Monday 3 October 2016

Kopek ikan bilis - Kebaikan dan keburukannya?


Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh. Alhamdulillah. Jumpa lagi Mira dengan blog nih. Entry kali ni pasal ikan bilis. Hahah.. Ikan bilis?? Macam takde tajuk lain pulak nak tulis kann..hihi.

Ape nak diceritakan tentang ikan bilis ni? Nak tau ke kalau kita selalu kopek ikan bilis ape manfaat dan kebukurannya? Tahu ke tak tahu?

Simple aje.. selalunya kita kopek ikan bilis ni lama.. orang sebut..’bercinta’ maksudnya lama lah nak habis. Satu-satu dikopeknya. Mana leh kopek sekali 10 ekor melainkan guna tenaga buruh atau mesin. Kalau ada mesin kopek ikan bilis..rasanya Mira beli kot.

Anak-anak Mira memang suka makan ikan bilis. Kalau digoreng banyak-banyak dan simpan dalam tapawey..memang diorang ulang makan sampai habis. Buat snek makan depan TV plak. Sekejap aje dah habis. Padahal nak ngopek ikan bilis tu lame.

Ape manfaat kopek ikan bilis ni.

1. Meningkatkan kerajinan surirumah –


Selalunya surirumah atau anak-anak kita kopek ikan bilis ni, sedia maklum kene kopek sekor-sekor. Paling malas pun orang buang kepala aje. Kalau yang rajin akan buang perutnya dan dikopek dua, sapu-sapu bersih dari hujung ke hujung. Kalau Mira memang golongan rajin. Akan kukopek satu-satu, belah dua dan sapu bersih-bersih pastu baru simpan kat bekas lain.

2. Tangan sentiasa bersenam membuat kerja –

Kadang-kadang kita ralit tengok TV sambil kopek ikan bilis. Jadinya tangan kita pun laju seirama rancaknya cerita kat TV tu. Atau kalau sesetengah golongan ni, diam terus, kaku tangannya akibat nonton drama TV tu. Yang tu tak bagus.. Tangan kena senam tau, walaupun cuma kopek ikan bilis.

Ni kopek kat dapur. Lembab la nak habis..
kalau depan TV laju aje..hehee

3. Menjimatkan ongkos –


Kalau kita beli ikan bilis siap kopek tu mahal tau. Tak caye.. ha.. ni Mira dah buat research kat spemarket cap A, cap B, cap C ok... Kalau beli ikan bilis tak kopek lagi tu sekilo, harga lebih kurang RM 25. Tapi kalau dah siap kopek.. jadi hampir double harga dier... RM 42 sekilo. Haa ngkau. Brape banyak leh sep duit kann.. RM 17 taw! Banyak itu boleh beli nasi kukus ayam berempah 3 hari tau. Siap ade air free lagi.


4. Menggembirakan anak-anak –


Anak-anak ni, kalau kita ajak buat aktiviti sama-sama memang diorang suka. Sabar-sabar aje lepas tu nak kena kemaih balik..Heh..

Kalau bab suruh anak-anak kopek memang seronok. Siap lah hanyir banyir baju tu. Muka tangan kaki semua habis bau ikan bilis. Anak Mira yang no.3 suke bebnau tolong. Bukan tolong kopek..tolong sepahkan. Akak dia pulak memang tak boleh bau..siap nak muntah-muntah pulak..hiisy macam-macam alasan.

(Takde plak gambo anak tengah kopek. nanti kalau ade sure upload sinih).

Ape mudaratnye pulak bila mengopek ikan bilis ni:

1. Tegang urat –


Selalunya orang akan kopek sekali banyak ikan bilis ni. Sebab senang..just simpan dalam bekas, nak guna ambik. Jadi selalunya menggunakan masa yang lama. Postur duduk yang lama boleh menyebabkan urat saraf bahagian pinggul dan tulang belakang L4, L5 dan sakrum 1 menegang. Jadi lama-lama akan sengal-sengal pinggang dan kaki. Lagi teruk kalau buat selalu, silap-silap urat belikat boleh masuk angin. Mulalah leher dan bahu sakit-sakit sengal-sengal.

So, kalau jadi macam ni, seeloknya kita berhenti sekejap dan buat regangan. Ingat, nak pakai tulang, sendi dan otot ni lama tau. Kenelah jaga bebaik. Lagipun, semua ni barang ‘pinjam’ kan.. lagi lah kene jaga elok-elok..betul takkk. Betul kann.


2. Sakit celah kuku –


Kalau kita pilih ikan bilis yang halus, tapi masih lagi nak jugak buang kepala dan taik hitam tu (sebenarnya perut), kita akan mendedahkan jari-jari tangan kita dengan pergerakan yang berulang dan kekejangan jari dan pergelangan tangan. Selain tu, kalau orang yang selalu simpan kuku pendek ni, memang lepas kopek sekilo akan sakit lah celah-celah kuku ni.

Ye betul, memang tadi kata bagus sebab tangan kita bersenam. Tapi kita perlu tahu, bersenam adalah pergerakan semua jari jemari dan pergelangan tangan mengikut cara yang betul. Kalau tak betul, tangan, jari, pergelangan tangan kita akan sakit. Silap-silap kalau buat kerja ni setiap hari dengan jumlah kilo ikan bilis tu banyak..memang lama-lama akan ada masalah sakit sendi. Tak caya..buat lah. Jadi, lebih elok kita pilih ikan bilis yang saiz besar sikit. Senang nak kopek dan murah harganya.
 

3. Kuku ibu jari jadi berwarna ‘semulajadi'


Lepas kopek ikan bilis, kadang-kadang habuk-habuk ikan bilis akan masuh dicelahan kuku. Kalau kuku panjang dan masih boleh masuk ke dalam makanan yang kita masak..yang kita makan...



So ensure lah, basuh tangan, kuku dan pergelangan dengan cara yang betul. Tangan anak-anak pun mesti cuci. Kuku tu kena fokus basuh banyak-banyak sikit. Gunakan kaedah cuci tangan yang betul. Haa..yang tu lebih baik.


~~~~~~~

Ok..stop dulu entry kali ni. In shaa Allah lain kali kita buat entry resepi sambal ikan bilis rangup dan Sambal ikan bilis petai pulak ye... slurrp. Belum tulis pun dah kecor mulut hahahah..



3 comments:

  1. Assalamualaikum.. Sya pembekal ikan bilis Dr sabah.. Dan ejen sya di semenanjung di kuala Selangor.. Harga bilis 2017 mmg naik mendadak mcm harga EMA's. In syaa Allah kalo pandai cari tempat ada juga yg murah (perangi org tengah).. Bilis saya Dr inderasabah tawau sabah.. Pengeluar bilis trbesar d tawau sabah.pernah masuk TV di majalah3.. Bilisnya sedap garing/tidal masin , fresh , Bersih Dan berkualiti Dan yg paling penting HALAL keluaran Muslim.. Kebanyakn bilis2 INI d konker ole tauke2 Cina so kena brhati2 akn ke halalannya bila anda membeli bilis.. Whatsap di no 019 6130683 jika ada yg berkenan nk memborong.. In sya Allah kira runding harga elok2.. Win to win.. U senang I pun senang.. Salam

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.. Sya pembekal ikan bilis Dr sabah.. Dan ejen sya di semenanjung di kuala Selangor.. Harga bilis 2017 mmg naik mendadak mcm harga EMA's. In syaa Allah kalo pandai cari tempat ada juga yg murah (perangi org tengah).. Bilis saya Dr inderasabah tawau sabah.. Pengeluar bilis trbesar d tawau sabah.pernah masuk TV di majalah3.. Bilisnya sedap garing/tidal masin , fresh , Bersih Dan berkualiti Dan yg paling penting HALAL keluaran Muslim.. Kebanyakn bilis2 INI d konker ole tauke2 Cina so kena brhati2 akn ke halalannya bila anda membeli bilis.. Whatsap di no 019 6130683 jika ada yg berkenan nk memborong.. In sya Allah kira runding harga elok2.. Win to win.. U senang I pun senang.. Salam

    ReplyDelete
  3. salam,

    tumpang iklan biz kecil kecilan kami ...

    Sambal Ikan Bilis Niza .. Sesiapa yang ingin merasai dan order sambal ikan bilis kami, boleh order dengan kami... kunjungi page FB kami.

    https://www.facebook.com/SambalIkanBilisN9/

    tq admin

    ReplyDelete