Saturday, 8 October 2016

Bila Mengandung aje HB Mesti Rendah..kenapa?

Ramai ibu-ibu yang mengandung..apabila mula mengandung aje, HB pasti akan jatuh. Si ibu selalu nak pitam dan letih.


Alhamdulillahi Robbil Alamin..


Setelah selesai kelas nutrisi produk Shaklee 20 Ogos 2016 yg lalu, lepas tu coaching session pulak dengan upline comel si Ayu, Mira dah dapat ilmu yang sangat bagus untuk dikongsikan dengan semua orang. Antara ilmu yang Mira dapat adalah ilmu nutrisi produk Shaklee lah kann. Banyak lagi ilmu-ilmu lain yang Mira belajar, tapi nanti kita share yang lain kendian ye.


Ok harini nak share satu kebaikan tablet yang warnanya hijau, iaitu Vitalea. Mira gelar ia Golden Green tablet ni. Nampak tak perkataan vital kat depan Vitalea tu. Vital bermaksud penting. Bererti  banyak elemen mineral penting untuk tubuh badan kita terkandung dalam tablet ni. Gabungan vitamin dan mineral yang banyak dalam buah-buahan, makanan semulajadi dan sayuran hijau dan berwarna ada dalam satu tablet multivitamin ni. Sesuai dengan semua list vitamin dan mineral yang badan kita perlukan. 


Macam Mira dan keluarga, memang makan sayur dan ulam, tapi yang beli lah. Apa yang dikhuatiri adalah kandungan pestisudnya. Dalam pestisid memang banyak bahan kimia dan logam berat berbahaya pada tubuh kita. Jadinya kadang-kadang makan, Kadang-kadang beli banyak sayur hijau, tak makan dan rosak, lalu buang. So, untuk tak nak lagi beri alasan itu ini Mira akan beli sayur yang tahan lama dalam petiais. Haha..boleh agak kot sayur apa yg tahan lama kann. Timun, kobis, ikan bilis, tempeh, baby jagung, tomato. Haa..yang ni memang senang nak simpan. Kalau green leaf vegetables, memang cepat daunnya kuning atau rosak kalau tak makan.


Ok, back to multivitamin tadi. Kenapa Mira suke sangat dengan Vitalea ni? Sebab Vitalea ni solusi untuk Mira waktu Mira kritikal kurang zat besi. Kalau nak tahu Mira, dulu setiap kali pregnant mesti susah nak dapat HB yang cantik kat buku merah klinik kesihatan tu, asyik ditanda dengan pen merah aje sebab bawah dari 11 mg/L. Maka kena lah setiap 2 minggu pergi checkup kat KK. Nurses yang baik hati siap bagi hematinik dan iron tablet 100 mg untuk dimakan setiap hari. Dengan harapan HB Mira akan naik ke paras 11mg/l. Tapi tak jugak. Selalu sangat kurang daripada tu dan pernah sampai 9mg/L. Bayangkan lah waktu tu Mira dah third trimester. Kalau kekurangan HB dalam darah memang bahaya pada kandungan dan ibu waktu nak melahirkan. Tinggi risikonya seperti anak dilahirkan pramatang dan ibu boleh tumpah darah selepas bersalin. Ada juga yang sampai maut kepada anak atau ibu atau kedua2 nya. Kesiankan.


Sebenarnya kita boleh usahakan untuk elak dari kemalangan ni berlaku. Kena sentiasa beringatlah kan.. Kalau kita mohon pada Allah untuk diberikan cahaya mata pada kita, mestilah kita minta amanah dari Allah.


Bila Mira dah ambil Vitalea tu selama seminggu, nampak perubahan kepada HB Mira. Nurse dan Doktor sampai ucap tahniah kat Mira..haha. Lega sangat. Check up kat klinik pun dah jadi sebulan sekali aje.


Bagi Mira, anak ni, bila Allah dah bagi kepada kita, kita kene bersyukur sangat, kita kene jaga amanah itu semampu yang kita boleh. Maksudnya, kalau kita mampu buat yang terbaik, beri nutrisi yang terbaik untuk anak kita hatta dari usia kandungan 1 hari sekalipun, so, kita kena buat. Itu dah jadi tanggungjawab kita untuk jaga amanah yang Allah dah bagi kat kita.. kann.


Vitalea ni memang solusi terbaik lah. Lagi satu, Vitalea ni tak macam vitamin yang lain. Dia boleh dimakan terus selepas makan. Tertulis kat situ ‘take after meal’. Tak macam vitamin lain yang Mira makan, Mira terpaksa tahan makan dan minum minuman manis seperti susu, coklat dan sebagainya sekurang-kurangnya 2 jam selepas makan. Dah tu pulak, lepas makan vitamin tu kene pulak gap lagi 2 jam tak boleh makan dan minum benda2 manis dan berat. Jadinya 4 jam. Kadang-kadang Mira tak tahan, makan jugak. Jadinya vitamin yang Mira makan tadi tidak diserap secara optimum ke dalam tubuh. Sayangkan... membazir pulak rasanya.


Tapi seeloknya Mira sarankan ibu-ibu mengandung ambil set lengkap mengandung Shaklee. Supaya ibu dan anak dalam kandungan akan dapat khasiat yang penuh dan lengkap sepanjang tempoh 9 bulan sehinggalah waktu kelahiran.


Pengambilan nutrisi yang lengkap semasa mengandung akan buatkan kita bertenaga semasa melahirkan dan dalam pantang, in shaa Allah.
Utamakan niat kita kerana Allah. In shaa Allah... Dia Maha Berkuasa akan tunjukkan jalannya.


Ameen.

No comments:

Post a comment