya ibu dan anak dalam kandungan akan dapat khasiat yang penuh dan padu, sepanjang tempoh 9 bulan, sehinggalah waktu kelahiran.

Yang bestnya, disebabkan pengambilan nutrisi yang lengkap tu, bila kita dalam pantang pun kita akan jadi lebih kuat, in shaa Allah.

Yang penting, utamakan niat kita kerana Allah. In shaa Allah Allah akan tunjukkan jalannya.


Tuesday, 13 September 2016

COACHING & LEARNING

Alhamdulillah.. syukur sekali lagi pada Allah sebab temukan Mira dengan kawan sangat Mira sayang, in shaa Allah sampai akhirat nanti harapnya. Ameen.

Sape tu?

Nurul Idayu Kambali namenye. Nama manja Ayu. Orangnya kecik comei aje. Hehe. Alhamdulillah...sampai jugak dia ke rumah Mira. Tujuannya nak coaching Mira. Maklumlah, baru pergi kelas nutrisi haritu, mestilah nak kena set target untuk capai matlamat WHAM ni kan. Aduhai.. baik tak coach macam ni. Mana nak dapat coach yang walk-in ke rumah semata-mata nak share segala ilmu yang dia ada. Pulak tu yang best, dia ni kerja...siap ambik cuti lagi.. Dia hantar anak2 kat pengasuh dan datang rumah Mira. Mira ni, kalau weekdays susah sikit nak keluar rumah dengan anak-anak kecik. Weekend coach kita plak yang akan sibuk. Maklumlah kan dia wanita bekerjaya..so, weekend adalah WAHM day and family time.

Syukur dapat jugak curik masa Mira masak nasi goreng untuk breakfast tadi. Tujuannya takdelah kelam kabut nanti waktu tengah coaching dengan Ayu. 

Banyak betul yang dipelajari harini. Coach ayu ni pun sangat lah sabar dengan anak2 Mira yang aktifnya bagai spiderman. Berlari2 atas tempat ayu letak buku2 nya. Panjat atas Mira dan kejap2 panjat atas ayu.. tetap jugak Ayu teruskan coachingnya dengan sabar dan rilex aje. Suke I tengaok kesabaran dia.

Selain ilmu Shaklee, iaitu ilmu bisnes dunia nih, Ayu share jugak tentang ilmu bisnes akhirat. Maklumkann..kita pencari rezeki. Yang Maha Pemberi Rezeki adalah Allah.

Bukan tu je.. MasyaAllah.. ilmu kekeluargaan dan anak-anak pun Ayu share. Ish... ternganga mulut I (dalam hati) bila teringat betapa tekadnya dia untuk coaching Mira sampai berjaya objectives coaching harini.

Antara ilmu akhirat dan bisnes ni, Ayu share:

  • Paling utama, niat bisnes ikhlas kerana redho Allah.
  • Niat nak bantu orang lain untuk jadi sihat sama macam kita berusaha untuk diri kita dan keluarga kita jadi sihat.
  • Niat untuk dapatkan keuntungan yang munasabah untuk kita capai objektif perniagaan kita. Yela kann..orang berniaga mestilah nak untung. Walaubagaimanapun jangan lupa diri. Untung Rugi adalah usaha kita dan izin Allah juga.



Matlamat dunia dan akhirat yang tercapai adalah bergantung pada redho Allah sepenuhnya. Yelah..contohnya kalau kita berjaya untung banyak pun, memang sebab kita usaha. Tapi kalau Allah tak redho..bukan ke istidraj tu namanya.. Haa..yang ni coach ayu tak ajar. Aku yang ajar diri sendiri. Tetiba terlayang2 dalam sinaps ni benda ni.

RISIKO KEKURANGAN KALSIUM DALAM BADAN

Berkat kesabaran dan semangat dalam mengumpul ilmu nutrisi dan penyakit, Mira yakin untuk berikan nasihat nutrisi kepada customer yang tanya berkenaan produk.

Contohnya macam hari ni. Ada customer yang juga kawan lama, ceritakan masalah isterinya yang sering letih dan selalu sakit pinggang. Isterinya juga ada symtom kekurangan kalsium sebab sakit pinggang hampir setiap hari selalu lenguh2 di seluruh badan. Setiap kali isterinya mengandung, giginya rosak dan terpaksa dibuang. Kes-kes begini, bukan sahaja membahayakan ibu semasa mengandung, tetapi turut sama membahayakan si anak dalam kandungan. Setelah melahirkan, si ibu berisiko untuk mendapat penyakit kerapuhan tulang atau osteoporosis. Tumbesaran anak pula akan terganggu dan membahayakan anak setelah usianya di awal remaja.

Ni lah Ostematrix nye. Tiap2 malam mesti Mira kena makan ni. Untuk penjagaan tulang yang optimum. Maklumlah dah masuk 3 series..hihi.


Jadi, sebenarnya penting sangat pengambilan kalsium yang konsisten setiap hari. Selain daripada pengambilan makanan yang mengandungi kalsium, makanan juga perlu ada zat mineral yang lain seperti vitamin D, Vit C, B-Complex, Magnesium untuk membantu menyerap kalsium dengan efisyen dan membawa mineral kalsium yang diperlukan dalam darah dan organ badan.

Alhamdulillah

Alhamdulillah syukur pada Allah subhanallah. Berkat petunjuk dariNya, Mira buat juga blog akhirnya. Memang dari dulu nak blogging. Tapi takde masa. Lebih tepat lagi, hidup rasa busy memanjang, letih dan tiada masa untuk diri sendiri.

Tapi harini dah pun buat blog. Walaupun masih belum ada ape2..syukur dan terima kasih sangat2 kat kawan2 yang 'memaksa' Mira buat blog untuk kepentingan harini dan esok2 di masa depan.


Mira ni ibu bercahaya mata 4 orang puera dan puteri. Tinggal kat Sijangkang, Kuala Langat. Isteri, ibu dan suri rumah sepenuh masa. Hobi..hahha.. masih mencari yg pasti. Tapi apapun, mira sukee sgt menjahit. Sampai sanggup habiskan duit beli mesin jahit tepi walaupun mahal. Bab nk belajar menjahit ni, isy...bila ek. Mudah2an..Allah bagi satu masa yg pasti. Ameen.