Tuesday 13 September 2016

RISIKO KEKURANGAN KALSIUM DALAM BADAN

Berkat kesabaran dan semangat dalam mengumpul ilmu nutrisi dan penyakit, Mira yakin untuk berikan nasihat nutrisi kepada customer yang tanya berkenaan produk.

Contohnya macam hari ni. Ada customer yang juga kawan lama, ceritakan masalah isterinya yang sering letih dan selalu sakit pinggang. Isterinya juga ada symtom kekurangan kalsium sebab sakit pinggang hampir setiap hari selalu lenguh2 di seluruh badan. Setiap kali isterinya mengandung, giginya rosak dan terpaksa dibuang. Kes-kes begini, bukan sahaja membahayakan ibu semasa mengandung, tetapi turut sama membahayakan si anak dalam kandungan. Setelah melahirkan, si ibu berisiko untuk mendapat penyakit kerapuhan tulang atau osteoporosis. Tumbesaran anak pula akan terganggu dan membahayakan anak setelah usianya di awal remaja.

Ni lah Ostematrix nye. Tiap2 malam mesti Mira kena makan ni. Untuk penjagaan tulang yang optimum. Maklumlah dah masuk 3 series..hihi.


Jadi, sebenarnya penting sangat pengambilan kalsium yang konsisten setiap hari. Selain daripada pengambilan makanan yang mengandungi kalsium, makanan juga perlu ada zat mineral yang lain seperti vitamin D, Vit C, B-Complex, Magnesium untuk membantu menyerap kalsium dengan efisyen dan membawa mineral kalsium yang diperlukan dalam darah dan organ badan.

No comments:

Post a Comment