Wednesday, 9 November 2016

Susu Sikit? Mungkin Insufficient Breast Grandular Tissue

Seronok ibu2 yang dah berjaya susui anaknya sehingga 2 tahun. Berjaya sampai 1 tahun lebih pun dah kira bagus.. alhamdulillah.

Mira faham.. tak semua ibu-ibu berjaya susui anaknya.

Ada yang tak mampu disebabkan kekurangan diri. Ada jugak yang tak mampu disebabkan kekangan lain. Tapi semua ibu-ibu.. yang ada pengalaman menyusu anak walaupun sehari.. mesti ingat detik indah tu kan..

Pernah dengar pasal Insufficient Breast Glandular Tissue (IGT). Tissue buah dada yang tak berkembang dan saluran kecil seperti anak dara sunti. Penghidap IGT mempunyai saluran susu yang tak mampu untuk menampung kemasukan /aliran susu mengikut permintaan bayi.

Mira adalah salah seorang IGT. Kata seorang doctor laktasi.. Daripada keseluruhan wanita, 2% adalah pengidap IGT.

Tapi orang yang ada IGT tak boleh putus asa. Selagi ada susu...selagi tu lah kita akan terus beri pada anak.

1 sudu penuh sudu KFC tu jauh lebih baik kandungannya daripada 10 gelas besar susu formula.

Cuba lah.. cuba, cuba, cuba.. doa dannterus berdoa..

kalau tak boleh jugak, cari bantuan.. mintak yang pakar tolong. Sebab setiap anak berhak ke atas susu ibu..

Mira Hamzah
019-282 1775
🍎Fathonah Empire🍎
●Enliven●Inspiring●Fathonah●

No comments:

Post a Comment