Monday, 7 November 2016

Berhenti Merokok dengan Vivix

Adik saya sekarang tengah mencuba sedaya upaya untuk berhenti merokok.. tapi sekarang badannya tengah adapting... nak sesuaikan diri tanpa nikotin.. lalu dia demam 😷🤒😷🤒

Tahniah dik..

Demam tu Allah nak bersihkan dosa.. nak granted badan dan jiwa yang lebih sihat.

Niat nak berhenti merokok itu pun Allah dah granted pahala 'tiket legoland' kat syurga (Kak damia & alya suka guna term pahala = tiket legoland & sunway lagoon kat syurga 😆😆😆)

Nanti kita makan vivix untuk repair 'rumah-rumah' yang dah rosak akibat nikotin..

Tahniah adikku..

I am so proud of you! ALLAH IS THERE WATCHING AND COUNTING YOUR EFFORT 🚭🚭🚭

(Kak post kat sini.. supaya jadi motivasi kat mu dek.. so that, hope you wont turn back)

#Shakleeeffect
#amazing10
#Shakleeamazing
#tsunamishaklee

Mira Hamzah
019-282 1775
🍎Fathonah Empire🍎  
●Enliven●Inspiring●Fathonah●

Milestone dalam Shaklee

Kalau ikutkan usia Mira berShaklee dah 1.2 tahun. Dari bulan 9 tahun lepas smpai lah nov 2016 ni.

Milestone 1.
Waktu ni Mira masih kerja. Start botol pertama Vitalea. Seronok HB anak ke4 ni dah stabil. 3 bulan kot nak perabih vitalea.

Milestone 2
Dah jadi S.a.h.m.
Lagi 1 bulan lebih nak bersalin, baru dapat hidayah nak beli set berpantang Shaklee.

Alhamdulillah..walaupun Mira cser, seronok berpantang dengan set Shaklee. Rasa yakin diri, sihat dan memang badan rasa fit, rasa lain kalau compare time pantang anak 1-3. Cergas dan cerdas..hihi. Mama tegur Mira, dia ingat dalam pantang Mira gatal pakai mekap..sebab muka flawless dan radiant.. wow..ewah!

Milestone 3
Dah habis pantang.. Mira repeat order lagi stok yang dah habis.. waktu ni order benda baru.. saja nak try iaitu garlic complex..semua fikir makan Shaklee aje.. tak pernah terlintas nak buat biz.

Milestone 5
Masuk bulan ke 8.. Mira banyak tanya pasal Shaklee kat group wasap. Macam2 info dapat.. suke dengan team Shaklee yang menarik..saling membantu dan sentiasa positif. Bila upline ajak masuk biz.. malu2 kucing tapi hati dah berputik nak cuba wat sale..😃💡

Milestone 6
Bila upline dah bawak pegi kelas Nutrisi. Alhamdulillah.. yakin produk Shaklee selamat dan berkesan. Terus hidayah datang berdesup.. untuk jual Shaklee. Thanks Allah.. Mulalah team up dengan upline dan wat target..hingga kini..sale net dah xxx sebulan.

Milestone 7
Permulaan dalam bis Shaklee dah terasa. Rasa seronok, semangat, rasa letih kerana keluar dari zon selesa.

Sebenarnya WAHM lain cabarannya dari carrier woman.. Lepas tu Mira dah seronok dapat tolong orang lain menjaga kesihatan dan disamping menjana income.

Way forward
In shaa Allah.. rank supervisor iaitu ranking pertama dalam Shaklee akan Mira kejar dalam 6 bulan dari sekarang. In shaa Allah..

Ameen..

Rezeki itu milik Allah.. jangan takut jangan gentar..

Jom.. sape nak join Mira jana pendapatan sendiri.. pm Mira ye..

Mira Hamzah
019-282 1775
🍎Fathonah Empire🍎
●Enliven●Inspiring●Fathonah●

Sunday, 6 November 2016

PENGUAT IMUN BADAN - NUTRIFERON

Bila anak-anak sakit..demam ke, selsema atau batuk ke.. mesti mira bagi Nutriferon. Sebab ape.. Mira tak berapa suka dengan ubatan dadah dan steroid. Anak.ke3 Mira pulak sangat alergik dengan kebanyakan antibiotik. Dengan izin Allah.. Nutriferon ni tak pernah mengecewakan mira.

Pernah Mira dengar.. ade satu insan ni.. bila dia balik daripada jalan-jalan dan dia sangat penat, dia akan makan panadol atau PCM. Walaupun belum rasa betul-betul bak demam. Begitu juga dengan anak-anaknya.. terus diberikan pcm suspension supaya anak tak demam katanya.

Tindakan ini bukan sahaja sia-sia.. tapi membahayakan organ badan untuk jangka masa panjang.

Apa itu interferon (IFN)?

Interferon adalah sejenis protein yang tinggal di dalam sel badan, yang berfungsi sebagai communicator antara sel dan leukosit (sel darah putih) untuk mematikan patogen luar yang menyerang sel.

Nutriferon diambil namanya dari Interferon, telah diiktiraf sebagai penemuan terhebat immunologi. 4 jenis bahan utama iaitu biji labu, bunga Safflower, Honeysuckle Jepun dan biji Plantago mampu mendorong pengeluaran IFN secara semulajadi.

Manfaat:
🍰 mengukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari.
🍰 melawan kanser dan tumor
🍰 mengurangkan ketidakselesaan pada tempoh rawatan kemoterapi
🍰 melindungi tubuh dari influenza
🍰 melambatkan penuaan
🍰 Mengurangkan infeksi pesakit Hepatitis B dan C
🍰 Mengurangkan simptom PMS
🍰 Mengurangkan ketidakselesaan dan penyakit yang datang sewaktu tempoh Menopause (contoh: tekanan darah tinggi, kolestrol tinggi, heat flash, dan lain-lain).

Biji labu:
🍎Merangsang pengeluaran interferon semulajadi di dalam tubuh.
🍎Menentang radikal bebas dan.faktor penyebab kanser

Biji Plantatgo Asiatica
🍎 Mengandungi polisakarida yang merangsang sel-sel imun.

Honeysuckle Jepun
🍎Menentang pencerobohan virus dan kuman.

Bunga Safflower
🍎Menghasil dan memperkuatkan keupayaan makrofaj, memusnahkan virus dan kuman.

Mira dah test pada anak-anak Mira, bahkan Mira sendiri pun. Memang terbukti berkesan. In shaa Allah..

Bagi Mira, setiap rumah mesti kena standby swkurang2 nya 1 pek Nutriferon. Sebab ianya booster imunisasi badan kita.

Jangan risau.. Nutriferon ni selamat untuk dimakan oleh bayi 6 bulan ke atas hinggalah dewasa.

Bagi bayi yang berusia 3-6 bulan yang tidak.lagi menyusui ibunya, dan minum susu formula, boleh diberikan Nutriferon untuk kukuhkan imun badan bayi tu. Tapi ada caranya.

Bagi yang nak cuba Nutriferon ni, boleh lah Whatsaap Mira.

Bulan Nov.2016 ni.. Nutriferon ade offer yang sangat best.

Beli 6 Nutriferon percuma 1 lagi pek Nutriferon.

Kalau nak harga special, boleh terus hubungi Mira..in shaa Allah Mira bantu.

Kita berusaha untuk menjaga kesihatan tubuh ni pun, satu sunnah.. in shaa Allah besar ganjarannya.

Mira Hamzah
019-282 1775
🍎Fathonah Empire🍎
●Enliven●Inspiring●Fathonah●

Saturday, 5 November 2016

Hobi setiap orang.. janji gembirakan hati..

Dalam hidup ni kalau kita tertumpu pada kerja semata-mata kita akan jadi orang yang sangat serius. Tak? Mungkin. Sebab kita hanya berfikir tentang kerja.. tanggungjawab.. kita takde masa nak fikirkan tentang kesukaan kita sendiri.

Apa yang kita suka itulah yang akan sentiasa suntik semangat kita untuk berjaya. Sebab tu ramai yang ada hobi. Ada yang suka memancing, suka kumpul majalah, suka menjahit, suka menyulam, suka gardening, baking, traveling.. banyak lagi. So hidup jadi ceria berwarna warni.

Mira ada hobi.. mira suka menjahit. Tapi mira tak pandai menjahit pun. Sekadar jahit sarung tilam, sarung bantal, runner table, bedung bayi, barut bayi, pemegang periuk dan pengalas kaki. Langsir pun mira suka jahit.

Tapi sejak dua menjak ni.. mesin jahit lurus dan jahit tepi mira jadi tukun..hehe. sebab ada dua anak kecik yabg tak benarkan mira menjahit haha..alasan kan. Betul.. mira kalau menjahit, habis bersepah satu lantai bilik tu. Kalau tengah jahit, memang tak bleh pause orang kacau.. nanti ada lah salah silapnya.. kene bukak balik..huih tak nyabor lah sangat si Mira tu..hikhik.

So sekarang ni mira suke sangat berhobi bercerita dengan anak2 pasal sains dalam badan.

Mira buat setiap organ badan ni macam 'orang'. Mira reka cerita kalau buah pinggang menangis2 kalau anak mira minum air gas dan makan jajan yang tak berkhasiat..

Mira ceritakan bagaimana perut sentiasa setia menunggu makanan masuk kepadanya dan dia sentiasa berusaha mencerna segala makanan tu, walaupun makanan tu menyakitkan dia.

Mira ceritakan jugak bagaimana bila minum berdiri..segala otot dalam perut menjadi stress dan sakit seolah dihentam air terjun ya g sangat kuat mencurah jatuh ke dalam perut dan perut lebam2 sakit.

Anak2 mira memang asyik dengar cerita mira ni..

Hehe.. sekarang ni mira suka selitkan kebaikan nutrien makanan dan supplement yang dapat membantu setiap organ dalam badan.. dan organ2 ni, mereka sangat happy walaupun hari2 mereka buat kerja dalam badan kita.. seolah organ2 ni bermain air di legoland..hahah.. seronok budak2 ni dengar..

Itu lah sedikit sebanyak mira dapat kongsi keghairahan mira. Semoga anak mira dapat manfaat. Dan orang lain pun begitu..

#Shakleeeffect
#amazing10
#theshakleedifference
#hobiku

Friday, 4 November 2016

Bila dah kenal Shaklee..

Bila waktu kenal Shaklee.. rasa macam nak makan sendiri..  Sebab Shaklee ni bagi saya agak mahal pada mulanya, so rasa mustahil nak buat bisnes.

Tapi bila dah lama consume Shaklee nak repeat beli lagi. Berlagak..senyap2 beli online sendiri. Tapi bila dah masuk kali ke2 beli online sendiri, godek2 website shaklee2u.com.my.. macam2 info ade. I feel wow! Bace..hadam.. So Mira start tanya macam2 soalan kat mami (dlm shaklee ni kami sebut upline tree kami: mami, neni, toknyang..anak, cucu, cicit). So mami pun masukkan Mira dalam group orang tanya pasal produk Shaklee.

Maka kita pun dok la dalam group tu. Adeh terasa kecik dok lam tu. Tapi series best dapat info pasal product. Rasa macam sembang2 pharmacist dalam tu.

Yang best, masing2 macam family. Setiap SID (kat Shaklee tak panggil dropship, tapi kami dipanggil Shaklee Independent Distributor, SID) sangat membantu SID masing2 dalam jayakan bis masing2. Mira kagum sangat setiap SID meraikan SID baru. Takde istilah cemburu dengki mendengki. Sebab masing2 support each other sebab kami percaya "setiap nelayan yang keluar mencari ikan, akan diberi rezeki masing2 walaupun mencari ikan dalam laut yang sama". Itu sama konsepnya dengan bisnes Shaklee. So.. rezeki masing2 dah ALLAH tulis, so tak payah risau. Yang kita nak risau.. bila kita tak usaha.

Onyang kami kak idah, buat bis shaklee.mesti ada banyak sharing. Share goodness and the shaklee effect kat semua orang. Kalau bershaklee semata2 nak jual Shaklee.. memang selamanya duduk ditakut menjual dan setiap masa mengejar sale. Tapi kalau kita tolong orang, dan orang jadi makin sihat selepas consume Shaklee. In shaa Allah rezeki kita akan semakin luas.

Satu perkara yang best sangat adalah bila customer makin sihat selepas consume Shaklee. Itu moment yang paling indah buat SID.

Huihh.. arini agak letihs.. sebab menvisit ibu tersayang kat hospital. Malam ni turn i plak jaga mama. Doakan mama i sihat ye..

#tsunamishaklee #theshakleedifference #Shakleeeffect #liveamazing

Thursday, 3 November 2016

Bisnes Sendiri perlu banyak good sharing

Bila nak bis ni.. kata upline kita mesti doa banyak2 kat ALLAH. Normal orang advice macam ni kan..

Tapi upline dengan coach Mira selalu ingatkan Mira.. kalau nak berniaga.. kene ingat berniaga nak cari untung, nak tolong family..nak tolong orang lain. Nak tengok semua jadi lebih sihat. Post kat FB.. cantikkan blog. Jangan fokus satu bis aje. Kalau buat dropship boleh tolong orang jugak, dalam masa sama boleh generate income.

Sharing good things setiap hari...etc, tips ke.. anything that can add value to other people.

Banyak lagi..

Niat baik2. Usaha banyak2..kalau kita kat office nak propose something kat boss, kita buat yang terbaik. Macamtu jugak bis sendiri, kita buat proposal baguih2.. bentang kat Allah waktu lepas solat.. dan doa banyak2 kat Allah. Sebab Allah lah boss kita. In shaa Allah.. Allah bukak pintu rezeki.

Fathonah Empire
Mira Hamzah
019-282 1775

●Enliven●Inspiring●Fathonah●

Fadhilat menziarah orang sakit

Abu Hurairah ra meriwayatkan: “Aku mendengar Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda: “Kewajiban seorang muslim terhadap seorang muslim yang lainnya lima perkara, iaitu: Menjawab salam, menziarahi orang sakit, mengiringi jenazah ke perkuburan), memenuhi jemputan dan mendoakan orang yang bersin.” [HR Bukhari & Muslim]

Sabda Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam: “Sesiapa yang menziarahi saudara seIslamnya yang sakit, seolah-olah dia berada dalam ‘Kharfah’ sehinggalah dia pulang.” Baginda ditanya: “Wahai Rasulullah, apakah yang dimaksud dengan ‘Kharfah’ itu?” Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda: “Iaitu kebun di syurga (yang penuh dengan buah-buahan yang boleh dipetik pada bila-bila masa)”. [HR Muslim]

“Tiada seorang pun yang menziarahi saudara seIslamnya yang sakit pada waktu pagi, melainkan 70,000 malaikat endoakannya untuk mendapat rahmat sehingga ke petang. Sekiranya dia menziarahi saudaranya pada waktu petang, maka 70,000 malaikat mendoakannya untuk mendapat rahmat Allah sehingga ke pagi. Dia juga akan mendapat nikmat berupa buah-buahan syurga yang boleh dipetik dari dekat"