Sunday, 6 November 2016

PENGUAT IMUN BADAN - NUTRIFERON

Bila anak-anak sakit..demam ke, selsema atau batuk ke.. mesti mira bagi Nutriferon. Sebab ape.. Mira tak berapa suka dengan ubatan dadah dan steroid. Anak.ke3 Mira pulak sangat alergik dengan kebanyakan antibiotik. Dengan izin Allah.. Nutriferon ni tak pernah mengecewakan mira.

Pernah Mira dengar.. ade satu insan ni.. bila dia balik daripada jalan-jalan dan dia sangat penat, dia akan makan panadol atau PCM. Walaupun belum rasa betul-betul bak demam. Begitu juga dengan anak-anaknya.. terus diberikan pcm suspension supaya anak tak demam katanya.

Tindakan ini bukan sahaja sia-sia.. tapi membahayakan organ badan untuk jangka masa panjang.

Apa itu interferon (IFN)?

Interferon adalah sejenis protein yang tinggal di dalam sel badan, yang berfungsi sebagai communicator antara sel dan leukosit (sel darah putih) untuk mematikan patogen luar yang menyerang sel.

Nutriferon diambil namanya dari Interferon, telah diiktiraf sebagai penemuan terhebat immunologi. 4 jenis bahan utama iaitu biji labu, bunga Safflower, Honeysuckle Jepun dan biji Plantago mampu mendorong pengeluaran IFN secara semulajadi.

Manfaat:
🍰 mengukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari.
🍰 melawan kanser dan tumor
🍰 mengurangkan ketidakselesaan pada tempoh rawatan kemoterapi
🍰 melindungi tubuh dari influenza
🍰 melambatkan penuaan
🍰 Mengurangkan infeksi pesakit Hepatitis B dan C
🍰 Mengurangkan simptom PMS
🍰 Mengurangkan ketidakselesaan dan penyakit yang datang sewaktu tempoh Menopause (contoh: tekanan darah tinggi, kolestrol tinggi, heat flash, dan lain-lain).

Biji labu:
🍎Merangsang pengeluaran interferon semulajadi di dalam tubuh.
🍎Menentang radikal bebas dan.faktor penyebab kanser

Biji Plantatgo Asiatica
🍎 Mengandungi polisakarida yang merangsang sel-sel imun.

Honeysuckle Jepun
🍎Menentang pencerobohan virus dan kuman.

Bunga Safflower
🍎Menghasil dan memperkuatkan keupayaan makrofaj, memusnahkan virus dan kuman.

Mira dah test pada anak-anak Mira, bahkan Mira sendiri pun. Memang terbukti berkesan. In shaa Allah..

Bagi Mira, setiap rumah mesti kena standby swkurang2 nya 1 pek Nutriferon. Sebab ianya booster imunisasi badan kita.

Jangan risau.. Nutriferon ni selamat untuk dimakan oleh bayi 6 bulan ke atas hinggalah dewasa.

Bagi bayi yang berusia 3-6 bulan yang tidak.lagi menyusui ibunya, dan minum susu formula, boleh diberikan Nutriferon untuk kukuhkan imun badan bayi tu. Tapi ada caranya.

Bagi yang nak cuba Nutriferon ni, boleh lah Whatsaap Mira.

Bulan Nov.2016 ni.. Nutriferon ade offer yang sangat best.

Beli 6 Nutriferon percuma 1 lagi pek Nutriferon.

Kalau nak harga special, boleh terus hubungi Mira..in shaa Allah Mira bantu.

Kita berusaha untuk menjaga kesihatan tubuh ni pun, satu sunnah.. in shaa Allah besar ganjarannya.

Mira Hamzah
019-282 1775
🍎Fathonah Empire🍎
●Enliven●Inspiring●Fathonah●

Saturday, 5 November 2016

Hobi setiap orang.. janji gembirakan hati..

Dalam hidup ni kalau kita tertumpu pada kerja semata-mata kita akan jadi orang yang sangat serius. Tak? Mungkin. Sebab kita hanya berfikir tentang kerja.. tanggungjawab.. kita takde masa nak fikirkan tentang kesukaan kita sendiri.

Apa yang kita suka itulah yang akan sentiasa suntik semangat kita untuk berjaya. Sebab tu ramai yang ada hobi. Ada yang suka memancing, suka kumpul majalah, suka menjahit, suka menyulam, suka gardening, baking, traveling.. banyak lagi. So hidup jadi ceria berwarna warni.

Mira ada hobi.. mira suka menjahit. Tapi mira tak pandai menjahit pun. Sekadar jahit sarung tilam, sarung bantal, runner table, bedung bayi, barut bayi, pemegang periuk dan pengalas kaki. Langsir pun mira suka jahit.

Tapi sejak dua menjak ni.. mesin jahit lurus dan jahit tepi mira jadi tukun..hehe. sebab ada dua anak kecik yabg tak benarkan mira menjahit haha..alasan kan. Betul.. mira kalau menjahit, habis bersepah satu lantai bilik tu. Kalau tengah jahit, memang tak bleh pause orang kacau.. nanti ada lah salah silapnya.. kene bukak balik..huih tak nyabor lah sangat si Mira tu..hikhik.

So sekarang ni mira suke sangat berhobi bercerita dengan anak2 pasal sains dalam badan.

Mira buat setiap organ badan ni macam 'orang'. Mira reka cerita kalau buah pinggang menangis2 kalau anak mira minum air gas dan makan jajan yang tak berkhasiat..

Mira ceritakan bagaimana perut sentiasa setia menunggu makanan masuk kepadanya dan dia sentiasa berusaha mencerna segala makanan tu, walaupun makanan tu menyakitkan dia.

Mira ceritakan jugak bagaimana bila minum berdiri..segala otot dalam perut menjadi stress dan sakit seolah dihentam air terjun ya g sangat kuat mencurah jatuh ke dalam perut dan perut lebam2 sakit.

Anak2 mira memang asyik dengar cerita mira ni..

Hehe.. sekarang ni mira suka selitkan kebaikan nutrien makanan dan supplement yang dapat membantu setiap organ dalam badan.. dan organ2 ni, mereka sangat happy walaupun hari2 mereka buat kerja dalam badan kita.. seolah organ2 ni bermain air di legoland..hahah.. seronok budak2 ni dengar..

Itu lah sedikit sebanyak mira dapat kongsi keghairahan mira. Semoga anak mira dapat manfaat. Dan orang lain pun begitu..

#Shakleeeffect
#amazing10
#theshakleedifference
#hobiku

Friday, 4 November 2016

Bila dah kenal Shaklee..

Bila waktu kenal Shaklee.. rasa macam nak makan sendiri..  Sebab Shaklee ni bagi saya agak mahal pada mulanya, so rasa mustahil nak buat bisnes.

Tapi bila dah lama consume Shaklee nak repeat beli lagi. Berlagak..senyap2 beli online sendiri. Tapi bila dah masuk kali ke2 beli online sendiri, godek2 website shaklee2u.com.my.. macam2 info ade. I feel wow! Bace..hadam.. So Mira start tanya macam2 soalan kat mami (dlm shaklee ni kami sebut upline tree kami: mami, neni, toknyang..anak, cucu, cicit). So mami pun masukkan Mira dalam group orang tanya pasal produk Shaklee.

Maka kita pun dok la dalam group tu. Adeh terasa kecik dok lam tu. Tapi series best dapat info pasal product. Rasa macam sembang2 pharmacist dalam tu.

Yang best, masing2 macam family. Setiap SID (kat Shaklee tak panggil dropship, tapi kami dipanggil Shaklee Independent Distributor, SID) sangat membantu SID masing2 dalam jayakan bis masing2. Mira kagum sangat setiap SID meraikan SID baru. Takde istilah cemburu dengki mendengki. Sebab masing2 support each other sebab kami percaya "setiap nelayan yang keluar mencari ikan, akan diberi rezeki masing2 walaupun mencari ikan dalam laut yang sama". Itu sama konsepnya dengan bisnes Shaklee. So.. rezeki masing2 dah ALLAH tulis, so tak payah risau. Yang kita nak risau.. bila kita tak usaha.

Onyang kami kak idah, buat bis shaklee.mesti ada banyak sharing. Share goodness and the shaklee effect kat semua orang. Kalau bershaklee semata2 nak jual Shaklee.. memang selamanya duduk ditakut menjual dan setiap masa mengejar sale. Tapi kalau kita tolong orang, dan orang jadi makin sihat selepas consume Shaklee. In shaa Allah rezeki kita akan semakin luas.

Satu perkara yang best sangat adalah bila customer makin sihat selepas consume Shaklee. Itu moment yang paling indah buat SID.

Huihh.. arini agak letihs.. sebab menvisit ibu tersayang kat hospital. Malam ni turn i plak jaga mama. Doakan mama i sihat ye..

#tsunamishaklee #theshakleedifference #Shakleeeffect #liveamazing

Thursday, 3 November 2016

Bisnes Sendiri perlu banyak good sharing

Bila nak bis ni.. kata upline kita mesti doa banyak2 kat ALLAH. Normal orang advice macam ni kan..

Tapi upline dengan coach Mira selalu ingatkan Mira.. kalau nak berniaga.. kene ingat berniaga nak cari untung, nak tolong family..nak tolong orang lain. Nak tengok semua jadi lebih sihat. Post kat FB.. cantikkan blog. Jangan fokus satu bis aje. Kalau buat dropship boleh tolong orang jugak, dalam masa sama boleh generate income.

Sharing good things setiap hari...etc, tips ke.. anything that can add value to other people.

Banyak lagi..

Niat baik2. Usaha banyak2..kalau kita kat office nak propose something kat boss, kita buat yang terbaik. Macamtu jugak bis sendiri, kita buat proposal baguih2.. bentang kat Allah waktu lepas solat.. dan doa banyak2 kat Allah. Sebab Allah lah boss kita. In shaa Allah.. Allah bukak pintu rezeki.

Fathonah Empire
Mira Hamzah
019-282 1775

●Enliven●Inspiring●Fathonah●

Fadhilat menziarah orang sakit

Abu Hurairah ra meriwayatkan: “Aku mendengar Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda: “Kewajiban seorang muslim terhadap seorang muslim yang lainnya lima perkara, iaitu: Menjawab salam, menziarahi orang sakit, mengiringi jenazah ke perkuburan), memenuhi jemputan dan mendoakan orang yang bersin.” [HR Bukhari & Muslim]

Sabda Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam: “Sesiapa yang menziarahi saudara seIslamnya yang sakit, seolah-olah dia berada dalam ‘Kharfah’ sehinggalah dia pulang.” Baginda ditanya: “Wahai Rasulullah, apakah yang dimaksud dengan ‘Kharfah’ itu?” Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda: “Iaitu kebun di syurga (yang penuh dengan buah-buahan yang boleh dipetik pada bila-bila masa)”. [HR Muslim]

“Tiada seorang pun yang menziarahi saudara seIslamnya yang sakit pada waktu pagi, melainkan 70,000 malaikat endoakannya untuk mendapat rahmat sehingga ke petang. Sekiranya dia menziarahi saudaranya pada waktu petang, maka 70,000 malaikat mendoakannya untuk mendapat rahmat Allah sehingga ke pagi. Dia juga akan mendapat nikmat berupa buah-buahan syurga yang boleh dipetik dari dekat"

Shaklee, a small change in you, could change the whole life in the world

Mira sangat mudah jatuh sakit. Dari Mira sekolah, masuk U, start kerja. Selalu sakit-sakit. Bukanlah sakit yang teruk, tapi yang common macam demam, selsema, batuk. Mungkin jugak imun badan terlalu rendah sebab tak amalkan cara hidup sihat, dan hanya bergantung kepada ubat drugs dan steroid.

Sejak guna Shaklee. Badan terasa sihat. Sehinggakan terlupa pernah sakit yang Mira alami dulu.

Kenapa Mira cakap macam tu? Sebab tujuan makan supplement adalah untuk pulihkan iron level dalam badan. Tapi hasilnya, sengal-sengal badan, chronic fatigue, fibromyalgia dan sinus.. pulih sekaligus. Sebab tu Mira tak sedar, sakit tu dah lama takde.

Waktu tu dah hampir 5 bulan consume Shaklee. Memang bersyukur sangat. Terasa pelik, dan barulah Mira cuba kaji betul2 kenapa semua penyakit kronik yang Mira deritai hampir 10 tahun.. HILANG.

Rupanya Shaklee memang mengutamakan kualiti produk. Segala sumber produk ditapis ketulenan, memastikan ianya betul2 semulajadi, bebas GMO dan organik.

Minyak ikannya diperbuat daripada ikan-ikan kecil yang ditangkap di laut dalam beriklim sejuk untuk pastikan minyak ikannya paling tulen. Yang mengejutkan ikan-ikan ni dipantau dari satelit dan mendapat kelulusan penangkapan oleh Friends of the Sea yang menjaga populasi ikan sedunia.

Angkasawan NASA pun mintak Shaklee formulate 'lifestrip' iaitu supplement lengkap untuk para angkasawan mendapat nutrien lengkap sewaktu bertugas di angkasa.

Landmark study membuang berbillion dolar, hanya untuk membuat research tentang orang yang makan Shaklee selama 10-30 tahun vs orang yang makan produk lain dan yang tak makan Shaklee. Ternyata. Orang yang makan produk selain Shaklee presetasi kesihatan menurun dan akhirnya lebih teruk berbanding orang yang tak makan supplement langsung.

Bahan2 dalam soya Shaklee begitu tulen, BEBAS GMO, organik membuatkan orang yang makan produk Shaklee ni lebih sihat dari hari ke hari.

Bangunan Shaklee adalah bangunan yang pertama mendapat pensijilan bangunan lestari.

Bukan seperti produk lain, penghasilan produk shaklee mengutamakan staf yang bekerja dalam keadaan selamat, sihat dan bermotivasi tinggi.

Segala produk cucian dan penjagaan harian Shaklee bebas toksik yang boleh membuatkan masalah kulit seperti exzema, psoriasis dan sebagainya.

Yang paling penting dalam hidup Mira adalah anak-anak Mira. Bila selepas makan Shaklee...kesihatan mereka bertambah baik.. dan mereka membesar depan mata Mira.. Mira boleh kerja mencari rezeki melalui Shaklee.. dan menjaga anak-anak dan rumahtangga. Sesuatu yang Mira sangat impikan sejak dari bangku bilik kuliah Universiti lagi..ehehh..

Jadinya.. impian Mira.. Mira nak sihat, nak orang lain sihat, dan kita yang perempuan pulang ke lumrah asal isteri dan ibu, iaitu membesarkan anak-anak depan mata dengan penuh kasih sayang, disamping membantu kewangan keluarga..sama seperti Saidatina Khadijah r.a.

In shaa Allah..

Ameen.

Mira Hamzah
019-282 1775

Founder,
Fathonah Empire
●Enliven●Inspiring●Fathonah●

Tuesday, 1 November 2016

Dari Steroid kepada Bahan Semulajadi tapi Berkesan

Kalau time dolu2.. mira memang associated dengan ubat..cam pharmacist tak bertauliah plak😝. Segala macam ubat. mak punya.. pak punya .. mira punya, ubat anak-anak. Dah memang nama telan ubat dari dulu.

Ade sekali tu Mira pi pharmacy.. Mira bagi senarai ubat yg Mira nak:

Tramadol, Arcoxia, pcm sup, diclofenac sodium sup, Corticosteroid for eczema,
Montelukas sodium, propanolol, amlodipin, methymazole, loratadine.

Dah agak dah orang kat farmacy tu tanya.. "adik kerja apa?"

Rupanya dia nak tau kot2 Mira ni dokter ke, atau pun keje kat farmasi ke..kuikui..πŸ˜†πŸ˜†

Kalau kat rumah tu, series of steroid, NSAIDs untuk bronchitis sedia untuk berkhidmat...sebab anak2 memang ada asma, acute bronchitis.

Pernah jugak waktu anak demam, buat secara alami. Tak nak guna drugs. Hanya guna apa yang ada kat dapur..garlic, tuam, mandi garam, ACV, lemon socks dan sebagainya.. dengan tak tidur suami isteri jaga anak..tapi last2 suhu badan anak makin tinggi jugak. Sampai suami marah Mira yang konon nak try refuse drugs.

Last2 bawak jugak ke hospital, masuk diclofenac, masuk air, masuk ubat, antibiotik dan sebagainya.. tewas jugak dengan drugs, drpd taknak, jadi banyak plak tu😞😞😞

Aduhai letih woo anak asyik sakit. Laki bini pun bleh gadoh.

Tapi sejak kenal dengan remedy berasaskan bahan semulajadi memang rasa lega sangat. Buat research betul2 kali ni. Sambil2 tu masih buat jugak secara alami. Supaya lebih faham natural remedy. Kita pun tak yah nak makan all the drugs bagai.

Yang paling seronoknye tuh.. bila tak yah bagi steroid atau NSAIDs kat anak2 dah. Lega dia..hanya Allah yang tahu..πŸ˜™πŸ˜™ Satu kelegaan yang ammmat sangat.

Nak jadi mak, memang kene cari ilmu, cari lah selagi boleh.. Dan demi anak-anak buatlah yang terbaik. Ingat niat asal, nak jaga anak supaya Allah berkati dia.. in sha Allah.. nanti Allah tunjukkan jalan untuk kita. AMEEN☺

#liveamazing #tsunamishaklee #alwayssafeAlwayswork