Waktu all times favourite actress ni berhijrah memang menjadi daya tarikan buat semua peminatnya, followers dan haters Neelofa.
Macamaana Neelofa mula mendapat confirmation dari hatinya yang dia mesti berhijab? Semua tu datang apabila dia buat istiqaroh Al-Quran. Dia betul2 tanya pada Allah tentang hatinya yang berbolak balik. Dan sepantas itu jugak Allah balas kepada hambanya ini bahawa berhijab itu wajib.. melalui surah an-Nur ayat 31.
Selalunya kita dengan solat istiqaroh..iaitu solat untuk mohon petunjuk kepada Allah bila kita di dalam persimpangan jalan atau dalam dilema. Selain solat, kita amat-amat digalakkan berkawan baik dengan Al-Quran. Al-Quran yang mulia.. salah satu di dalam rukun iman. Kalau kita jarang membaca dan beriman dengan al-Quran, bagaimana kita boleh kata diri kita sebagai orang yang beriman?
Macamaana Neelofa mula mendapat confirmation dari hatinya yang dia mesti berhijab? Semua tu datang apabila dia buat istiqaroh Al-Quran. Dia betul2 tanya pada Allah tentang hatinya yang berbolak balik. Dan sepantas itu jugak Allah balas kepada hambanya ini bahawa berhijab itu wajib.. melalui surah an-Nur ayat 31.
Selalunya kita dengan solat istiqaroh..iaitu solat untuk mohon petunjuk kepada Allah bila kita di dalam persimpangan jalan atau dalam dilema. Selain solat, kita amat-amat digalakkan berkawan baik dengan Al-Quran. Al-Quran yang mulia.. salah satu di dalam rukun iman. Kalau kita jarang membaca dan beriman dengan al-Quran, bagaimana kita boleh kata diri kita sebagai orang yang beriman?
Al-Quran itu penyuluh hidup. Kita
sebagai orang Islam kalau betul-betul nak jadi seorang mukmin, yang beriman dan
diredhai Allah...maka kita kena, mesti, wajib mengamalkan cara hidup kita
berlandaskan Al-quran dan As-sunnah.
Mira bukan pandai dalam bidang
ni. Masih belajar sikit-sikit. Apa yang Mira suka sangat adalah ayat dalam
surah Al-Mulk.. ayat 2. Waktu tu rasa Mira mesti jadi orang yang baik..ameen.
Cuba check surat dan ayat tu.
Ha..ini lah yang dinamakan
istiqaroh Al-quran. Dapat kaedah ni pun sebab terdengar IKIMfm, slot Usrah
Nurani tu. Jumaat tu diorang staf IKIM bawak Neelofa jadi artis undangan untuk
cerita pengalaman dia berhijrah.
Neelofa kan sangat cantik dan
sebelum ni dia tak bertudung. Tapi lepas bertudung pun dia masih cantik..bahkan lebih manis. So, lepas dia buat istiqaroh Quran ni dia terus
dapat petunjuk dari Allah supaya dikuatkan hatinya, didorongkan fizikalnya
untuk dia terus menutup aurat.
Waktu tu dia cerita tu, dia kata dia takut-takut. Dia rasa serba serbi
salah...nak pakai hijab ke tidak. Bila dia call kawan-kawan ada yang kata pakai nanti tawaran berlakon terhad kepada watak bertudung aje. Ada yang kata ok ok
je. Ada yang bersungguh beri galakan. Ada yang mendoakan dia kat depan kaabah
pun ada..si Eja la tuh (Heliza waktu dia menunaikan umrah, neelofa telefon).
Alhamdulillah. Dipendekkan cerita, Neelofa terus pakai tudung sejak dapat
petunjuk dari Allah sebab buat Istiqaroh Al-quran tu.
Waktu dengar IKIM tu, Mira dalam
kereta dengan kawan si Ijat. Memang kami dua-dua terharu dengar pengakuan
Neelofa tu. Hidayah tu milik Allah. Hanya Allah yang akan bagi kepada sapa yang
dia nak.
Balik dari tu..esoknya cuti kan..
banyak masa untuk solat lama-lama dan zikir. Terfikir lah nak buat Istiqaroh
Quran.
Yang first Mira dapat tu memang
menggentarkan jiwa. Rasa lemah segala urat sendi ni. Terasa Allah tengah tengok
kita dok terlunjur kaki sambil bukak quran bertafsir tu. Terus Mira duduk
elok-elok sebab baru rasa Allah dok tengok. Padahal kita tahu..tauhid kita
tetap tahu yang Allah Maha Melihat, Maha Mendengar. Tapi mulut dan otak aje
ingat dan sebut macam tu. Tak feel bebetul. Bila dah feel bebetul..huuuiiii
terasa seram sejuk kulit tangan nih. Meremang bulu roma.
Kali ke-2 Mira buat Istiqaroh
Quran, waktu Mira tengah mengandung anak ke 4. Waktu tu agak letih dan selalu
sakit kaki. Duduk kat katil tergolek-golek nak ajak badan tidur. Tapi hati
suruh baca Al-quran jugak. Padahal mata dah layu. Rasa malaaassss sangat nak
baca Quran ni. So..Mira pun ape lagi.. doalah dengan suara yang kuat sekadar
dengar kat telinga sendiri: Mira tanya Allah. "Ya Allah Ya tuhan Yang Maha
Besar. Sesungguhnya Engkaulah yang menurunkan Alquran ini supaya menjadi
petunjuk kepada kami umat nabi Muhammad s.a.w. Tapi kenapa harini aku malaassss
sangat nak bukak, baca Alquran ini. Tolong Ya Allah...bagi aku semangat untuk
rajin baca nya..”
Tau Allah jawab apa?...Allah
jawab surah Taha’ ayat 2. Terus bangun terduduk rapi kaki Mira. Risau Allah
nampak aurat-aurat dan tak eloknya Allah dok tengok tergolek-golek atas katil
sambil pegang Al-quran bertafsir tu tapi tak bukak-bukak jugak. Hahah.. feeling
dia lain macam tau.
Ok..cuba tengok kenapa Mira rasa
sentap bila dapat ayat 2, surah Taha tu?
Lepas tu dan dan Mira rasa takut.
Atakut dengan Allah sebab Allah marah. Sebab Allah tegur. Sedangkan Allah dah
bagi macam-macam tapi masih malas baca quran..
Lepas tu tiba-tiba rasa
sedih..sebab sayu hati kene marah dengan Allah. Selama ni tak rasa pulak macam
ni. Mata pun terus buka balik ayat tadi..dan baca ayat ke3.
Waktu tu tiba-tiba rasa
bersemangat. Sebab Allah seperti mengambil hati kita yang gundah tadi ni.
Huuu...lepas tu terus bangun duduk elok-elok baca quran sampai habis satu surah
tu. Hilang segala mengantuk.
Pasal Shaklee ni pun Mira ada
buat jugak.. dapat surah Al-Mukminun ayat ke15. Huhu..sentap sangat.
memang Mira belum lagi share apa terkandung dalam ayat-ayat tu.. sebab Mira nak galakkan reader cari sendiri dalam tafsir apa yang terkandung dalam ayat tu. So, nanti senang lah nak try bila Quran dah dalam tangan kan..
Moga-moga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment