Tuesday, 11 October 2016

Banyaknya Kelebihan Bawang Putih Yang Kita Tak Tahu

Kata tok.. Bawang putih tu banyak sangat khasiat.. Amalkan makan bawang putih sekurang-kurangnya 1 labu sehari. Kalau boleh makan mentah-mentah. Kalau tak boleh, bakar setiap ulas dengan kulit-kulitnya sekali lepastu kunyah. Atau kalau boleh stim bawang putih tu biar lembut dan kunyah. Kalau tak boleh jugak, banyakkan bawang putih dalam masakan seharian. Tapi jangan masak lama-lama sangat..nanti khasiat bawang putih tu hilang pulak.





Huih..banyaknya kene makan. Selabu bawang putih sehari..


Bawang putih memang telah digunakan dari zaman dahulu kala, nenek moyang kita untuk mengubati pelbagai penyakit. Cuma kita yang sekarang ni tak berapa tahu bagaimana bawang putih ni menjadi ‘ubat’ yang paling ohsem untuk rawat pelbagai penyakit.

Bawang putih ni sedap baunya kalau tumis. Tapi kalau kita makan mentah-mentah gituw aje.. ergg..tak leh nak telan. Rasanya memang kuat. Kalau dah minum air segelas pun masih teraa di tekak.

Apa kelebihan bawang putih ni:-

Anti bakteria, anti virus, antifungus, anti-keradangan


Bawang putih ni bersifat anti-bakteria, antifungal dan antivirus. Ianya juga anti keradangan (anti-inflamation). Jadi kalau amalkan makan bawang putih ni selalu, memang sukar nak demam virus, batuk atau selsema. Kalau ada gatal-gatal pada kulit pun boleh cepat-cepat sapu air bawang putih tu. In shaa Allah gatal akan hilang. Tapi kalau gatal mata jangan tenyeh kat mata pulak. Nanti tak pasal sakit lain plak.


Melancarkan peredaran darah

Bahagian dalam salur darah yang tersumbat atau sempit  boleh mengakibat pelbagai mendakan atau plak pada dinding salur darah. Ini boleh menyebabkan tekanan pada saluran darah menjadi tinggi. Amalan memakan bawang putih dapat singkirkan plak-plak tu. Jadi saluran darah kembali ‘bersih’ dan tekanan darah kembali normal. Bawang putih juga mempunyai polysulphides. Bahan kimia semulajadi dalam bawang putih ini membantu membesarkan saluran darah yang sempit.


Mengelakkan strok

Akibat daripada pemakan yang kurang sihat dan kemasukan radikal-radikal bebas, otot-otot dan saluran darah dalam jantung tidak dapat bekerja secara efisyen. Ini menyebabkan saluran darah sukar mengembang apabila diperlukan. Strok boleh terjadi apabila ada saluran arteri tersumbat.



Bawang putih dapat mencairkan plak-plak dalam salur darah. Oleh itu ianya boleh mengurangkan saluran darah tersumbat dan mengurangkan risiko strok.


Merendahkan paras kolestrol

Triglycerides dan kolestrol tinggi boleh menyebabkan laluan darah terhalang. Khasiat bawang putih dapat menahan kolestrol daripada masuk ke saluran darah.



Banyak lagi khasiat bawang putih yang boleh dihuraikan seperti menjaga kebersihan wajah. Mengecilkan pori-pori dan mengurangkan wajah berminyak. Selain itu, sigat anti-keradangan membuatkan bawang putih berkhasiat merawat alergi, membantu penghasilan insulin bagi pesakit diabetis dan mengawal kadar gula dalam darah.


Melawan kanser

Yang paling hebat, sifat anti-bacteria, anti-virus, anti-fungus dan anti-keradangan bawang putih iaitu diallyl sulphide dapat mematikan proses keradangan dalam sel-sel yang terhasil secara tidak sihat, lantas mengelakkan risiko kanser, atau rawat penyakit kanser. Ini kerana sel yang rosak ini sepatutnya disingkirkan dari badan, tetapi sekiranyanya ia terus membahagi, maka ianya menjadi kanser.



Walaubagaimana pun tak ramai yang mampu nak mengunyah 1 labu bawang putih sehari disebabkan bau dan rasanya yang kuat. Jadi, bagaimana nak dapat kesemua khasiat di atas? Ada jugak yang takut nak makan banyak-banyak bawang putih ni, katanya boleh buat badan berbau.


Garlic Complex Shaklee boleh menggantikan 1 labu bawang putih tu, dengan hanya 2 tablet Garlic Complex sehari. Tablet ini senang ditelan dan tidak berbau kuat seperti bawang putih serta mempunyai khasiat rosemary dan spearmint.


Kelebihan Garlic Complex

  • Memperbaiki sistem penghadaman
  • Bertindak sebagai antibiotik semulajadi
  • Bantu atasi masalah alergik / alahan (makanan, udara)
  • Mengurangkan ‘bloating sensation’ selepas makan makanan berat atau buah-buahan
  • Menstabilkan tekanan darah.
  • Menyingkirkan kebanyakan logam berat yang termendap dalam salur darah
  • Melindungi sel-sel darah daripada termusnah akibat daripada logam berat dalam badan.
  • Menghalang kerosakan hati akibat berlebihan makan ‘junk food’ yang banyak pewarna dan bahan kimia berbahaya.





  • Menurunkan paras kolestrol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah
  • Mengelakkan darah beku
  • Mengahalang penyakit koronari strok
  • Anti oksidan
  • Membantu pengeluaran insulin terkawal bagi pesakit diabetis
  • Lawan bakteria yang menyebabkan sakit kerongkong, sakit perut, cirit birit, bronkitis, luka-luka dibahagian dalam dan luar badan, jangkitan telinga, jangkitan saluran air kencing



Keistimewaan Garlic Complex Shaklee berbanding Jenama Lain

  • Ianya adalah 100% organik, tiada bahan kimia, tiada pestisid
  • Pemprosesan secara semulajadi. Tanpa haba yang mboleh merosakan kebanyakan nutrien dan untuk mengekalkan pengaktifan alicin pada tahap 100%. Alicin adalah sejenis antikulat, antibakteria dan alicin bersifat penyembuh. Tidak semua produk Garlic mempunyai alicin yang aktif.



  • Mempunyai herba Rosmary dan spearmint. Rosmary mempunyai banyak fungsi antibiotik. Antaranya adalah melegakan sakit kepala, melegakan sakit otot, vericous vein dan merangsang sistem saraf. Manakala Spearmint berfungsi sebagai penyahbau bawang putih yang kurang digemari. Spearmint berfungsi sebagai anti-keradangan. Ianya juga bertindak seperti tonik lembut kepada masalah perut. Ianya juga efektif untuk mengelakkan kembung perut, menyeimbangkan hormon. Potasium yang tinggi dalam spearmint juga merehatkan ketegangan atau tekanan kepada salur darah yang boleh menyebabkan stress, tekanan darah tinggi, serangan jantung.
  • Dibuat menggunakan dwi-techno – supaya tiada bau bawang putih
  • 2 tablet sahaja dapat membekalkan 1000 mg sehari
  • Telah dibuat ujian klinikal dan disahkan dalam 'landmark study'

Bagi yang nak cuba Garlic Complex boleh hubungi:


Whatsapp / Call / SMS
Mira: 019-282 1775     atau
Azhar: 019-289 1775
amanahbuatku.blogspot.com

Boleh Pos ke seluruh Malaysia dan luar negara.
COD adalah di sekitar:
Banting - Jenjarum - Telok Panglima Garang - Sijangkang - Bukit Tinggi - Klang



Monday, 10 October 2016

How to answer kids when they ask about Allah?

Who is Allah, Mom?

Sayang..
Allah is the Robb.
He is the Creator.
He created from nothing to something.
Not like human,
Human create something from existing.
Allah created perfectly. While human created imperfectly.


Imperfectly? Like what, mom?
Well honey, do you know factory? Do you know a car factory build and created car?
But if there is some defects to the car, the manufacturer can recall. Did you heard Allah recall is back for repair defects?

What does Allah looks like, mom?
(Don't run away from.this question, instead answer them the attributes)
Honey, Allah is beautiful, merciful, powerful, lovingly, forgiving, rich.

But, why I never seen Allah?
My love little princess, no one can see Allah. We cannot imagine how Allah looks like because we are naive. But.. we can know him by the attributes. (Show the asmaul husna)


Where is Allah to protect us, mom?
Allah is very near to us and looks at us all the time.
(Don't say "Allah is everywhere")

I pity Him, mom. He must be tired take care of all humans, at all time, right mom?

Sayang..
Remember I said, Allah is the great Creator. He is not a human being.
Allah no need food or sleep or drink.
He is powerful by its own.

(Smile)
-end-

˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚
PROMOSI OMEGA GUARD SEDANG BERLANGSUNG.

Call Mira for consultation.
Shaklee Indipendent Distributor (1211255)

019-282 1775
amanahbuatku.blogspot.com
FB: Mira Hamzah

Hamil?
Cuba set hamil Shaklee. Pasti ada kelainan, dan, ibu anak lebih sihat.




Menyusu? Penat, Susu sikit?
Cubalah Set Menyusu mengikut bajet anda.


Pilih set mengikut bajet anda.
Hubungi : Mira @019-2821775


Saturday, 8 October 2016

BERTABAHLAH WAHAI SURI HATI SUAMI & IBU ANAK-ANAK

Perempuan, kalau dah jadi suri rumah, dia mesti teringin sangat nak buat macam ni:

Matlamat


Menjadi tunggak keluarga dalam melayani suami, anak-anak dalam konteks Islamiah.

Melayani suami yang menjadi ketua keluarga, penat lelah mencari rezeki untuk keluarga.
Isteri mithali sangat menjaga segala keperluan suami samada makan, pakai, fizikal, mental, batin.

Melayani anak-anak berdasarkan fitrah perkembangan anak-anak mengikut cara Islamiah.

Menjaga kebersihan, kekemasan dalam dan luar rumah. 

Menjaga segala keperluan isi rumah dengan baik. 

Menjadikan rumah tempat kehidupan yang harmoni.

Sentiasa menjaga kesihatan diri untuk jaga anak-anak dan suami.

Menghafal satu surah demi satu surah dalam alquran.

Mendidik anak-anak dengan quran dan as-sunnah.

Menghayati dan mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar dalam kehidupan seharian.

Skema kan..

Tapi itulah hakikatnya..

Itu lah impiannya..banyak yang boleh dihuraikan..

Itulah angan-angannya..

Tapi bagaimana realiti?

Angan-angan

Bangun pagi siapkan sarapan untuk suami dan anak-anak.

Siapkan bento makanan untuk suami tercinta, anak-anak tersayang.

Siapkan anak-anak pakai baju, sikatkan rambut dan pakaikan tudung.

Pastikan anak-anak bersih, kemas dan comel hatta nak pergi sekolah sekalipun.

Hantar suami dan anak keluar rumah. Salam, cium dan peluk suami dan anak sambil ucapkan kata-kata semangat sebelum mereka pergi.

Sementara dirumah, isteri menjadi ibu..menjaga anak-anak kecik sambil buat kerja rumah.

Semua makanan kat rumah mesti homemade. Kurang makan makanan proses dan kebanyakan makanan adalah sihat.

Memastikan vitamin dan mineral yang cukup untuk anak-anak. Ibu masak makanan untuk anak-anak kecik yang berbeza keperluan nutrisi.

Makanan ibu pun kena masak juga. Makanan semua siap tersedia sebelum ibu dan diorang lapar.

Siap makanan untuk anak-anak yang lain nanti balik dari sekolah. Anak-anak pulak picky eater.

Bila petang siap makanan petang dan makan bersama anak-anak sambil berbual tentang aktiviti anak-anak hari itu.

Anak-anak siap makan dan tolong ibu berkemas di dapur. Anak-anak bersurai ke bilik untuk buat kerja rumah dan menonton televisyen.

Ibu dah habis kemas dapur, jenguk anak yang tengah buat kerja rumah.

Bagi tunjuk ajar bila anak tak faham. Pastikan anak-anak siapkan semua kerja rumah yang cikgu bagi harini.

Bila dah petang, sama-sama kat luar buat aktiviti dengan anak-anak. Anak-anak suka melukis, cat-cat dan warna objek.

Rumah dah kemas. Dari lantai ke siling rumah, dari dalam ke luar rumah bersih dan kemas sentiasa. Semua kerja rumah selesai sebelum suami pulang. Makanan pula dah tersedia dihidang.

Suami pulang dari kerja, disalam, disambut cantik dengan baju yang cantik, dengan penuh wangi-wangian perfume, senyuman meleret di pintu.

Anak-anak pun dah mandi, berbaju tidur dan wangi. Suka si ayahnya nak cium dan peluk anak-anak.

Bila suami duduk di kerusi, offer suami makan malam. Kalau dia taknak cuma bawakan air. Jaga pemakanan suami.

Sediakan air mandi. Bila suami dah mandi..solat jemaah sama-sama dengan anak-anak. Selesai, semua duduk-duduk depan tv, sembang-sembang sambil urut bahu dan kaki suami.

Ikut amalam Rasulullah sebelum tidur, baca doa tidur, memaafkan semua orang kat dunia ni.

Semua pakat tidur on-time dan bangun on-time. Bangun pagi dengan senyuman dan ceria.


HAKIKATnya..

Bangun pagi mengantuk-ngantuk sebab berjaga malam pam susu, menyusukan anak, tukar pampers anak yang dah penuh dan buatkan susu untuk anak kecik yang lain. Badan sakit-sakit sebab tidur satu posisi aje sepanjang malam sebab anak asyik mengempeng.


Bangun 15 minit sebelum waktu subuh, cepat-cepat gosok gigi dan ambil wudhu. Selepas solat tahajud 2 rakaat, kalut-kalut siapkan sarapan untuk suami dan anak-anak, masukkan makanan dalam bekas untuk anak-anak dan suami bawak bekal. Tak sempat dah nak hias-hias bento.


Masuk ke bilik iron, terus iron baju dan seluar kerja suami. Cepat-cepat siapkan sebab sikecik dah nangis minta nenen. Bila siap nenenkan anak, subuh dah tinggal 30 minit lagi, bangun terus bersihkan diri, solat subuh, hanya sempat istifar, tasbih dan doa.


Sikecik abang dah bangun, mintak didukung dan peluk. Letak sekejap sikecik abang, nangis nak ikut ayah dan kakak. Hantar suami dan anak keluar. Salam, cium pipi suami dan anak-anak sebelum mereka pergi kerja / sekolah.


Sikecik abang masih didukung, dipujuk sebab nak dia berenti nangis. Dah berenti nangisnya, Alhamdulillah.. mama ambil wudhu sekali lagi, pegang al-quran nak baca.. Sikecik adik pula panjat mama, merayu-ayu nak nenen. Mama akur.


Siap nenen dah berlalu 20 minit. Bangun masukkan sikecik adik dalam buaiyan dan henjut sampai tido. Dah tido, sikecik abang merayu-rayu suruh mamanya bangun ke dapur, nak makan katenye.


Mama pun bangun, pegang tangan sikecik abang. Sambil ke dapur, sambil ketepikan basikalnya, sambil kutip-kutip barang-barang yang sikecik abang dah sepahkan kat lantai.
Terus sediakan makanan untuk sikecik abang. Niat mama, abang makan dan mama siapkan makanan untuk adik pulak. Sikecik abang taknak, nak makan atas riba mama.


Dah siap melayan sikecikabang, kalut-kalut pulak masak bubur sikecik adik. Lepas tu siap makanan untuk anak-anak yang lain nanti balik dari sekolah. Anak-anak pulak picky eater. Hadoi.. mama kene pikir nak masak apa supaya semua anak-anak makan dengan sihat.


Anak-anak balik terus rehat dengan baju sekolah beg sekolah depan tv. Mama pulak tengah mandikan sikecik abang. Keluar aje bilik, mama sakit mata tengok ruang tamu bersepah balik..mama tegur baik-baik suruh diorang pergi simpan beg dan mandi.


Mama ligan-ligan sikecik abang untuk pakaikan dia pampes dan baju. Dah siapkan sikecik abang, mama kemas balik barang-barang sepah tu. Huuh..


Suruh anak-anak makan. Diorang kate taknak lagi sebab masih kenyang.


Nak buat aktiviti dengan anak-anak, tetiba sikecik adik pulak bangun. Mama bagi makan dan mandikan. Tak dapat la nak buat aktiviti dan main dengan anak-anak.


Kemas sini, sana bersepah. Kemas bilik, ruang tamu bersepah, kemas dapur, bilik bersepah lagi. Kemas barang mainan, buku-buku kakak pulak dicapai.


Dah takde ape kat tangan..surat khabar dan tisu dikoyak. Kemas surat khabar dan tisu, bukak drawer baju, sepahkan baju, lompat atas katil dan main baling-baling selimut.


Hajat di hati nak kemas rumah sebelum suami pulang tak kesampaian. Tu baru dalam rumah. Nak kemas kat luar tak dapat la. Harap keluar sekejap sidai kain dan siram pokok tanoa anak-anak menangis nak ikut... Itu dah cukup bagus.


Sebelum suami pulang, si ibu bergegas bagi makan sikecik abang dan susukan sikecik adik. Selesai makan, mandikan anak-anak dan siapkan anak-anak wangi-wangi. Cepat-cepat kemas ruang tamu, sofa, mainan dan kertas surat khabar, buku ke tempat asal. Sapu serdak biskut yang ade kat lantai.


Takdan nak pergi mandi, suami dah balik dari kerja. Disalam, disambut, senyum kelat sebab mengah penat. Nak cantik wangi macamana dengan keadaan isterinya yang masih belum sempat mandi dan bersiap cantik untuk suami. Yang tinggal cuma muka berpeluh dan nafas yang turun naik sebab kalut-kalut buat kerja sambil tengok-tengokkan anak.


Jemput suami makan malam, sediakan air mandi. Sembang-sembang dengan suami sambil menyusukan anak.


Dah lewat malam..semua dah kene tidur. Tapi masing-masing belum nak tidur. Mama kena pujuk. Tak jalan..? Mama kene tinggi suara sikit...? tak jalan jugak...ooo..sebab ayahnya pun tengok tv sekali.. Suara ayahnya bergaung baru mencecet lari masuk bilik. Baca doa tidur.. tapi belum tidur. Sok..sek..sok..sek.. bersembang lagi..siap gaduh2 mama dengar dari bilik sebelah..Haisy..


So begitu lah.. hakikatnyer.. tak sama kann..angan-angan dengan realiti.

Tak pe..yang penting kene selalu usaha. Matlamat kita dalah mencari redho Allah. Kalau hidup perfect gumane pun..Allah tak redho..payah nak cakap gak.


Hehe.. ape pun Mira syukur.. seronok dapat bersama keluarga sendiri setiap masa. Ada yang hanya tengok suami 6 bulan sekali. Ada yang terpaksa berpisah dengan anak selama berbulan-bulan disebabkan faktor kerja. Ada yang terpaksa duduk diperantauan jauh dari keluarga. Kesian diorang. Kita ni, masih diberi banyak nikmat, tetapi selalu tak bersyukur. Kalau Allah tarik nikmat tu sikit... mau mengelupur jugak kan.


Semoga Allah sentiasa kurniakan rezeki ni setiap hari.. Ameen.



Bahaya air berbau klorin

“Eh, air dah ade la..Syukur. Tapi bau klorin lah...”

“Bila air ada semula, ramai yang merungut air bau klorin..”

Ok. Kenapa entry kali ni pasal klorin dalam air? Kan baru-baru ni banyak kawasan di daerah Kuala Langat yang takde air..disebabkan adalah masalah di Empangan Semenyih, menyebabkan air terpaksa dirawat hampir keseluruhan di kawasan Kuala Langat, 99.7 % di daerah Sepang, 93% di daerah Hulu Langat diikuti Petaling iaitu 89% pemulihan. Ni pun dah start balik catuan air. 2 hari ade, 2 hari takde air. So kene kumpul air dan jimatkan air waktu ni.

Waktu ni ramai lah yang yang betul-betul hargai air, sebab bila masa takde air, susahlah nak buat kerja-kerja rumah, mandi, membasuh dan memasak. Kalau sekolah takde air, memang susahlah pelajar nak membuang air, mengambil wudhu’, membasuh tangan sebelum makan dan sebagainya. Air dan elektrik ni dah sangat related dengan kita. Kalau tak ade salah satunya memang pening kepala. Tapi kalau tak ada air lagi pening kepala dari takde elektrik.

Apa pun Tahniah staf-staf Syabas yang bertungkus lumus buat kerja-kerja pemulihan.
Tapi masalahnya, ramai yang ‘berbunyi’ “eh, air berbau lah”. “Bau klorin kuat lah”.. hai..macam-macam. Bila takde air merungut..bila ada air pun merungut.

Selalu STRESS ke?? Kesian..
Cuba set ini.. In shaa Allah hilang stress.


Hehe. Sebenarnya rungutan tentang air berbau klorin tu perlu diambil berat. MESTI !!.

Kenapa air mesti dimasukkan klorin?

Air terawat memang akan dimasukkan klorin. Ini untuk tujuan mematikan semua patogen dalam air yang boleh membawa penyakit. Selain tu, klorin juga berfungsi untuk menjernihkan air. Semakin keruh air, jadi semakin banyak klorin yang dimasukkan. Tapi walaubagaimana pun Syabas dah sahkan yang tahap klorin masih lagi di tahap selamat untuk kegunaan isi rumah.

Selamatkah kalau klorin masih ada dalam air?

Ok. Nak kata selamat atau tak..itu adalah subjektif. Mengikut WHO dan Garis Panduan Air Minuman Kebangsaaan (National Standard Drinking Water Quality), klorin memang selamat diambil selagi berada dalam paras yang tidak membahayakan manusia. Tapi kita tahu tak, pendedahan klorin yang tinggi (walaupun berada pada tahap maksimum iaitu dalam range ‘safe’ boleh mendatangkan bahaya pada organ-organ manusia.



Iklan sekejap...

(Kalaulah kita boleh dengar, macamana organ-organ kita bercakap antara satu sama lain. Komunikasi diorang ni bukan sahaja dalam aspek bekerja dalam satu sistem, contohnya Sistem pencernaan, sistem perkumuhan, sistem koordinasi dan tulang, sistem peredaran darah, sistem imunisasi, dan sebagainya.

Organ-organ ni, sel-sel, enzim, bakteria baik, interferon dan semua dalam sistem badan ini tidak pernah cuti bekerja secara intrasistem dan intersistem, tapi jugak terpaksa bekerja lebih keras apabila mereka ini menderita kesakitan. Nampak tak? Kalau kita sakit, kita boleh ambil cuti sakit atau MC, tapi kalau badan kita sakit dan kita masih buat-buat tak sakit...maka tiada ‘MC’ untuk kesemua sistem dalam badan kita. Mereka terpaksa bekerja dengan lebih kuat lagi sedangkan mereka tengah lemah... Mereka diberi lebih banyak tugasan yang susah-susah iaitu meneutralkan toksik yang masuk dan keluar dari badan dengan selamat. Whuaa.. banyak nya kerja badan kita. Tapi kita? Tak kesian ke dengan badan kita?

Kalau kita diizinkan Allah, untuk dengar rintihan kesakitan sel-sel organ yang terkena toksik klorin atau segala macam dadah ubatan, dadah nikotin, perasa makanan, pengawet makanan dan sebagainya lah..hah, macam mana agaknya reaksi kita. Kalau masih lagi selamberrrr ajer menyakitkan diorang..wallahualam) Kita sebenarnya meracuni diri kita sendiri. Senang cerita ayat Allah... “sedangkan aku tergolong dalam orang-orang yang menzalimi diri sendiri”).

Maaf..saya memang macam ni. Saya cuba empati setiap apa yang ada pada diri saya. Lecturer saya kata.. sesiapa yang belajar pasal Ethics of Environmental Toxicology, normal kalau dia fikir macam ni. Tapi dia tak normal kalau dia tak fikir macam ni.



Ok..back to topic. Sebenarnya..Klorin yang dikatakan berada dalam paras selamat untuk kegunaan kita itu lah pembunuh senyap. “Eh, tak lah...kan ke pihak atasan dah kate selamat..selamat lah! Kepoci betullah !!!”


Kenapa klorin menjadi pembunuh ‘selamat’ atau pembunuh senyap? Come closer..Let us take a look.


Klorin bersifat mengakis, beracun, dan gasnya boleh menyebabkan sesak nafas atau lemas. Sememangnya klorin digunakan untuk membunuh bakteria dan patogen lain di dalam air. Tetapi klorin juga boleh bergabung dengan bahan organik dalam air seterusnya menjadikan air tersebut bersifat karsinogenik. Residu klorin tidak berhenti disitu sahaja. Apabila ia masuk ke dalam tubuh manusia, ia akan merosakkan bakteria baik dan sel-sel sihat. Bila sel sihat dah jatuh sakit, ini boleh melemahkan sistem imunisasi badan sehingga tubuh badan mudah mendapat penyakit. Faham tak?



Tapi, sekiranya klorin merbahaya, kenapa ianya diluluskan untuk digunakan dalam perawatan air? Ini kerana klorin lebih efektif dalam membunuh patogen dan ianya lebih murah berbanding kaedah lain. Jadi ianya diterima pakai oleh WHO, dan langsung terus diterima pakai di kebanyakan negara.

Residual Chlorine atau Klorin residual (klorin yang masih bebas, yang tak bergabung dengan komponen lain) mestilah di paras maksimum sehingga 0.2 – 5.0 mg/L (National Standard for Drinking Water Quality, NSDWQ). Manakala Quality Assurence Program (QAP) pula menyarankan maksimum sehingga 2.3 mg/L sahaja. Lebih dari itu dikira tak selamat.




Terlebih paras klorin dalam air boleh menyebabkan mudarat kepada pengguna. Mestilah pihak Syabas dan KKM tak nak jika berlaku keracunan air kepada pengguna. Bahaya dan boleh menjadi satu wabak pulak.
Kajian membuktikan sesiapa yang selalu minum air yang mengandungi residu klorin mempunyai risiko menghidapi kanser pundi kencing, kanser dubur (American Journal of Public Health, 1992) dan kanser kolon atau usus (Health Freedom News, January/February 1987).

Setiap hari kita akan banyak menggunakan air. Minum, masak, membasuh, mandi. Air yang mempunyai bahan kimia boleh memasuki dengan 3 cara paling mudah iaitu:



Absorption (Penyerapan)
Bila kita mandi, atau membasuh pinggan mangkuk atau apa sahaja aktiviti yang membolehkan air terkena pada kulit, boleh menyebabkan klorin yang larut air terserap melalui kulit.


Ingestion (Makan atau minum)
Bila kita masak air berklorin ni, klorin takkan hilang, malah akan menjadi bentuk bahan kimia yang lebih membahayakan tubuh. Begitu juga heavy metals (logam berat), walaupun kita masak berkali-kali, bahan kimia atau logam berat ini memang tidak mudah terurai dan bebas dari air tersebut.


Inhalation (Hidu)
Klorin yang terlalu banyak akan boleh dibau..walaupun di dalam air. Ini kerana klorin bersifat gas, yang akan terpeluwap keluar dari air dan menjadi gas. Klorin yang disedut juga akan membahayakan kesihatan. Pendedahan kepada bau atau gas klorin yang keterlaluan atau selalu (setiap hari) boleh menyebabkan penyakit peparu dalam jangka masa yang panjang.



Penyakit berkaitan pendedahan dengan klorin
Antara penyakit-penyakit akbibat daripada klorin adalah:
Kanser peparu
Kanser trakea (saluran pernafasan)
Kanser kolon (usus)
Kanser pundi kencing
Kanser rektal (dubur)
Kanser kulit


Jika kita sememangnya terdedah kepada klorin, apa yang harus kita buat untuk menyingkirkan atau mengurangkan tahap klorin dalam badan?


  • Pasang penapis air yang boleh menapis sisa logam berat dan klorin sepenuhnya. Ada pelbagai penapis air di pasaran. Ada yang boleh menapis sisa logam berat sahaja, tetapi bukan residu klorin. Jadi, jika nak cari penapis air, perlu mendapatkan konsultansi dan ilmu terlebih dahulu.

Water Pitcher Shaklee adalah Penapis air Shaklee yang boleh menapis
segala kotoran fizikal, logam berat dan juga klorin.
Boleh dibawa kemana-mana. Mudah bagi yang suka travel.
Selamat dan mudah untuk digunakan,
Penapis boleh ditukar. Satu penapis boleh digunakan sehingga 600 kali tapisan. 


  • Jika tiada penapis air yang boleh menapis logam berat dan klorin, minum dan mandi air bersih seperti air mineral dan minum dengan banyak sehingga seminggu. Ini adalah untuk membuang atau ‘flush’ residue klorin tersebut melalui perkumuhan. Sekiranya perlu minum air mineral ini sehingga 40 hari.


Cara DETOX Shaklee.. jom kita start detox. Hasilnya..badan nyah toksin..
Badan jadi kurus. Tak percaya?? Whatsapp Mira - 019-282 1775
  • Seeloknya mulakan program detox. Boleh menggunakan air hirisan lemon (bersama kulit lemon) untuk menyah-toksik klorin dari badan.

Antara Set detox Shaklee.
Untuk konsultansi set bajet anda, Whatsapp MIRA 019-282 1775


Perlu kita tahu kepentingan detox ni. Selain hati, buah pinggang adalah organ yang paling efektif melepaskan toksin yang larut air. Tetapi tidak dapat melepaskan toksin larut lemak. Jadi, toksin itu akan kekal duduk dalam sel-sel lemak. Untuk tidak menjejaskan organ-organ badan yang lain, sel-sel lemak akan terus ‘menyerap segala toksin-larut lemak itu. Apabila setiap hari kita terdedah dengan pelbagai bahan kimia berbahaya dan klorin, maka bertambahlah dari sehari ke sehari sel-sel lemak itu menjadi lebih besar dari sebelumnya. Ini menyebabkan kita rasa kurang bermaya, cepat letih dan asyik nak berbaring walaupun tidak mahu tidur. Metabolisma badan akan semakin rendah sehingga badan mencapai tahap obesiti.


  • Boleh juga makan supplement yang berfungsi untuk detox hati. Kerana residue klorin mungkin boleh dinyahkan di organ-organ lain tetapi akhirnya di’tapis’ di organ hati. Jadi detox hati adalah langkah terbaik. Atau...kalau nak mudah, mulakan program detox dengan set detox Shaklee ni.


Antara supplement utama dalam program DETOX

  • Mulakan bersenam sedikit demi sedikit. Kalau boleh gunakan teknik bersenam yang boleh pecahkan lemak dulu. Contohnya senaman pecah lemah di perut, di peha. Kalau Mira, memang suka teknik Kevin Zahri atau Full Body Tabata’.
  • Tabata ni senang aje.. 4 minit aje sehari. haa..jangan nak bagi alasan takde 10 minit untuk bersenam.. tabata ni 4 minit aje..



  • Tingkatkan imunisasi dengan pemakanan yang sihat. Banyakkan minum air suam berbanding air sejuk-ais. Ini kerana pada waktu ini badan kita banyak toksin yang melemahkan dan menggunakan banyak tenaga. Jadi kita tidak nak badan kita menggunakan lebih banyak tenaga untuk dijadikan haba untuk ‘memanas’ kan air yang sejuk untuk tujuan pemprosesan dan pembersihan dalam tubuh. Faham tak nih..hehe.



Yang paling utama. Ini jangan tinggal dalam setiap amalan dan usaha kita untuk menyahkan klorin dari badan:

  • Banyakkan berdoa dan zikir. Tawakkal kepada Allah untuk Allah jauhkan kita daripada penyakit-penyakit  berbahaya.



-End-

Istiqaroh Al-quran macam Neelofa..bagaimana??

Waktu all times favourite actress ni berhijrah memang menjadi daya tarikan buat semua peminatnya, followers dan haters Neelofa.

Macamaana Neelofa mula mendapat confirmation dari hatinya yang dia mesti berhijab? Semua tu datang apabila dia buat istiqaroh Al-Quran. Dia betul2 tanya pada Allah tentang hatinya yang berbolak balik. Dan sepantas itu jugak Allah balas kepada hambanya ini bahawa berhijab itu wajib.. melalui surah an-Nur ayat 31.


Selalunya kita dengan solat istiqaroh..iaitu solat untuk mohon petunjuk kepada Allah bila kita di dalam persimpangan jalan atau dalam dilema. Selain solat, kita amat-amat digalakkan berkawan baik dengan Al-Quran. Al-Quran yang mulia.. salah satu di dalam rukun iman. Kalau kita jarang membaca dan beriman dengan al-Quran, bagaimana kita boleh kata diri kita sebagai orang yang beriman?


Al-Quran itu penyuluh hidup. Kita sebagai orang Islam kalau betul-betul nak jadi seorang mukmin, yang beriman dan diredhai Allah...maka kita kena, mesti, wajib mengamalkan cara hidup kita berlandaskan Al-quran dan As-sunnah.


Mira bukan pandai dalam bidang ni. Masih belajar sikit-sikit. Apa yang Mira suka sangat adalah ayat dalam surah Al-Mulk.. ayat 2. Waktu tu rasa Mira mesti jadi orang yang baik..ameen. Cuba check surat dan ayat tu.


Ha..ini lah yang dinamakan istiqaroh Al-quran. Dapat kaedah ni pun sebab terdengar IKIMfm, slot Usrah Nurani tu. Jumaat tu diorang staf IKIM bawak Neelofa jadi artis undangan untuk cerita pengalaman dia berhijrah.


Neelofa kan sangat cantik dan sebelum ni dia tak bertudung. Tapi lepas bertudung pun dia masih cantik..bahkan lebih manis. So, lepas dia buat istiqaroh Quran ni dia terus dapat petunjuk dari Allah supaya dikuatkan hatinya, didorongkan fizikalnya untuk dia terus menutup aurat.


Waktu tu dia cerita tu, dia kata dia takut-takut. Dia rasa serba serbi salah...nak pakai hijab ke tidak. Bila dia call kawan-kawan ada yang kata pakai nanti tawaran berlakon terhad kepada watak bertudung aje. Ada yang kata ok ok je. Ada yang bersungguh beri galakan. Ada yang mendoakan dia kat depan kaabah pun ada..si Eja la tuh (Heliza waktu dia menunaikan umrah, neelofa telefon). 


Alhamdulillah. Dipendekkan cerita, Neelofa terus pakai tudung sejak dapat petunjuk dari Allah sebab buat Istiqaroh Al-quran tu.


Waktu dengar IKIM tu, Mira dalam kereta dengan kawan si Ijat. Memang kami dua-dua terharu dengar pengakuan Neelofa tu. Hidayah tu milik Allah. Hanya Allah yang akan bagi kepada sapa yang dia nak.


Balik dari tu..esoknya cuti kan.. banyak masa untuk solat lama-lama dan zikir. Terfikir lah nak buat Istiqaroh Quran.


Yang first Mira dapat tu memang menggentarkan jiwa. Rasa lemah segala urat sendi ni. Terasa Allah tengah tengok kita dok terlunjur kaki sambil bukak quran bertafsir tu. Terus Mira duduk elok-elok sebab baru rasa Allah dok tengok. Padahal kita tahu..tauhid kita tetap tahu yang Allah Maha Melihat, Maha Mendengar. Tapi mulut dan otak aje ingat dan sebut macam tu. Tak feel bebetul. Bila dah feel bebetul..huuuiiii terasa seram sejuk kulit tangan nih. Meremang bulu roma.


Kali ke-2 Mira buat Istiqaroh Quran, waktu Mira tengah mengandung anak ke 4. Waktu tu agak letih dan selalu sakit kaki. Duduk kat katil tergolek-golek nak ajak badan tidur. Tapi hati suruh baca Al-quran jugak. Padahal mata dah layu. Rasa malaaassss sangat nak baca Quran ni. So..Mira pun ape lagi.. doalah dengan suara yang kuat sekadar dengar kat telinga sendiri: Mira tanya Allah. "Ya Allah Ya tuhan Yang Maha Besar. Sesungguhnya Engkaulah yang menurunkan Alquran ini supaya menjadi petunjuk kepada kami umat nabi Muhammad s.a.w. Tapi kenapa harini aku malaassss sangat nak bukak, baca Alquran ini. Tolong Ya Allah...bagi aku semangat untuk rajin baca nya..”


Tau Allah jawab apa?...Allah jawab surah Taha’ ayat 2. Terus bangun terduduk rapi kaki Mira. Risau Allah nampak aurat-aurat dan tak eloknya Allah dok tengok tergolek-golek atas katil sambil pegang Al-quran bertafsir tu tapi tak bukak-bukak jugak. Hahah.. feeling dia lain macam tau.


Ok..cuba tengok kenapa Mira rasa sentap bila dapat ayat 2, surah Taha tu?


Lepas tu dan dan Mira rasa takut. Atakut dengan Allah sebab Allah marah. Sebab Allah tegur. Sedangkan Allah dah bagi macam-macam tapi masih malas baca quran..


Lepas tu tiba-tiba rasa sedih..sebab sayu hati kene marah dengan Allah. Selama ni tak rasa pulak macam ni. Mata pun terus buka balik ayat tadi..dan baca ayat ke3.


Waktu tu tiba-tiba rasa bersemangat. Sebab Allah seperti mengambil hati kita yang gundah tadi ni. Huuu...lepas tu terus bangun duduk elok-elok baca quran sampai habis satu surah tu. Hilang segala mengantuk.



Pasal Shaklee ni pun Mira ada buat jugak.. dapat surah Al-Mukminun ayat ke15. Huhu..sentap sangat.

memang Mira belum lagi share apa terkandung dalam ayat-ayat tu.. sebab Mira nak galakkan reader cari sendiri dalam tafsir apa yang terkandung dalam ayat tu. So, nanti senang lah nak try bila Quran dah dalam tangan kan..

Moga-moga bermanfaat.

Bila Mengandung aje HB Mesti Rendah..kenapa?

Ramai ibu-ibu yang mengandung..apabila mula mengandung aje, HB pasti akan jatuh. Si ibu selalu nak pitam dan letih.


Alhamdulillahi Robbil Alamin..


Setelah selesai kelas nutrisi produk Shaklee 20 Ogos 2016 yg lalu, lepas tu coaching session pulak dengan upline comel si Ayu, Mira dah dapat ilmu yang sangat bagus untuk dikongsikan dengan semua orang. Antara ilmu yang Mira dapat adalah ilmu nutrisi produk Shaklee lah kann. Banyak lagi ilmu-ilmu lain yang Mira belajar, tapi nanti kita share yang lain kendian ye.


Ok harini nak share satu kebaikan tablet yang warnanya hijau, iaitu Vitalea. Mira gelar ia Golden Green tablet ni. Nampak tak perkataan vital kat depan Vitalea tu. Vital bermaksud penting. Bererti  banyak elemen mineral penting untuk tubuh badan kita terkandung dalam tablet ni. Gabungan vitamin dan mineral yang banyak dalam buah-buahan, makanan semulajadi dan sayuran hijau dan berwarna ada dalam satu tablet multivitamin ni. Sesuai dengan semua list vitamin dan mineral yang badan kita perlukan. 


Macam Mira dan keluarga, memang makan sayur dan ulam, tapi yang beli lah. Apa yang dikhuatiri adalah kandungan pestisudnya. Dalam pestisid memang banyak bahan kimia dan logam berat berbahaya pada tubuh kita. Jadinya kadang-kadang makan, Kadang-kadang beli banyak sayur hijau, tak makan dan rosak, lalu buang. So, untuk tak nak lagi beri alasan itu ini Mira akan beli sayur yang tahan lama dalam petiais. Haha..boleh agak kot sayur apa yg tahan lama kann. Timun, kobis, ikan bilis, tempeh, baby jagung, tomato. Haa..yang ni memang senang nak simpan. Kalau green leaf vegetables, memang cepat daunnya kuning atau rosak kalau tak makan.


Ok, back to multivitamin tadi. Kenapa Mira suke sangat dengan Vitalea ni? Sebab Vitalea ni solusi untuk Mira waktu Mira kritikal kurang zat besi. Kalau nak tahu Mira, dulu setiap kali pregnant mesti susah nak dapat HB yang cantik kat buku merah klinik kesihatan tu, asyik ditanda dengan pen merah aje sebab bawah dari 11 mg/L. Maka kena lah setiap 2 minggu pergi checkup kat KK. Nurses yang baik hati siap bagi hematinik dan iron tablet 100 mg untuk dimakan setiap hari. Dengan harapan HB Mira akan naik ke paras 11mg/l. Tapi tak jugak. Selalu sangat kurang daripada tu dan pernah sampai 9mg/L. Bayangkan lah waktu tu Mira dah third trimester. Kalau kekurangan HB dalam darah memang bahaya pada kandungan dan ibu waktu nak melahirkan. Tinggi risikonya seperti anak dilahirkan pramatang dan ibu boleh tumpah darah selepas bersalin. Ada juga yang sampai maut kepada anak atau ibu atau kedua2 nya. Kesiankan.


Sebenarnya kita boleh usahakan untuk elak dari kemalangan ni berlaku. Kena sentiasa beringatlah kan.. Kalau kita mohon pada Allah untuk diberikan cahaya mata pada kita, mestilah kita minta amanah dari Allah.


Bila Mira dah ambil Vitalea tu selama seminggu, nampak perubahan kepada HB Mira. Nurse dan Doktor sampai ucap tahniah kat Mira..haha. Lega sangat. Check up kat klinik pun dah jadi sebulan sekali aje.


Bagi Mira, anak ni, bila Allah dah bagi kepada kita, kita kene bersyukur sangat, kita kene jaga amanah itu semampu yang kita boleh. Maksudnya, kalau kita mampu buat yang terbaik, beri nutrisi yang terbaik untuk anak kita hatta dari usia kandungan 1 hari sekalipun, so, kita kena buat. Itu dah jadi tanggungjawab kita untuk jaga amanah yang Allah dah bagi kat kita.. kann.


Vitalea ni memang solusi terbaik lah. Lagi satu, Vitalea ni tak macam vitamin yang lain. Dia boleh dimakan terus selepas makan. Tertulis kat situ ‘take after meal’. Tak macam vitamin lain yang Mira makan, Mira terpaksa tahan makan dan minum minuman manis seperti susu, coklat dan sebagainya sekurang-kurangnya 2 jam selepas makan. Dah tu pulak, lepas makan vitamin tu kene pulak gap lagi 2 jam tak boleh makan dan minum benda2 manis dan berat. Jadinya 4 jam. Kadang-kadang Mira tak tahan, makan jugak. Jadinya vitamin yang Mira makan tadi tidak diserap secara optimum ke dalam tubuh. Sayangkan... membazir pulak rasanya.


Tapi seeloknya Mira sarankan ibu-ibu mengandung ambil set lengkap mengandung Shaklee. Supaya ibu dan anak dalam kandungan akan dapat khasiat yang penuh dan lengkap sepanjang tempoh 9 bulan sehinggalah waktu kelahiran.


Pengambilan nutrisi yang lengkap semasa mengandung akan buatkan kita bertenaga semasa melahirkan dan dalam pantang, in shaa Allah.
Utamakan niat kita kerana Allah. In shaa Allah... Dia Maha Berkuasa akan tunjukkan jalannya.


Ameen.