Teringat
orang tua-tua kata, kalau nak pikat hati suami, pikat lah dari perut dia.
Ye sebenarnya memang betul statement tu. Cuma kita kene add sikit la yang lain.
Sebab suami ni pun manusia. Dia kahwin ngan kita pun sebab dia
sayang sangat dengan kita. Terima baik buruk kita. Bukan semata-mata nak makan makanan kegemaran dia aje..hehe.
Suami ada hati dan perasaan. Kadang-kadang hatinya gembira. Kadang-kadang dia tak gembira. Kadang-kadang dia 'period' haha..emosi lebih sikit berbanding hari-hari biasa.
Suami ada hati dan perasaan. Kadang-kadang hatinya gembira. Kadang-kadang dia tak gembira. Kadang-kadang dia 'period' haha..emosi lebih sikit berbanding hari-hari biasa.
So nak jadi isteri solehah kita kena jaga hati suami. Kita perlu tahu apa yang buat
suami gembira atau sedih. Cuba elakkan buat perkara-perkara yang boleh membuatkan
dia marah atau kecewa. Usaha untuk cuba menjaga sebuah perkahwinan adalah satu
ibadah. So, kann dapat dah pahala.
Perkahwinan
yang ke 9 tahun ni Mira semakin sedar, kadang-kadang kita lupa apa yang patut
kita buat dan apa yang tak patut kita buat sebagai isteri. Sebabnya kita sendiri dah banyak tanggungjawab waktu ini.
Impian Mira
nak jadi Ketua Bidadari suami di syurga. Kompem ke dapat jawatan ni nanti? Bukan senang, tapi bukan juga susah sangat. Kita
betulkan niat kita selalu, ingat dan sebut nama Allah selalu..in shaa
Allah..segala jalan akan Allah buka terbentang luas untuk kita para isteri.
Jangan
terkejut, Mira pernah jumpa depan mata Mira, seorang suami tu dia confessed di
hadapan isterinya untuk ada bidadari selain isterinya di syurga nanti. Waktu tu
sebenarnya kami tengah sembang-sembang biasa. Tiba-tiba isteri selamba aje bertanya, “Abang
nanti di syurga mesti ramai isteri, abang rasa ayang ke yang jadi ketua bidadari
untuk abang” si isteri tanya sambil tepuk manja bahu suaminya. Dalam hatinya, mesti suaminya akan kata ya, dialah ketua bidadari syurga buat suaminya. Tapi tak disangka-sangka, suaminya membalas yang isterinya bukan pilihan hatinya untuk jadikan bidadari syurga. “Tak kot” kata suaminya bila si isteri tadi tanya...Mira terkejut. Isterinya pun terkejut, tapi masih mengharap suaminya tidak
serius. Tapi suaminya terus sambung ayatnya... “Alah..you pun akan jumpa suami ideal
lah kat sana..sama-sama kita doakan kita akan dapat pasangan terbaik untuk kita
kat sana ye”.. Ayat suaminya yang seolah-olah tidak ada apa-apa. Seolah, ayat tu boleh tenangkan semula hati isterinya yang dah sedih tadi.
Mira tengok wajah isterinya berubah. So, waktu tu tahulah dia, dia bukan isteri idaman suaminya. Ada
kekurangannya di mata suaminya. Kat mana kekurangan dia? Mira tahu, mesti sedih hati isteri tu..sehingga
sekarang Mira sendiri teringat-ingat lagi dengan kata-kata suaminya. Aduhaiii...pedih..
So, kalau
kita para isteri selalu minta pada Allah agar ditemukan semula dengan suami
kita di syurga... in shaa Allah. Allah pasti tak akan mengecewakan usaha isteri
yang bersungguh-sungguh menempatkan dirinya di hati suaminya.
Apa pun
kita kena usaha. Untuk berada di syurga dengan suami kita / suami idaman bukan
mudah. Sebab syurga itu mahal kann..
Tapi
kalau readers cuba tips-tips ni, in shaa Allah mudah untuk pikat hati Encik
Suami. Yang paling penting ikhlas kerana Allah. Semua tips ni adalah mengikut
cara yang disyariatkan,.
- Sayangi dia sepenuh hati kerana Allah.
Sayangilah
suami kita sepenuhnya dan terima baik buruknya. Sebab tak ada sesiapa pun yang
sempurna. Hanya Allah s.w.t. yang Maha Sempurna lagi Maha Bijaksana.
Sayangi
dia kerana Allah, kerana kita taknak dia terheret ke neraka kerana perbuatannya
atau perbuatan kita di dunia. So kita kene sentiasa ingat niat kita, dan
berhati-hati dalam tindak tanduk kita.
2. Menjadi pendamping suami di mana sahaja dia
perlukan kita.
“Disebalik kejayaan seorang suami, ada
kekuatan dan sokongan dari seorang isteri”
Pernah dengar
kan quote tu. Jadi kalau suami kita ajak ke mana-mana..sebolehnya luangkan masa.
Cuba lah sesekali ambil cuti untuk ikut dia. Suami akan rasa lebih seronok,
sebab orang kuat dia..iaitu isterinya sentiasa ada bersama-samanya.
Waktu dia
dalam keadaan sedih atau gusar, sebaiknya kita cuba sentiasa berada disampingnya.
Cuba untuk berikan respon positif terhadap apa yang diperbincangkan. Suami akan
berasa sangat dihargai, kerana isterinya paling memahami dirinya.
3. Masak makanan kegemarannya dan anak-anaknya.
Biasanya
di mana-mana muka bumi sekarang ni, kalau dah nama isteri, antara tugasannya di
rumah adalah memasak untuk keluarga. Sebab suami kadang-kadang hanya tahu
makan. Masak pun hanya tahu yang simple seperti pisang goreng.
Isteri ni
kenalah tahu apa yang suaminya sukaaa makan. Kalau tak tahu masak, boleh
belajar dengan ibu suami. Kalau tak tahu juga, alaahhh...internet berlambak
resepi. Tinggal nak cuba buat aje.
Kesihatan suami mesti kita kena jaga. Kalau boleh masaklah makanan yang sihat dan sentiasa ingatkan dia tentang apa yang tak boleh dimakannya, dengan lemah lembut.
Kesihatan suami mesti kita kena jaga. Kalau boleh masaklah makanan yang sihat dan sentiasa ingatkan dia tentang apa yang tak boleh dimakannya, dengan lemah lembut.
Kalau boleh didik anak-anak untuk turut
sukakan makanan kegemaran suami. Dengan cara ini, suami akan rasa dia bertuah
kerana anak-anaknya turut suka dan mewarisi makanan kegemarannya.
4. Menggalakkan hobinya.
Memang selalunya
hobi ister dan suami ni lain-lain. Tapi kadang-kala galakkan lah dia melakukan
perkara yang sangat disukainya seperti bermain badminton, memancing atau
mendaki gunung.
5. Menggalakkan dia ke surau untuk solat jemaah.
Haa.. pernah dengar tak.. duitmu,
duitku...duitku, duitku... Apa relate dengan tips ni? Well memang relate.. cuba
kita anggap duit dalam ayat di atas tu adalah pahala.. Kalau kita galakkan dia
ke surau untuk solat jemaah, secara tak langsung pahalanya tak kisah lah dia
nak berjalan kaki/naik kenderaan ke surau pun...kita akan dapat tempias
pahalanya.
6. Mendidik dan menjaga kebajikan anak-anaknya.
Suami
perlu mencari rezeki, isteri perlu mendidik anak-anak. Ini adalah tanggungjawab
kedua-duanya. Bukan bermakna kalau jadi isteri tu kena 100% didik anak, suami tak
payah.. No! Bukan macam tu.
Suami
perlu ambil peranan. Cuma digalakkan dalam Islam, isterilah yang mendidik
anak-anak.. dan menjadi pemudahcara dalam setiap urusan anak-anak. Anak-anak
selalunya akan rujuk emaknya terlebih dahaulu sebelum meminta kepada si bapa.
Isteri lebih lemah lembut sifatnya secara semulajadi berbanding suami.
Bila kita
buat macam ni, kita sebenarnya telah permudahkan tanggungjawab suami untuk
menjaga keluarga secara keseluruhannya.
7. Selalu mengikuti perkembangan kerjanya.
Ada tak situasi
macam ni..bila suami balik kerja atau pulang dari sesuatu aktiviti, dia akan
cepat-cepat cari kita, nak share apa yang dia alami. Haa...kalau si suami ni
macam ni, in shaa Allah dia hargai kita sebagai teman rapatnya untuk dia
bercerita dan meluahkan segala yang dia rasai. Waktu ini, seeloknya isteri kena
tekun mendengar apa yang dicakapkan oleh si suami. Jangan pulak mengelamun
tempat lain, atau berfikir tentang hal-hal lain, sehingga apa yang suami
cakapkan isteri tidak faham. Dikhuatiri suami akan beralih mencari seseorang
yang lain untuk dia berkonsi cerita.
8. Bercakap lembut dan bermanja dengannya.
Kadang-kadang
kita tak perasan kita selalu bermasam muka dan bercakap kasar dengan suami.
Mira faham..kadang-kadang bila kita penat kita akan mudah jadi marah.
Fitrah
suami sukakan benda yang menenangkannya. Dia suka tengok kita senyum kat dia, dia
akan rasa tenang. Isteri mesti gunakan bahasa yang sopan bila berbual dengan
suami. Kalau boleh susun juga ayat-ayat yang sesuai supaya dengan keadaan
supaya suami tidak terguris hatinya.
Jika dia
marah-marah, lebih baik diam dan jangan menjawab. Kerana suami apabila kita
isterinya menjawab, dia akan rasa tercabar dan mungkin akan jadi lebih marah.
Buruk akibatnya. Emosi kita pun akan lebih tercalar berbanding kita diam dan
istifar dalam hati.
“Isteri janganlah berkasar dengan suami yang
baik dan soleh. Kerana Bidadari di Syurga akan terus berdoa semoga Suaminya itu
cepat masuk Syurga dan berkata binasalah kepada wanita itu...” – Ustazah Nurhafizah
Musa-
Suami
juga suka bila isteri bermanja dengannya. Kalau dia tengah buat sesuatu tu,
cubalah peluk dia dari belakang..cakaplah kita rindukan dia.. In shaa Allah...cair..Silap2
dia juga akan balas pelukan isterinya tu. Hehe..
9. Cepat-cepat minta maaf jika buat salah dengan
Suami.
Minta
maaf ni satu perkara yang susah bagi suami atau isteri yang menggunung egonya.
So, kalau kita nak jadi isteri solehah, kita kena banyak sabar, minta lah maaf dengan
suami walaupun kedua-duanya memang salah. Tak hilang seri kita kalau kita minta
maaf dulu. Silap-silap suami akan termalu dengan perbuatannya, dan dia juga
akan terut meminta maaf dan keadaan akan jadi lebih baik daripada sebelumnya.
10. Menjaga rumah, anak-anak dan harta bendanya.
Suami ni
bekerja. Bila dia balik ke rumah, sebolehnya dia perlukan suasana rumah yang
tenang untuk badan dan fikirannya berehat. Jadi, kenalah pastikan rumah selalu
kemas. Oh..anak-anak suka sepahkan. Betul..Mira pun ada 2 anak-anak kecil yang
selalu buat sepah. Jadi Mira mintak mereka tolong kemaskan sebelum ayah mereka
sampai.
Jika
suami isteri bekerja pula, kenalah masing-masing ambil peranan masing-masing
untuk mengharmonikan suasana rumah. Supaya rasa lebih seronok, tenang bila
berada di rumah.
11. Jangan kerap berleter panjang.
Ok. Berleter ni memang sinonim dengan wanita. Apatah lagi yang dah kahwin. Double tripple leteran nya bila anak-anak dah ramai. Haa.. begituu.
Ok, sebelum Mira kata 'Jangan', jom kita check diri kita..seronok tak kita kalau mak atau ayah, atau kakak atau adik beradik rapat kita asyik berleter dengan kita bila kita berjumpa. Asal jumpa berleter..asal berleter je jumpa. Kita ada perasaan malas tak nak jumpa diorang? Of course la kann.. Kalau tanya Mira, memang mula-mula Mira rasa tak apa. Nak berleter? Leter lah sampai puas. Weh..lama-lama pening jugak tau.. Korang yang dok cuba-cuba buat tips-tips ni, haa cuba pejam mata..tadah telinga, masuk telingan kanan - keluar telinga kiri. In shaa Allah hubungan baik dengan adik beradik pun ok. Kann..
Kalau kita gerammm sangat dengan husband. Memang kena jugak luahkan apa terbuku kat hati tentang suami.. maka kita tarik nafas panjang-panjang. Istifar..ingat macam ni "Ya Allah. Engkau sedang tahu isi hatiku, "Jagalah isi hatiku sebaiknya Ya Allah.. jangan lah ditinggalkan aku walau sesaat"Allah. Malaikat mesti tengah tengok aku yang sedam muram ni. Allah mesti sedang buat yang paling best dan berkesan untuk Mira. Memberikan 'love notes' kepadanya secara senyap-senyap pun oka jugak. So at least dia tahu apa yang kita rasa.
12. Jaga penampilan dan bersiap untuk dia dengan
cara kita dan semampu yang boleh.
Tak kisah lah kita ni suri rumah atau wanita berkerjaya. Kita kena jaga penampilan sewaktu berhadapan dengan suami. Ada satu kes ni, bila duduk di rumah, sewaktu suaminya tak ada, memang pakaiannya biasa-biasa sahaja...t-shirt dan kain batik. Kadang-kadang pakai seluar leggings. Ada jugak yang jenis recycle baju semalam, pakai hingga ke harini sebab tak nak basuhannya jadi banyak. hohooo..macam-macam kan.
Pernah jumpa wanita ni.. dia adalah suri rumah sepenuh masa. Mira pernah tanya dengan dia sewaktu Mira lawat dia sekeluarga. Waktu saya pergi tu dia tengah buat kerja-kerja memasak di dapur. Masuk-masuk aje wangi semerbak rumah dengan haruman Essential Oil. Lepas tu bila jengah sikit ke ruangan dapur kering, baru terbau masakan dia. Mira masuk bersalam. Katanya suaminya tengah outstation. Hanya dia dan anak-anak aje yang ada kat umah. Mira tengok dia masak banyak jenis lauk. Pakaiannya..macam nak pegi jalan-jalan, shopping gitu. Pernah juga waktu datang, sewaktu suaminy ada.. dia pakai kebaya lama. Ketat kat pinggang. katanya tu baju favourite husband dia. Bila dia pakai husband suka tengok dia dengan senyuman. Haa..nampak tak tu significant changes yang berlaku kat suami dia.
So kita pun kena lah pakai elok2 kat rumah. Terutamanya bila suami kita ada kat rumah. Jangan lah 'menjemukan' matanya dengan hanya pakai t-shirt-seluar atau berkain batik aja. Saya tak kata pakai kain batik tu tak cantik. Bukan macam tu. Maksud saya pakaian yang biasa-biasa sangat si suami tengok. Malah ada yang pakai serabut rambut tak dirias, muka tempel dengan bedak sejuk atau mask. Macam mana suami tak nak tengok kita, nak tengok pun dah jemu..hehe.
13. Utamakan kehendak suami dan cuba penuhi permintaannya.
Pernah
tak kita dihimpit rasa bersalah bila kehendak suami dan anak-anak datang silih
berganti. Waktu ini selalunya si ibu akan utamakan anak-anaknya.
Contoh lah
kann.. suami panggil sebab nak tunjukkan sesuatu di televisyen. Kita yang di
dapur tengah melayan kerenah anak yang dah lah picky eater dan susah nak makan.
Kalau
experience Mira..anak yang picky eater ni tengah makan, kalau boleh nak teman
dia sampai dia siap makan. Kalau kita pergi tempat lain hilang mood dia nak
makan. Ibu mana tak risau kalau anak degil tak nak makan.
So kalau suami panggil, menyahut lah dulu. Kita menyahut atau orang utara sebut 'menyeut' dulu panggilan husband tercinta. Kalau boleh kita pergi kat dia terus kat dia. Dia akan rasa..isteri dia memang sentiasa utama kan dia. Kadang-kadang suami ni nak test kita aje. So, kalau emosi kita teruji, banyakkan bersabar dan mohon doa pada Allah.
“Bila kita niat nak jadi baik.. mohon lah pada Allah, dan berusahalah bersungguh-sungguh ke arah itu.. sesungguhnya Allah akan mudahkan urusan kita..Amiinn”.
“Isteri solehah adalah isteri yang taat kepada
Allah, Rasul dan suaminya”.
“Suami yang soleh akan sentiasa sayang
isterinya kerana Allah dan membimbing isterinya ke jalan yang diredhoi Allah
s.w.t”
“Apabila seorang perempuan mendirikan
sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kerhormatan dan
taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu
yang dia sukai” (Hadith Riwayat Ahman)
No comments:
Post a Comment