Thursday, 24 November 2016

PRODUK SHALLEE PALING FAVOURITE <3

Well.. ade yg tanya Mira product Shaklee paling feveret ape?

Heheh.. nak jawab panjang jela nih.

Kalau nak feveret.. macam semua aje feveret.. hahah.. tamak toii..

Set skin flawless, set detoks, set imun, set kanak-kanak, set cergas, set berpantang, set kolestrol, set dalaman wanita.. set kuwusss, set cleaning rumah.

Ape laie..ha.. banyak kan..

Tapi kalau suh pilih jugak.. Mira paling feveret:

Vitamin C
Alfalfa
Vitalea
Ostematrix
B-Complex
Nutriferon
Herbal Blend cream

Hahah... banyak jugak ye..

Semua set ni ada kegunaannya..

Macam yg dalam gambo ni.. bukan semua makan serentak satu masa.. ade jadual pengambilannya. Setiap tujuan, pengambilannya berbeza.. so kalau nak makan Shaklee ni, nak tak nak bagitahu kat SID Shaklee apa tujuan nak makan Shaklee nih.

Contoh.. si polan-sipolan pm Mira bagitahu nak makan Alfalfa & Letchitin.
So Mira akan tanya dulu apa tujuan nak ambik.. setakat ni apa penyakit yang dihidapi 👀👂

Semua Mira akan consult. Bukan nak busy body tau. Sebab ni pasal kesihatan orang. So, kene betul2 consult dengan ilmu. Bukan setakat jual aje. In shaa Allah.. Mira nak setiap customer yang deal dengan Mira dapat hasil yang diorang nak. Dan nak pastikan jugak tak tersalah bagi produk. Sesetengah individu yg ade penyakit tertentu tak digalakkan makan produk tertentu.

So... bukan main petik aje produk ape dan jual.. Mira akan tanya tujuan pengambilan, consult betul-betul (kalau Mira tak pasti, Mira akan tanya pakar nutrisi dan pakar perubatan), follow up progress kesihatan dan walaaa.. that's it.. hehe.

So ade sape2 perlukan khidmat nasihat.. in shaa ALLAH Mira bantu.

Kesihatan tubuh adalah tanggungjawab kita.

Mulakan kesihatan dengan pemakanan yang baik.

Mencegah lebih baik dari merawat

Cheers.... 🌷😊🌷

Mira Hamzah
019-282 1775  
🍎Fathonah Empire🍎  
●Enliven●Inspiring●Fathonah●

Friday, 18 November 2016

Masa Bagi Seorang WAHM

Dah tengah bulan Nov.2016 skang kan..dah nak hujung tahun😃. Next year dah 2017.. anak 2 orang dah sekolah. 2 anak lagi dah jadi geng berlari, memanjat dan terbang ala supeeboyz😩😩

Dah hampir genap setahun menjadi suri rumah. Lain beno rasa jadi career woman dulu, dan WAHM sekarang.

Pernah dulu awal2 jadi WAHM.. mula2 memang best, syioookk aje perasaan. Dok 2 bulan lebih rasa macam nak giler 😲😲👺👻. Culture shock everything kena handle sendiri. Kemas rumah, jaga anak, masak.. semua kalut2.. tup2 dah petang.. masak dinner pulak. Kemas rumah berulang kali.. tensed. Hasben balik penat.. so, nak cerita macam2 tak boleh.. rasa macam cakap sensorang. Last2 tak cerita.. sebab kesian hasben yang balik kerja penat. Cakap la dengan anak2. Rasa lain sangat.. Mira kene demam campak plak tu.. badan sakit2 pun still kene bertahan dengan sakit, pening, rimas.. tapi still kene jugak jalankan tanggungjawab. Kalau dulu boleh time off, MC kan diri, hantar anak kat bbsitter dan boleh lah kita rehat. Nak deting ngan hasben and me-time anytime pun boleh.. moment dulu2..

But now.. Duduk rumah ada KPI setiap hari.. dengan anak2 yang tantrum, menangis, buat semak, cerewet makan, menjerit dan marah-marah.

Tapi lepas tu dok kemas-kemas rumah jumpa satu buku tulis.. kat dalam buku tu Mira ade tulis.. "renew your intention" dan "Back to Allah". So Mira fikir. Mira nak berhenti keje nak besarkan anak-anak dengan cara yang terbaik. Apa gunanya kalau dugaan yang sedikit ni pun dah tak sabar.

Disebabkan jumpa buku nota tu.. rasa hilang semua tensed. Satu pelangi baru hadir dalam hidup.

Baca blog2 suri rumah.. oohh rupanya bukan mudah menjadi suri rumah. Masa kita adalah "tiada masa untuk kita, bila kita terlalu mengharapkan masa untuk diri kita".

Penghargaan diri kita adalah "tiada penghargaan untuk diri kita bila kita mengharapkan penghargaan atas semua susah payah kita"

Masa lapang diri kita ialah "tiada masa lapang bila kita sangat mengharapkan masa lapang yang kita nak untuk diri kita"

Bukan bermakna kita tak deserve semua tu.. tapi kadang2 tu.. berhenti lah untuk terus berharap semua tu.. yg penting apa niat kita yang asal-asal nya waktu decide nak berhenti kerja. "A piece of qalbu in you, so you must renew..and always renew your intention. Back to Allah"

Bila saya marah.. atau start nak jadi hijau😝 quotes itu yang akan selalu saya ingat + istifar.

Setiap orang ada moment yang paling buatkan kita rasa bermakna sangat, mungkin rasa best sangat, rasa sedih, rasa bermakna, rasa bersemangat, macam-macam rasa...sesedap rasa..eheee😁

Ok panjang dah karangan..

Apa moment korang pulak?

#FathonahEmpire
#tsunamishaklee #liveamazing #amazing10 #pts2 #IamAWahm

Thursday, 17 November 2016

"Bro.. tolong aku.. tolong aku.."

Man:bro, tolong aku.... ko tahukan aku buat pakej backpacker..
aku: ha, nape?
Man: tolong aku camner nak simpan list nama client aku... dah beratus nii....

Mmm teringat 2 bulan lepas kawan  minta tolong untuk menyenangkan kerja dia...
Dalam 2 minggu ni jugak ler, kawn aku yang sorg ni terkial kial naksetlekan problem dia ngan bisnes partner dia... gaduh dah.... puncanya .....

Aku bukan nak cerita pasal diorg gaduh tapi.. macam mana kawan aku nie setlekan problem dia...

Cuba korg bygkan, berpuluh Client masuk duit kat akaun dia beribu ringgit tiap hari.. dia tak der sistem yang mudah untuk simpan data dan mudahkan kita dapatkan data......

Bagi mudahkan kerja dia, aku wat sistem guna excel yg sedia ada.. yg mana Data-data client yang   dia ada dimasukkan dalam excel .. at least mudahkan dia nak cari data yang dia nak... (byknye mudah)

Tub tub masalah timbul, pakej yg kawan dia wat ada masalah... bincang-bincang.... final decision diorg break up...  haaaa ini macam ler masalah yg peningkan kepala timbul...

Banyak pakej kena cancel, bila cancel, duit kena pulang, client asak 24 jam.... uitt banyak tu nak kena pulang balik.. Bila minta data dari partner, tak ada lahh... tak bawa lahh, tertinggal lah.... macam mana nak setle...... ex partner plak kat FB ... kalo client tanya...balik balik ayatnya” Tanya man... Tanya man’ ‘ kata man yang setle.. memang ler man akan setle tapi bukan semua.... duit dah pulang separuh kat engko... data client yang man ada semua dah bagi... free free je dapat data prospek client.... tolong take action  ler... man dah takder pape dah ngan ko...

Kawan aku memang kental.... ada sistem kerja , data boleh dikatakan 99% tepat, jujur, tak dernye nak amik duit org.. halal haram dia tahu ( ex aliran agama tuuu) , janji ditepati, walaupun kekadang naik hantu gak...

Dia boleh setle sebab ada semua data tu... bila kita ADA SISTEM DARI AWAL.. segala problem bole kita setle..

Kita nak berniaga nie kena jujur, sekali ko buat taik...mmm selamanya ler org ingat..

Kita meniaga nie kena simpan data.. senang nak wat analisis, nak tengok track rekod ker, senang nak setle masalah ker.... macam macam bleh

Aku tak cerita semuanya....

Salute u BRO. ‘AD backpacker’

Hasil nukilan: Nor Azhar Othman

Tuesday, 15 November 2016

Berjalan-jalan bersama parasit dalam badan..

Parasit adalah organisma yang masuk ke dalam tubuh kita, hidup dengan memakan nutrien kita, dan meninggalkan toksin pula kepada kita!

Kalau rasa-rasa:

Selalu mood swing
Kelesuan
Rasa malas2 aje..
Membuang, tapi perut masih tak selesa
Selalu buang angin, tapi still rasa kembung perut
Sembelit
Eye floaters
Jerawat kat muka / leher / badan
Gatal-gatal telinga
Rasa rengsa celah dubur
Craving makanan manis
Diet yo-yo (sekejap kurus, sekejap berat naik smula)

Tu semua memang ada simptom KECACINGAN.

Eh, orang tua pun ade cacing ke?

Ye.. memang ade.. bukan budak2 aje ade cacing ye..kalau dah penuh sangat cacinh nye.. memang tak elok untuk diri kita.

Bayangkan...

Solat.. kita bawak sekali cacing..
Makan.. kita bawak sekali cacing..
Pegi dating.. dating sekali dengan jemaah cacing
Bersama isteri /suami.. sekali dengan cacing2
Mengandung baby.. kandung sekali dengan cacing..

Eh, tak nak lah.. geli ade, risau ade..

So jom.. kita bersihkan kolon kita, bebas cacing.

Nak tau cemana.. jom pm Mira..

In sha Allah Mira & Team Detoks akan guide uols..

Sayangi diri kita!
Beranikan diri untuk detoks!

SID anda..
Mira Hamzah
019-282 1775

Monday, 14 November 2016

Usus tersumbat pada kanak-kanak boleh menyebabkan maut.

Jarang antara kita yang suka ambil tahu pasal kesihatan kolon atau usus. Yang selalu kita dengar, orang jawab...ya, saya tahu pasal usus..usus kita panjang sangat boleh mencapai sehingga 8 meter panjang bagi orang dewasa, dan kurang panjang bagi kanak-kanak.

Anak-anak adalah amanah kita. Allah beri kita rezeki untuk kita suapkan makanan yang sihat kepada anak-anak. Apabila makanan yang dimakan oleh kita atau anak kita sukar dihadam oleh perut, akan berlaku beberapa masalah usus dikemudian hari. Ini kerana makanan termendak di dinding usus dan lama-kelamaan usus akan tersumbat.

Intestinal Obstruction / Usus yang tersekat tersumbat

Makanan yang telah dikunyah, akan dihadam oleh perut dalam sistem penghadaman dan akan melalui saluran usus sepanjang 25 kaki atau 8 meter. Walau bagaiaman pun sekiranya perut tidak dapat menghadam secara lengkap, makanan tersebut akan terbawa kepada usus kecil. Usus kecil tidak boleh menyerap makanan yang tidak dihadam kerana dinding usus sangat halus. Oleh itu usus biasanya akan membuat penghadaman itu. Sekiranya makanan itu masih tidak boleh dihadam, maka makanan tadi akan melekat di dinding usus dan menjadi rumah untuk parasit-parasit seperti cacing. Lama -kelamaan usus akan tersumbat dan menjadi penyakit Intestinal Obstruction.

Masalah kolon atau usus tersumbat bleh menjadi sangat serius. Selalunya bahagian yang tersumbat adalah di bahagian tengah-tengah antara usus kecil dan usus besar. Symptom yang dihadapi oleh pesakit ini adalah seperti berikut:

1) perut kembung yang teruk
2) sakit bahagian abdomen
3) nausea
4) muntah-muntah
5) sembelit
6) cirit-birit
7) kekejangan abdomen yang teruk

Usus yang separa tersumbat akan menyebabkan cecair keluar dan berlakulah ciri-birit. Jika kawasan yang tersumbat itu menghalang laluan sepenuhnya, maka akan berlaku kekembungan dan sembelit.

PUNCA USUS TERSUMBAT

Banyak punca yang boleh menyebabkan usus kita tersumbat. Antaranya adalah:

1) Strangulated hernia
Ini berlaku apabila ada lekukan yang terkeluar (protruding) menusuk di celah-celah dinding abdomen.

2) Kebengkakan (Inflammatory)
Contoh Crohn's Disease yang menyebabkan luka pada tissue usus dan membengkak, sehingga membuatkan usus tersumbat.

3) Perlekatan (adhesion)
Luka atau kesan tisu yang mengeras dan melekat ke tisu usus bahagian yang lain sehingga laluan tersumbat.

4) Kanser / tumor
Ada tumor yang tumbuh dan membesar atau sel-sel kanser membiak dengan cepat, sehingga menutup laluan usus.

5) Kekembungan (gassy tummy)
Kadang-kadang perut terasa kembung akibat penyakit Parkinson.

6) Gallstone
Keadaan dimana usus tertekan / terhimpit sehingga menyekat laluan.

7)volvurus
Usus yang tersimpul dan terbelit sehingga laluan sempit dan tersumbat.

8) Interssusception
Apabila ada usus lain yang menghimpit perenggan usus yang lain sehingga terjadi 'sandwich' boleh membuat laluan tersekat.

9) Termakan onjek asing..sehingga tidak boleh dihadam dan terbawa ke usus (kes ini sangat rare).

10) Paralytic ileus
Keadaan dimana selepas pembedahan abdomen, usus tiba-tiba kejang atau mengkontraksi sehingga menyebabkan laluan pada saluran usus.

KESAN USUS YANG TERSUMBAT KEPADA KESIHATAN

1) Sekiranya berlaku kepada bayi, makanan mungkin tak dapat disalurkan ke usus. Strangulation atau darah kurang mengalir ke kawasan usus itu. Ini boleh menyebabkan pembengkakan dan pendarahan berlaku. Apabila terjadi begini, darah tidak dapat sampai kerana ter'bocor'. Ini yang kita selalu dengar kes 'Usus bocor'.

2) Sekiranya berlaku kepada kanak-kanak di bawah 2 tahun, mereka sukar untuk memberitahu orang dewasa tentang kesakitan yang mereka alami. Ibu bapa atau penjaga perlu sentiasa peka perubahan anak tersebut:

- Bengkak di bahagian abdomen
- Anak sering menunjukan rasa sakit dan menarik lututnya rapat ke dadanya
- Pening
- Mengaduh sakit
- Berak berdarah (atau terdapat jelly hitam pada najis)
- menangis dengan kuat
- muntah sehingga keluar kuning kehijauan
- lemah.

RAWATAN

Selalunya pihak doktor akan bertanya beberapa soalan tentang makanan yang kita makan, aktiviti yang kita lakukan, ubat yang kita pernah makan, pembedahan yang pernah kita jalani.

Selain itu, doktor akan menggunakan stetoskop untuk mendengar pergerakan usus. Sekiranya bunyi seperti tersumbat, dotor akan membuat X-Ray. Sekiranya didapati ada pembengkakan, doktor akan membuat colonoscopy.

Jika terdapat gejala-gejala kesakitan di atas, hendaklah terus mendapatkan rawatan kecemasan di hospital berhampiran.

Kelewatan dalam mendapatkan rawatan boleh menyebabkan kerosakan parah usus atau maut.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi atau Whatsapp Mira untuk produk Shaklee yang berkesan, membantu mengatasi masalah usus tersumbat.

Mira Hamzah
019-282 1775
Email: normi.nhm@gmail.com

Founder of
Fathonah Empire
~Enliven~Inspiring~Fathonah~

Ilmu Kesihatan & Produk

Waktu mula-mula join Shaklee Mira tahu Shaklee sikit-sikit (sebab buat research dulu sebelum beli). Bila dah makan, nampak keberkesanan produk. So Mira cari lagi info pasal ingredients produk-produk Shaklee yang lain. Tapi waktu tu cari ilmu through blog-blog orang aje. Setiap term yang tak faham.. Mira bukak google ..banyaknya dari CDC.gov, NaturalHerbs, webMD, MayoClinic, kellymom, dr.Oz dan banyak lagi.

Bila dah suka sangat nak share kebaikan produk.. Mira pegi kelas nutrisi. Itu lah kelas pertama yang Mira pegi. Hehe. Waktu ni, bila pensyarah tu kupas satu-satu tahu kebaikan setiap produk Shaklee secara mendalam, rasa WoW! sangat. Kemudian Mira attend kelas-kelas lain. Antaranya kelas kesuburan lelaki dan wanita.

Jadi WAHM ni memang susah nk keluar sangat untuk ke kelas-kelas. Jadi upline buat kelas dalam group whatsapp. Alhamdulillah dari situ banyak ilmu yang group members dapat. Discussion membuka minda untuk berfikir pasal penyakit, symptom penyakit, healing crisis dan banyak lagi.

Coaching dari upline dan neni membuka hati untuk berbisnes dan share dengan orang lain tentang kebagusan produk. Bila dapat tolong orang lain lebih sihat dari sebelumnya.. syukur sangat..thanks Allah!

Selain tu jugak, Mira tengok you tube Shaklee. Dari sini nampak perbezaan antara produk sintetik dan produk semulajadi. Macamana produk semulajadi membantu sel-sel darah mengangkut nutrien dari produk ke organ dan sel yang diperlukan. Sebaliknya produk sintetik mengeras dalam perut, dan ambik masa yang lama untuk dissolve.. dan tak semua elemen produk sintentik tu diangkut ke dalam salur darah. Tapi terpaksa dibuang ke perkumuhan.

Selain tu perbincangan dengan ayah tentang pelbagai penyakit yang dia dan mama hidapi. Ayah mira memang suka membaca berbincang dengan kawan doktor dan kaji berkenaan penyakit dan ubat (drugs & steroid base) dan kesannya pada tubuh untuk jangka masa panjang.

Hmm..banyak lagi yang Mira nak belajar. Yang penting kene sabar selalu. Share apa yang kita belajar dengan orang lain. In shaa Allah apa yang kita belajar Allah berkati.. cheers 🌹??🌹

#tsunamishaklee #pts2 #Shakleeamazing #amazing10 #theshakleedifference #IamAWahm #FathonahEmpire #pengedarshaklee

Sunday, 13 November 2016

Dr.Forrest C.Shaklee

Dalam banyak2 inventor supplement ni, Mira sangat suka tentang Dr. Shaklee.. (ofkos.. sbb Mira penjual Shaklee kan). Hehe..

Bukan sebab jual Shaklee aje... Mira suka dia sebab Dr. Shaklee ni, dia sayang environment sama macam Mira cintakan environment, ewah..kihkuh.

Satu lagi.. Dr. Shaklee ni sebab dia berkerjaya sebagai Chiropractor. Mira pun sebab prolapse dics ni, maka tersuka kat org yang tere bab tulang-temulang, sendi-menyendi nih..

Antara kualiti Dr.Shaklee:

1. Waktu dia lahir, dia sakit TB. Tak boleh gerak.. tapi dia tetap hidup dengan berbakti kepada manusia dan alam.

2. Sebab chiropractor lah dia jelajah jual formula supplement dia, dan dia buat multivitain yang pertama yang feveret Mira sangat tuh iaitu Vitalea.

3. Dia ni sayang environment.. sama la macam Mira..ihik..

4. Kagum dengan dia sebab dia cipta pencuci serba guna.. Basic-H dengan menginspirasi dan mengkagumi alam semulajadi. Non-toxic dan mudah terurai secara semulajadi (biodegradable).

Nama panjang dia.. Dr. Forrest C. Shaklee. Nama pendek, Dr. Shaklee.. kawan-kawan rapat dia plak panggil dia 'Shak'.

Tak kenal maka tak cinta..

Dr. Shaklee ni, dulu waktu dia dilahirkan, dia ada TB.. atau tuberculosis. Semua doktor yang rawat dan singgah mai 'muyi' Dr.Shaklee kat rumah dia, semua komen Dr. Shaklee.memang hidup tak lama. Paling kuat dia leh hidup pun, bila masuk era kanak-kanak.. lepas tu akan mati dengan tragis. Mak ayah mana tak sedih kann.. Maka...mak ayah dia bagi dia buat apa yang dia nak, disamping mak ayah dia sediakan.yang terbaik untuk dia - persekitaran rumah yang bersih, makanan berkhasiat dan udara yang bersih. So depa dok kat area pedalaman tu.. dapat lah Dr.Shaklee ni explore kat hutan menikmati segala alam semulajadi.

Piel Dr.Shaklee ni, dia suka belajar, apa yang dia nampak.. pastu dia akan menulis apa yang dia belajar. Buat buku dan sharing pada semua.

Antara quotes Dr.Shaklee:

"Minda ni macam kereta sorong. Ko sorong pi mana pun dia ikut aje. So, pastikan ko sedar, pandai pilih sape2 yang nak push minda ko, ke arah yang ko nak"

"Berhati-hati dengan pemikiran negatif, ia akan merosakkan keseimbangan badan"

Byk lagi.. nk tau lebih jom gugel atau masuk blog mira: amanahbuatku.blogspot.com..

Best kan Dr.Shaklee ni. Seorang yang betul2 berintegriti dalam memformula supplement, bisnes dan membina empayarnya.

Bayangkan.. Dr.Shaklee dilahirkan tak boleh bergerak, ramai yang jangka dia mati awal. Zaman kanak-kanak nya tak macam orang lain yang bebas berjalan, berlari. Tapi dia duduk, belajar menikmati alam, dan bantu orang yang sakit.

Dia tolong orang dengan ikhlas. Meninggal pada usia lebih 90 tahun.. dan berjasa banyak.. sampai kini.

P/s: Mira takkan sebarangan pilih supplement, kecuali supplement tu Mira yakin selamat & berkesan, semulajadi.

Ok. Meh contact Mira kalo nk beli vitamin shekli nih..

Mira Hamzah
019-282 1775
🍎Fathonah Empire🍎  
●Enliven●Inspiring●Fathonah●

#Amazing10 #pts2 #Shakleeamazing
#FathonahEmpire #IamAWahm #ShakleeKlang #ShakleeBukitTinggi #ShakleeSijangkanliveamazing #tsunamishaklee