Sunday, 16 October 2016

Menyusu anak mesti cekal hati

Ingat tak Entry blog Mira pasal "apa peranan ayah bila ibu menyusu bayinya.."

Alhamdulillah.. anak Mira dah 8 bulan dan In sha Allah on-going dengan susu ibu (sendiri) dan jugak supplement dr ibu susuan sehingga lah Allah takdirkan tiada lagi susu ibu. Hanya Allah taala yang dapat balas kebaikan dan kesungguhan ibu susuan anak Mira ni.

Sementara tu, walaupun mira secara semulajadi tak dapat nak hasilkan susu yg cukup untuk baby Mira.. Mira tetap pam, sentiasa stimulate supaya dapat hslkan susu. Walaupun kdg2 pam hanya dapat 0.5oz sehari. Tak ape.. sentiasa doa dan usaha. Yang penting kita tekad untuk anak kita dapatkan susu ibu sehingga 2 tahun in shaa Allah.

Tak nafikan, kadang2 rasa malas nak pam sebab hasilnya sikit sgt. Tapi kalau sehari tak pam esok susu takde langsung. Dan satu lagi, Mira sentiasa percaya, susu ibu ni, walau hanya sesudu jauh lebih baik daripada 10 gelas besar susu formula. Jadi baby akan dapat kebaikan susu ibu jugak walaupun sikit.

So.. to all mothers yang rasa tak boleh menyusu.. ada masalah insufficient breast grandular tissue.. terus dapatkan bantuan pakar lactasi yang terdekat. Kalau mira, dah dptkan khidmat dari Dr. Nurhaya Yaakob. Servis memang terbaik lah. Cantik dan mesra pulak orangnya 😍.

Apa pun ibu2. Jangan putus asa. Selagi anak kita nak susu badan kita.. selagi ada.. bagi aje. Jangan kisah orang nak kata apa. Yang penting kita tahu apa yg bagus untuk anak kita.

Jia You!!! Gambatte.. Usaha dan terus usaha ye..hihi.. πŸ’ͺ🏼πŸ’ͺ🏼πŸ’ͺ🏼πŸ’ͺ

No comments:

Post a comment