Alhamdulillah.. berlalu sudah hari yg hebat.. bersama-sama orang yg hebat.. di SIMPOSIUM TUTOR PROFESIONAL MALAYSIA atau nama singkatan..STPM.
Bukan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia tu ek.. hehe.
Sampai UKM.. rasa bestnyer. Cari parking2 dekat ngan Simposium da abes.. kene parking jauh2.. So parking la kat area lapang depan FST tu.. menapak la kaki aku sampai kat FSSK (formerly known in 2002 as FSKK)..
Dari Kolej Aminuddin Baki, jalan plak laju-laju..nak cepat smpai kelas.. hoih.. Jap benti jap.. selit flyers Shaklee kat keter2 orang kat situ, selagi sempat. Sambil-sambil letak flyers tu kita doa kat ALLAH.. moga tuan punya keta terpanggil nak contact kita, nak tahu pasal health plan dia.
Sampai FSSK.. lalu passageway dia yang panjang tu.. salah tempat. Ok pusing balik..jalan lagi.. mata melilau cari banner ka bunting ka.. crew bertugas ka.. ok nampak sorang mamat ni, nampak macam student la.. pi bagi salam kat dia.. terus dia berpaling ke arah aku.. haha.. nampak dah tag dia.. crew STPM. So aku tanya kat dia kat mana nak register. Habih register tu.. aiseh, dewan kuliah la.. hmm.. seat VVIP aku masih kosong. Tapi ramai plak yang dah duduk. Segan nak pi mencelah-celah. Tak pe lah duduk kat seat bukan VVIP. Mata melilau jugak cari abang angkat aku. Mana dia. Oo rupanya dia dok kat seat VVIP.. row depan skali. Maybe tu row untuk sponsors.
Ilmu apa yang kita belajar harini. Haa.. actually ni adalah ilmu baru untuk aku. Tak pernah terfikir pun nak join bidang akademik sekolah. So skang dah dapat opportunity kene la grab.
Lagipun simposium ni ajaq macamana nak guna teknologi baru untuk monitor kecemerlangan anak-anak kat sekolah dan latih tubi kat rumah. Macamana?
Ok. Simple.. Mak kita..ayah kita dulu-dulu selalu cakap ayat gini.. "Pi sekolah belajar baik-baik.. Kaut ilmu kerana Allah.. Kawan dengan kawan-kawan baik-baik baru senang nak dapat ilmu dan kongsi ilmu dan pengalama..." banyak lagi lah.. kalau nak susun sini tak cukup muka surat.. hehe...padahal takde muka surat pun kan..
So..kalau kita suruh anak kita pi sekolah belajar baik, tumpu perhatian dalam kelas.. balik darinsekolah pulak, time belajar kena belajar. Ulangkaji.
Cuba tanya diri kita sebagai parents..
Anak-anak kita belajar betul-betul ke.. main-main?
"Oish..anak aku mana main-main..dia belajar betul-betul la..".. ok takpe. You, Me, We.. as parents.. macamana nak tahu tahap 'betul' tu tahap mana.. Cuba convert to percentage. Dalam 1 jam dia buat ulangkaji, berapa peratus dia buat latihan. Berapa peratus dia dok berangan.. berapa peratus tiba-tiba dia ter'switch' off minda dia ke lain sekejap sebab ada teringat benda lain kat kepala e.g. "ooo.. kerja rumah cikgu bagi ada lagi satu belum buat lagi nih"
Back balik berapa peratus tu... So parents tau the efficiency time vs study vs result anak tu? Tak tau kan..
Dengan teknologi baru ni.. parents bole tau apa yang anak dia belajar. At this hour, minute, second.. apa anak dia tengah fikirkan.. belajar subjek tu or berangan? Kalau anak dia tengah buat subjek pelajaran tu.. topik apa yang dia lemah dan pandai. Soalan macamana yang dia bokeh score. Berapa percent scoring and efficiency selepas 1 jam belajar.. semua ni.. parents dok kat tempat keja. Anak kat rumah pun boleh monitor.. wahh..
Ok tu part 1. Part 2, part 3, part jadi bisnesperson dalam bidang ni.. kita cerita dalam entry lain naa..
Banyak lagi boleh kita share ni. Jemput mai blog akak ni, rajin2 kan baca aje.. hehe, tak susah kannn..
Ni semua angkara abang angkat aku la nih. Mohd Fadhilyuddin. Dia ni memang abang angkat yang tak pernah lupa kat adik dia hat sorang ni. Bayangkan dia suruh aku belajaq teknologi ni dari 2009 lagi.. la ni baru Allah bukak hati. Woow.. lama dak? Padan muka aku.
Bab, jalan-jalan dari keta mencari dewan kuliah tu.. huuh! Dah lama tak buat exercise jalan atau jogging. Ni da balik umah baru rasa lenguh2 kaki..heheh.
Tapi yang best.. bila jalan laju-laju dan melasak naik turun tangga, turun bukit, naik bukit.. rasa bersemangat.. rasa positif. Tambah lak sepanjang dok jalan tu tengok pemandangan hijau kat UKM.. Rasa aura baik-baik datang. Semua rasa2 yang tak best hilang ntah pi mana.
Agaknya.. sebab tu lah orang yang selalu travel pegi sana.. pegi sini.. melancong..hiking.. semoa outdoors activity tmsuk la kena travel utk keja/belajaq.. jiwa depa selalu positif.
Apa pun ilmu dan pengalaman harini sangat berguna utk masa depan..jeng..jeng..
Alhamdulillah.. ngantuk dah.. lengoh kaki..huwaa..
Esok my beloved asben aku pulak yang pegi on behalf aku. Turn aku plak jaga anak-anak.. dia akan mengasah minda dia esok.. dengan strategi-strategi teknologi.. gel pulak dengan otak bisnes dia tuh.. hehe.
Jom telan ostematrix, Vita C dgn Vitalea.. in shaa Allah esok pagi akan kurang kelenguhan ni..
:)
Saturday, 24 September 2016
Macamana ibu bapa nak tau anak-anaknya fokus belajar di sekolah, betul-betul ulangkaji di rumah.. atau main-main, berangan dan buang masa??
Labels:
abang angkat,
anak-anak,
belajar,
bisnes,
flyers Shaklee,
FST,
health plan,
ibu bapa,
keberkatan,
niat,
perents,
Professional,
Simposium,
student,
Tutor,
UKM
Tuesday, 20 September 2016
Suami Taknak Isterinya Jadi Bidadari Syurganya
Teringat
orang tua-tua kata, kalau nak pikat hati suami, pikat lah dari perut dia.
Ye sebenarnya memang betul statement tu. Cuma kita kene add sikit la yang lain.
Sebab suami ni pun manusia. Dia kahwin ngan kita pun sebab dia
sayang sangat dengan kita. Terima baik buruk kita. Bukan semata-mata nak makan makanan kegemaran dia aje..hehe.
Suami ada hati dan perasaan. Kadang-kadang hatinya gembira. Kadang-kadang dia tak gembira. Kadang-kadang dia 'period' haha..emosi lebih sikit berbanding hari-hari biasa.
Suami ada hati dan perasaan. Kadang-kadang hatinya gembira. Kadang-kadang dia tak gembira. Kadang-kadang dia 'period' haha..emosi lebih sikit berbanding hari-hari biasa.
So nak jadi isteri solehah kita kena jaga hati suami. Kita perlu tahu apa yang buat
suami gembira atau sedih. Cuba elakkan buat perkara-perkara yang boleh membuatkan
dia marah atau kecewa. Usaha untuk cuba menjaga sebuah perkahwinan adalah satu
ibadah. So, kann dapat dah pahala.
Perkahwinan
yang ke 9 tahun ni Mira semakin sedar, kadang-kadang kita lupa apa yang patut
kita buat dan apa yang tak patut kita buat sebagai isteri. Sebabnya kita sendiri dah banyak tanggungjawab waktu ini.
Impian Mira
nak jadi Ketua Bidadari suami di syurga. Kompem ke dapat jawatan ni nanti? Bukan senang, tapi bukan juga susah sangat. Kita
betulkan niat kita selalu, ingat dan sebut nama Allah selalu..in shaa
Allah..segala jalan akan Allah buka terbentang luas untuk kita para isteri.
Jangan
terkejut, Mira pernah jumpa depan mata Mira, seorang suami tu dia confessed di
hadapan isterinya untuk ada bidadari selain isterinya di syurga nanti. Waktu tu
sebenarnya kami tengah sembang-sembang biasa. Tiba-tiba isteri selamba aje bertanya, “Abang
nanti di syurga mesti ramai isteri, abang rasa ayang ke yang jadi ketua bidadari
untuk abang” si isteri tanya sambil tepuk manja bahu suaminya. Dalam hatinya, mesti suaminya akan kata ya, dialah ketua bidadari syurga buat suaminya. Tapi tak disangka-sangka, suaminya membalas yang isterinya bukan pilihan hatinya untuk jadikan bidadari syurga. “Tak kot” kata suaminya bila si isteri tadi tanya...Mira terkejut. Isterinya pun terkejut, tapi masih mengharap suaminya tidak
serius. Tapi suaminya terus sambung ayatnya... “Alah..you pun akan jumpa suami ideal
lah kat sana..sama-sama kita doakan kita akan dapat pasangan terbaik untuk kita
kat sana ye”.. Ayat suaminya yang seolah-olah tidak ada apa-apa. Seolah, ayat tu boleh tenangkan semula hati isterinya yang dah sedih tadi.
Mira tengok wajah isterinya berubah. So, waktu tu tahulah dia, dia bukan isteri idaman suaminya. Ada
kekurangannya di mata suaminya. Kat mana kekurangan dia? Mira tahu, mesti sedih hati isteri tu..sehingga
sekarang Mira sendiri teringat-ingat lagi dengan kata-kata suaminya. Aduhaiii...pedih..
So, kalau
kita para isteri selalu minta pada Allah agar ditemukan semula dengan suami
kita di syurga... in shaa Allah. Allah pasti tak akan mengecewakan usaha isteri
yang bersungguh-sungguh menempatkan dirinya di hati suaminya.
Apa pun
kita kena usaha. Untuk berada di syurga dengan suami kita / suami idaman bukan
mudah. Sebab syurga itu mahal kann..
Tapi
kalau readers cuba tips-tips ni, in shaa Allah mudah untuk pikat hati Encik
Suami. Yang paling penting ikhlas kerana Allah. Semua tips ni adalah mengikut
cara yang disyariatkan,.
- Sayangi dia sepenuh hati kerana Allah.
Sayangilah
suami kita sepenuhnya dan terima baik buruknya. Sebab tak ada sesiapa pun yang
sempurna. Hanya Allah s.w.t. yang Maha Sempurna lagi Maha Bijaksana.
Sayangi
dia kerana Allah, kerana kita taknak dia terheret ke neraka kerana perbuatannya
atau perbuatan kita di dunia. So kita kene sentiasa ingat niat kita, dan
berhati-hati dalam tindak tanduk kita.
2. Menjadi pendamping suami di mana sahaja dia
perlukan kita.
“Disebalik kejayaan seorang suami, ada
kekuatan dan sokongan dari seorang isteri”
Pernah dengar
kan quote tu. Jadi kalau suami kita ajak ke mana-mana..sebolehnya luangkan masa.
Cuba lah sesekali ambil cuti untuk ikut dia. Suami akan rasa lebih seronok,
sebab orang kuat dia..iaitu isterinya sentiasa ada bersama-samanya.
Waktu dia
dalam keadaan sedih atau gusar, sebaiknya kita cuba sentiasa berada disampingnya.
Cuba untuk berikan respon positif terhadap apa yang diperbincangkan. Suami akan
berasa sangat dihargai, kerana isterinya paling memahami dirinya.
3. Masak makanan kegemarannya dan anak-anaknya.
Biasanya
di mana-mana muka bumi sekarang ni, kalau dah nama isteri, antara tugasannya di
rumah adalah memasak untuk keluarga. Sebab suami kadang-kadang hanya tahu
makan. Masak pun hanya tahu yang simple seperti pisang goreng.
Isteri ni
kenalah tahu apa yang suaminya sukaaa makan. Kalau tak tahu masak, boleh
belajar dengan ibu suami. Kalau tak tahu juga, alaahhh...internet berlambak
resepi. Tinggal nak cuba buat aje.
Kesihatan suami mesti kita kena jaga. Kalau boleh masaklah makanan yang sihat dan sentiasa ingatkan dia tentang apa yang tak boleh dimakannya, dengan lemah lembut.
Kesihatan suami mesti kita kena jaga. Kalau boleh masaklah makanan yang sihat dan sentiasa ingatkan dia tentang apa yang tak boleh dimakannya, dengan lemah lembut.
Kalau boleh didik anak-anak untuk turut
sukakan makanan kegemaran suami. Dengan cara ini, suami akan rasa dia bertuah
kerana anak-anaknya turut suka dan mewarisi makanan kegemarannya.
4. Menggalakkan hobinya.
Memang selalunya
hobi ister dan suami ni lain-lain. Tapi kadang-kala galakkan lah dia melakukan
perkara yang sangat disukainya seperti bermain badminton, memancing atau
mendaki gunung.
5. Menggalakkan dia ke surau untuk solat jemaah.
Haa.. pernah dengar tak.. duitmu,
duitku...duitku, duitku... Apa relate dengan tips ni? Well memang relate.. cuba
kita anggap duit dalam ayat di atas tu adalah pahala.. Kalau kita galakkan dia
ke surau untuk solat jemaah, secara tak langsung pahalanya tak kisah lah dia
nak berjalan kaki/naik kenderaan ke surau pun...kita akan dapat tempias
pahalanya.
6. Mendidik dan menjaga kebajikan anak-anaknya.
Suami
perlu mencari rezeki, isteri perlu mendidik anak-anak. Ini adalah tanggungjawab
kedua-duanya. Bukan bermakna kalau jadi isteri tu kena 100% didik anak, suami tak
payah.. No! Bukan macam tu.
Suami
perlu ambil peranan. Cuma digalakkan dalam Islam, isterilah yang mendidik
anak-anak.. dan menjadi pemudahcara dalam setiap urusan anak-anak. Anak-anak
selalunya akan rujuk emaknya terlebih dahaulu sebelum meminta kepada si bapa.
Isteri lebih lemah lembut sifatnya secara semulajadi berbanding suami.
Bila kita
buat macam ni, kita sebenarnya telah permudahkan tanggungjawab suami untuk
menjaga keluarga secara keseluruhannya.
7. Selalu mengikuti perkembangan kerjanya.
Ada tak situasi
macam ni..bila suami balik kerja atau pulang dari sesuatu aktiviti, dia akan
cepat-cepat cari kita, nak share apa yang dia alami. Haa...kalau si suami ni
macam ni, in shaa Allah dia hargai kita sebagai teman rapatnya untuk dia
bercerita dan meluahkan segala yang dia rasai. Waktu ini, seeloknya isteri kena
tekun mendengar apa yang dicakapkan oleh si suami. Jangan pulak mengelamun
tempat lain, atau berfikir tentang hal-hal lain, sehingga apa yang suami
cakapkan isteri tidak faham. Dikhuatiri suami akan beralih mencari seseorang
yang lain untuk dia berkonsi cerita.
8. Bercakap lembut dan bermanja dengannya.
Kadang-kadang
kita tak perasan kita selalu bermasam muka dan bercakap kasar dengan suami.
Mira faham..kadang-kadang bila kita penat kita akan mudah jadi marah.
Fitrah
suami sukakan benda yang menenangkannya. Dia suka tengok kita senyum kat dia, dia
akan rasa tenang. Isteri mesti gunakan bahasa yang sopan bila berbual dengan
suami. Kalau boleh susun juga ayat-ayat yang sesuai supaya dengan keadaan
supaya suami tidak terguris hatinya.
Jika dia
marah-marah, lebih baik diam dan jangan menjawab. Kerana suami apabila kita
isterinya menjawab, dia akan rasa tercabar dan mungkin akan jadi lebih marah.
Buruk akibatnya. Emosi kita pun akan lebih tercalar berbanding kita diam dan
istifar dalam hati.
“Isteri janganlah berkasar dengan suami yang
baik dan soleh. Kerana Bidadari di Syurga akan terus berdoa semoga Suaminya itu
cepat masuk Syurga dan berkata binasalah kepada wanita itu...” – Ustazah Nurhafizah
Musa-
Suami
juga suka bila isteri bermanja dengannya. Kalau dia tengah buat sesuatu tu,
cubalah peluk dia dari belakang..cakaplah kita rindukan dia.. In shaa Allah...cair..Silap2
dia juga akan balas pelukan isterinya tu. Hehe..
9. Cepat-cepat minta maaf jika buat salah dengan
Suami.
Minta
maaf ni satu perkara yang susah bagi suami atau isteri yang menggunung egonya.
So, kalau kita nak jadi isteri solehah, kita kena banyak sabar, minta lah maaf dengan
suami walaupun kedua-duanya memang salah. Tak hilang seri kita kalau kita minta
maaf dulu. Silap-silap suami akan termalu dengan perbuatannya, dan dia juga
akan terut meminta maaf dan keadaan akan jadi lebih baik daripada sebelumnya.
10. Menjaga rumah, anak-anak dan harta bendanya.
Suami ni
bekerja. Bila dia balik ke rumah, sebolehnya dia perlukan suasana rumah yang
tenang untuk badan dan fikirannya berehat. Jadi, kenalah pastikan rumah selalu
kemas. Oh..anak-anak suka sepahkan. Betul..Mira pun ada 2 anak-anak kecil yang
selalu buat sepah. Jadi Mira mintak mereka tolong kemaskan sebelum ayah mereka
sampai.
Jika
suami isteri bekerja pula, kenalah masing-masing ambil peranan masing-masing
untuk mengharmonikan suasana rumah. Supaya rasa lebih seronok, tenang bila
berada di rumah.
11. Jangan kerap berleter panjang.
Ok. Berleter ni memang sinonim dengan wanita. Apatah lagi yang dah kahwin. Double tripple leteran nya bila anak-anak dah ramai. Haa.. begituu.
Ok, sebelum Mira kata 'Jangan', jom kita check diri kita..seronok tak kita kalau mak atau ayah, atau kakak atau adik beradik rapat kita asyik berleter dengan kita bila kita berjumpa. Asal jumpa berleter..asal berleter je jumpa. Kita ada perasaan malas tak nak jumpa diorang? Of course la kann.. Kalau tanya Mira, memang mula-mula Mira rasa tak apa. Nak berleter? Leter lah sampai puas. Weh..lama-lama pening jugak tau.. Korang yang dok cuba-cuba buat tips-tips ni, haa cuba pejam mata..tadah telinga, masuk telingan kanan - keluar telinga kiri. In shaa Allah hubungan baik dengan adik beradik pun ok. Kann..
Kalau kita gerammm sangat dengan husband. Memang kena jugak luahkan apa terbuku kat hati tentang suami.. maka kita tarik nafas panjang-panjang. Istifar..ingat macam ni "Ya Allah. Engkau sedang tahu isi hatiku, "Jagalah isi hatiku sebaiknya Ya Allah.. jangan lah ditinggalkan aku walau sesaat"Allah. Malaikat mesti tengah tengok aku yang sedam muram ni. Allah mesti sedang buat yang paling best dan berkesan untuk Mira. Memberikan 'love notes' kepadanya secara senyap-senyap pun oka jugak. So at least dia tahu apa yang kita rasa.
12. Jaga penampilan dan bersiap untuk dia dengan
cara kita dan semampu yang boleh.
Tak kisah lah kita ni suri rumah atau wanita berkerjaya. Kita kena jaga penampilan sewaktu berhadapan dengan suami. Ada satu kes ni, bila duduk di rumah, sewaktu suaminya tak ada, memang pakaiannya biasa-biasa sahaja...t-shirt dan kain batik. Kadang-kadang pakai seluar leggings. Ada jugak yang jenis recycle baju semalam, pakai hingga ke harini sebab tak nak basuhannya jadi banyak. hohooo..macam-macam kan.
Pernah jumpa wanita ni.. dia adalah suri rumah sepenuh masa. Mira pernah tanya dengan dia sewaktu Mira lawat dia sekeluarga. Waktu saya pergi tu dia tengah buat kerja-kerja memasak di dapur. Masuk-masuk aje wangi semerbak rumah dengan haruman Essential Oil. Lepas tu bila jengah sikit ke ruangan dapur kering, baru terbau masakan dia. Mira masuk bersalam. Katanya suaminya tengah outstation. Hanya dia dan anak-anak aje yang ada kat umah. Mira tengok dia masak banyak jenis lauk. Pakaiannya..macam nak pegi jalan-jalan, shopping gitu. Pernah juga waktu datang, sewaktu suaminy ada.. dia pakai kebaya lama. Ketat kat pinggang. katanya tu baju favourite husband dia. Bila dia pakai husband suka tengok dia dengan senyuman. Haa..nampak tak tu significant changes yang berlaku kat suami dia.
So kita pun kena lah pakai elok2 kat rumah. Terutamanya bila suami kita ada kat rumah. Jangan lah 'menjemukan' matanya dengan hanya pakai t-shirt-seluar atau berkain batik aja. Saya tak kata pakai kain batik tu tak cantik. Bukan macam tu. Maksud saya pakaian yang biasa-biasa sangat si suami tengok. Malah ada yang pakai serabut rambut tak dirias, muka tempel dengan bedak sejuk atau mask. Macam mana suami tak nak tengok kita, nak tengok pun dah jemu..hehe.
13. Utamakan kehendak suami dan cuba penuhi permintaannya.
Pernah
tak kita dihimpit rasa bersalah bila kehendak suami dan anak-anak datang silih
berganti. Waktu ini selalunya si ibu akan utamakan anak-anaknya.
Contoh lah
kann.. suami panggil sebab nak tunjukkan sesuatu di televisyen. Kita yang di
dapur tengah melayan kerenah anak yang dah lah picky eater dan susah nak makan.
Kalau
experience Mira..anak yang picky eater ni tengah makan, kalau boleh nak teman
dia sampai dia siap makan. Kalau kita pergi tempat lain hilang mood dia nak
makan. Ibu mana tak risau kalau anak degil tak nak makan.
So kalau suami panggil, menyahut lah dulu. Kita menyahut atau orang utara sebut 'menyeut' dulu panggilan husband tercinta. Kalau boleh kita pergi kat dia terus kat dia. Dia akan rasa..isteri dia memang sentiasa utama kan dia. Kadang-kadang suami ni nak test kita aje. So, kalau emosi kita teruji, banyakkan bersabar dan mohon doa pada Allah.
“Bila kita niat nak jadi baik.. mohon lah pada Allah, dan berusahalah bersungguh-sungguh ke arah itu.. sesungguhnya Allah akan mudahkan urusan kita..Amiinn”.
“Isteri solehah adalah isteri yang taat kepada
Allah, Rasul dan suaminya”.
“Suami yang soleh akan sentiasa sayang
isterinya kerana Allah dan membimbing isterinya ke jalan yang diredhoi Allah
s.w.t”
“Apabila seorang perempuan mendirikan
sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kerhormatan dan
taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu
yang dia sukai” (Hadith Riwayat Ahman)
Sunday, 18 September 2016
Tips hilangkan ANEMIA, Hilangkan rasa penat, Kurangkan Mengah-mengah mengandung, Hilangkan Simptom Nak Pitam, Dapatkan BP normal, Dapatkan HB Normal.
VITALEA KONSISTEN- Dis. 2015 ~ Sept. -2016
Post ni agak panjang, tapi untuk
kebaikan semua, demi sharing ni, Mira tak dapat nak pendekkan lagi jumlah
perkataan dlm post ni. Ni sehabis pendek lah..hihii..
Alhamdulillah.. Mira nak kongsi kebaikan VITALEA yang Mira start makan dari Dis 2015 sampai sekarang, and still counting.
Throwback:
- Dulu, selalu aje penat, mengah, letih lesu aje.
- Cepat rasa nak pitam.
- Bila habis kerja, balik terus power nap dulu (fatigue nap sebenarnya..haha), kemudian baru bangun makan dengan suami, anak-anak.
- Weekend, rasa macam nak qado' tido. Nak rehat aje. Layan anak-anak pun pun sambil2 merehatkan diri. Tak nak pergi jalan mana-mana. Selalu mintak suami urutkan badan sebab rasa lenguh-lenguh seluruh badan.
- Lepas masak pagi, pantang letak kepala terus aje tertido.
- Kat ofis selalu letih lesu. Drive lama sikit, balik rasa lenguh satu badan.. macam nak tidoo aje tak nak bangun.
- Kaki selalu sakit sebab urat banir (vericose vein) teruk.
- Mengandung - HB asyik rendah..9-10 tu normal lah bagi Mira. Makan iron tablet dan hematinik KK bagi.
- Check up setiap 2 minggu sebab problem HB sampai dah masuk trimester ke-3.
- BP pulak kadang2 drop. Doc selalu berleter Mira banyakkan rehat. Jangan pakai kasut berat-berat katenye (safety boot kan berat). Jangan jalan banyak-banyak. Last2 Doc kat Hospital bagi surat light work, light travel. Lepas tu Doc prescribed multivitamin Iberet Folic (IF) 500 (multivitamin ni Doc tu kata ianya yang paling bagus untuk pesakit anemia)
- Walaupun ambil IF, result HB : Masih bawah 9. Kadang-kadang bila takut kene leter, seminggu sebelum checkup, Mira banyak makan daging kambing nasi arab, makan soya, makan tempe, makan hati ayam, makan sambal kerang, udang, buah betik, jambu dan tembikai. Banyak ratah ikan bilis goreng...Bila cucuk finger prick dapat la 9.8, kalau FBC dapatlah 10.2.. Sigh...
- Nurse pernah ugut, kalau HB tak boleh naik lagi diorang akan cucuk iron (tak ingat term dia apa) setiap hari, setiap minggu sehingga bersalin. Risau sangat. Huu..tak nakk...sakit cucuk tu.
Anak ke-4 (awal trimester ke3)
![]() |
| Mula-mula Vitalea dan Vita C. Lepas tu selepas pantang, Mira combine dengan Letchitin pulak. Nak kurangkan / elakkan jadi pelupa. |
- Konsisten makan VITALEA seminggu.
- HB naik normal. Iye !!! Seminggu aje..
- HB dah normal.
- BP normal. Badan cergas.
- Nak melasak pulak. Terlupa kejap diri tengah 8 bulan mengandung.
- Takde mengantuk-ngantuk kat ofis dah.
- Check up sebulan sekali aje.
Lepas sebulan lagi checkup:
- HB di paras 11-13. Alhamdulillah.
- Tapi tak pelik ke.. Brand KK, Brand I dan Brand B yang Mira dah cuba semua nya tak menunjukkan significant impact. Padahal iron content dia tinggi. Brand KK: 200 mg /tablet; Brand B: 250 mg/tablet. Brand IF: 500 mg/tablet. Wow...banyak kan iron content dia sekali telan. Dah tu brand IF ni plak memang antara obimin terbaik untuk anemic patient.
- Bila makan Vitalea.. (mula rasa tak akan berkesan. Sebab iron content dia Cuma 9 mg. Ahahah.. dalam hati kate) Sebabnya waktu tu ingat Brand lain semuanya tinggi iron contentnya pun tak lepas2 HB ni, inikan 9 mg iron per tablet ? Impossible !! Masuk longkang ler jawabnya..(kasarkan kata hati ni).
Tapiii you all...
- This is a real story. Bila Mira konsisten ambil Vitalea dalam 1 minggu. Next day check up terus HB 11.7. Wow !! terkezut hakak !!. Bila Mira tanya dengan pakar nutrisi, rupa-rupanya Mira ni nutrient deficiency, bila tak cukup nutrien dalam badan menyebabkan iron mineral lain seperti folate, B complex tak boleh diserap secara optimum ke dalam badan. Haish...patut lah HB tak naik, BP pun low.
- So, nampak tak... Kita usaha makan supplement yang kita rasa murah (tapi mahal sebenarnya). Pulak tu beli mahai2 badan tak serap, tak ke membazir aje??.. Sebab tu sokmo aje badan ni Anemia.
- Real food kena makan jugak. Tapi kena konsisten ambil supplement. Terutamanya yang mengandung, yang tak sihat, imunisasi rendah, yang kurang atau 'rajin sgt' bab excercise hehe dan seumpamanya lagi..dan lagi.....bla..bla..bla..
Shaklee Mahal. Betulkah ianya mahal ? Jom kita tengok...
- Kalau nak kena konsisten, maksudnya hari-hari kena makan at least sebiji tak boleh miss. So cemane ongkos nak beli satu botol multivite yang mahal ni ??? Kata orang yang belum mengenali Shaklee produk.
Ok. Mira dah buat
kira-kira dan perbandingan dengan Iron tablet brand yang lain.
- Brand IF = 1 biji / RM 1.70. 1 biji sehari......HB low
- Brand B = 1 biji / RM 1.00. 2 biji sehari.....HB low
- Brand Shaklee = 1 biji / 60 sen / 2 biji sehari......HB NORMAL...Yeay!!!!!
So..mahal ke ? Lebih mahal kalau kita ambil supplement yang murah tapi tak berkesan. Pulak tu tak selamat pada badan, yakni bukan semulajadi. Banyak bahan kimia sintetik..
Ok..Berapa botol dah habis setakat ni ??? Dari Disember 2015 - September 2016
- 10 bulan = 3 botol dan masih belum
habis.
Ok..meh sini kita singkap..apa sebenarnya
ada dalam VITALEA Shaklee:
- · 28 multivitamin & mineral yang diproses dari bahan-bahan semulajadi dan tiada bahan kimia.
- · Tambahan 19 lagi elemen penting untuk keseimbangan tubuh.
Kalau tak cukup mineral yang penting yang badan kita perlukan..memang sukar
nutrien2 perlu untuk masuk dalam badan. So sel-sel dan organ dan sistem sukar
bekerja secara optimum.
- Tekstur yang licin, mudah ditelan.
- Sehari sebiji atau 2 biji dah cukup.
- Semua bahan-bahan di dalam 1 tablet adalah diproses secara semulajadi tanpa bahan kimia.
- Disebabkan ianya bersifat semulajadi, ia dapat memenuhi ruang kosong dan lompong dan tubuh badan secara optimum.
- Selebihnya boleh di dapati dari makanan seharian seperti nasi, sayur-sayuran, makanan berdaging, ikan, telur, susu dan tenusu dan kekacang.
- Diproses secara semulajadi, tiada bahan kimia atau mineral sintetik.
Ok.
Semua di atas adalah real. Berlaku pada diri Mira sendiri.
Sape-sape yang berminat nak tahu lagi
pasal VITALEA ni, boleh pm Mira.
Thank you sebab baca post yang panjang
ni..hehe..
Mira
019-2821775
#Pengedar_KonsultansiShakleeAnda
#COD_Sijangkang_TPG_BukitTinggi_Klang
Wednesday, 14 September 2016
EXPERT PASAL PRODUCT SHAKLEE
Alhamdulillah. Setelah selesai kelas nutrisi produk Shaklee 20
Ogos 2016 yg dah pun berlalu, Mira dah dapat satu ilmu yang sangat bagus untuk dikongsikan
dengan semua orang.
Antaranya Multivitamin. Gabungan vitamin dan mineral yang
banyak dalam buah-buahan, makanan semulajadi dan sayuran hijau dan berwarna ada
dalam satu tablet multivitamin ni. Semua list vitamin dan mineral yang
diperlukan oleh badan, iaitu Vitalea.
Macam Mira dan keluarga, memang jarang lah nak makan sayur dan
ulam-ulaman. Ntah nak jelaskan sebab ape pun tak tahu. Bukan tak cuba, makan
juga. Tapi jadi hangat-hangat tahi ayam. Sekejap aje beriya makan, lepas tu tak
makan dah. Beli banyak, tak makan dan rosak, lalu buang. Salah siapa kan..hehe.
So, untuk tak nak lagi beri alasan itu ini. So selalunya Mira akan beli sayur
yang tahan lama dalam petiais. Haha..boleh agak kot sayur apa yg tahan lama
kann. Timun, kobis, ikan bilis, tempeh, baby jagung, tomato. Haa..yang ni
memang senang nak simpan. Kalau green leaf vegetables, memang cepat daunnya
kuning atau rosak kalau tak makan.
Ok, back to multivitamin tadi. Mira suke sangat dengan
Vitalea ni sebab ianya bagus untuk mereka yang kurang zat besi. Macam Mira, dulu
setiap kali pregnant mesti susah nak dapat HB yang cantik kat buku merah klinik
kesihatan tu, asyik ditanda dengan pen merah aje sebab bawah dari 11 mg/L. Maka
kena lah setiap 2 minggu pergi checkup kat KK. Nurse yang baik hati siap bagi
hematinik dan iron tablet 100 mg untuk dimakan setiap hari. Dengan harapan HB Mira
akan naik ke paras 11mg/l. Tapi tak jugak. Selalu sangat kurang daripada tu dan
pernah sampai 9mg/L. Bayangkan lah waktu tu Mira dah third trimester. Kalau
kekurangan HB dalam darah memang bahaya pada kandungan dan ibu waktu nak
melahirkan. Tinggi risiko. Antaranya anak boleh dilahirkan pramatang dan ibu
boleh tumpah darah selepas bersalin. Ada juga yang sampai maut kepada anak atau
ibu atau kedua2 nya. Kesiankan.
Sebenarnya kita boleh elakkan perkara-perkara tu berlaku
pada kita. Kena sentiasa beringatlah kan.. Kalau kita mohon pada Allah untuk
diberikan cahaya mata pada kita, mestilah kita minta amanah dari Allah.
Bila Allah dah bagi, kita kene jaga amanah itu semampu yang
kita boleh. Maksudnya, kalau kita mampu buat dari usia kandungan 1 hari
sekalipun, so, kita kena buat. Itu dah jadi tanggungjawab kita untuk jaga
amanah yang Allah dah bagi kat kita.. kann.
Vitalea ni memang solusi terbaik lah. Tapi seeloknya kita
ambil set lengkap mengandung Shaklee. Supaya ibu dan anak dalam kandungan akan
dapat khasiat yang penuh dan padu, sepanjang tempoh 9 bulan, sehinggalah waktu
kelahiran.
Yang bestnya, disebabkan pengambilan nutrisi yang lengkap
tu, bila kita dalam pantang pun kita akan jadi lebih kuat, in shaa Allah.
Yang penting, utamakan niat kita kerana Allah. In shaa Allah
Allah akan tunjukkan jalannya.
Tuesday, 13 September 2016
COACHING & LEARNING
Alhamdulillah.. syukur sekali lagi pada Allah sebab temukan Mira dengan kawan sangat Mira sayang, in shaa Allah sampai akhirat nanti harapnya. Ameen.
Sape tu?
Nurul Idayu Kambali namenye. Nama manja Ayu. Orangnya kecik comei aje. Hehe. Alhamdulillah...sampai jugak dia ke rumah Mira. Tujuannya
nak coaching Mira. Maklumlah, baru pergi kelas nutrisi haritu, mestilah nak kena set target untuk capai matlamat WHAM ni kan. Aduhai.. baik tak coach macam ni. Mana nak dapat coach yang walk-in ke
rumah semata-mata nak share segala ilmu yang dia ada. Pulak tu yang best, dia
ni kerja...siap ambik cuti lagi.. Dia hantar anak2 kat pengasuh dan datang rumah Mira. Mira ni, kalau weekdays susah sikit nak keluar rumah dengan anak-anak kecik. Weekend coach kita plak yang akan sibuk. Maklumlah kan dia wanita bekerjaya..so, weekend adalah WAHM day and family time.
Syukur dapat jugak curik masa Mira masak nasi goreng untuk breakfast tadi. Tujuannya takdelah kelam kabut nanti waktu tengah coaching dengan Ayu.
Banyak betul yang dipelajari harini. Coach ayu ni pun sangat
lah sabar dengan anak2 Mira yang aktifnya bagai spiderman. Berlari2 atas tempat
ayu letak buku2 nya. Panjat atas Mira dan kejap2 panjat atas ayu.. tetap
jugak Ayu teruskan coachingnya dengan sabar dan rilex aje. Suke I tengaok kesabaran dia.
Selain
ilmu Shaklee, iaitu ilmu bisnes dunia nih, Ayu share jugak tentang ilmu bisnes akhirat. Maklumkann..kita pencari rezeki. Yang Maha Pemberi Rezeki adalah Allah.
Bukan tu je.. MasyaAllah.. ilmu kekeluargaan dan anak-anak pun Ayu
share. Ish... ternganga mulut I (dalam hati) bila teringat betapa tekadnya
dia untuk coaching Mira sampai berjaya objectives coaching harini.
Antara ilmu akhirat dan bisnes ni, Ayu share:
- Paling utama, niat bisnes ikhlas kerana redho Allah.
- Niat nak bantu orang lain untuk jadi sihat sama macam kita berusaha untuk diri kita dan keluarga kita jadi sihat.
- Niat untuk dapatkan keuntungan yang munasabah untuk kita capai objektif perniagaan kita. Yela kann..orang berniaga mestilah nak untung. Walaubagaimanapun jangan lupa diri. Untung Rugi adalah usaha kita dan izin Allah juga.
Matlamat dunia dan akhirat yang tercapai adalah bergantung pada redho Allah sepenuhnya. Yelah..contohnya
kalau kita berjaya untung banyak pun, memang sebab kita usaha. Tapi kalau Allah
tak redho..bukan ke istidraj tu namanya.. Haa..yang ni coach ayu tak ajar. Aku
yang ajar diri sendiri. Tetiba terlayang2 dalam sinaps ni benda ni.
RISIKO KEKURANGAN KALSIUM DALAM BADAN
Berkat kesabaran dan semangat dalam mengumpul ilmu nutrisi dan penyakit, Mira
yakin untuk berikan nasihat nutrisi kepada customer yang tanya berkenaan
produk.
Contohnya
macam hari ni. Ada customer yang juga kawan lama, ceritakan masalah isterinya
yang sering letih dan selalu sakit pinggang. Isterinya juga ada symtom
kekurangan kalsium sebab sakit pinggang hampir setiap hari selalu lenguh2 di seluruh
badan. Setiap kali isterinya mengandung, giginya rosak dan terpaksa dibuang. Kes-kes
begini, bukan sahaja membahayakan ibu semasa mengandung, tetapi turut sama
membahayakan si anak dalam kandungan. Setelah melahirkan, si ibu berisiko untuk
mendapat penyakit kerapuhan tulang atau osteoporosis. Tumbesaran anak pula akan
terganggu dan membahayakan anak setelah usianya di awal remaja.
![]() |
| Ni lah Ostematrix nye. Tiap2 malam mesti Mira kena makan ni. Untuk penjagaan tulang yang optimum. Maklumlah dah masuk 3 series..hihi. |
Alhamdulillah
Alhamdulillah syukur pada Allah subhanallah. Berkat petunjuk dariNya, Mira buat juga blog akhirnya. Memang dari dulu nak blogging. Tapi takde masa. Lebih tepat lagi, hidup rasa busy memanjang, letih dan tiada masa untuk diri sendiri.
Tapi harini dah pun buat blog. Walaupun masih belum ada ape2..syukur dan terima kasih sangat2 kat kawan2 yang 'memaksa' Mira buat blog untuk kepentingan harini dan esok2 di masa depan.
Mira ni ibu bercahaya mata 4 orang puera dan puteri. Tinggal kat Sijangkang, Kuala Langat. Isteri, ibu dan suri rumah sepenuh masa. Hobi..hahha.. masih mencari yg pasti. Tapi apapun, mira sukee sgt menjahit. Sampai sanggup habiskan duit beli mesin jahit tepi walaupun mahal. Bab nk belajar menjahit ni, isy...bila ek. Mudah2an..Allah bagi satu masa yg pasti. Ameen.
Tapi harini dah pun buat blog. Walaupun masih belum ada ape2..syukur dan terima kasih sangat2 kat kawan2 yang 'memaksa' Mira buat blog untuk kepentingan harini dan esok2 di masa depan.
Mira ni ibu bercahaya mata 4 orang puera dan puteri. Tinggal kat Sijangkang, Kuala Langat. Isteri, ibu dan suri rumah sepenuh masa. Hobi..hahha.. masih mencari yg pasti. Tapi apapun, mira sukee sgt menjahit. Sampai sanggup habiskan duit beli mesin jahit tepi walaupun mahal. Bab nk belajar menjahit ni, isy...bila ek. Mudah2an..Allah bagi satu masa yg pasti. Ameen.
Subscribe to:
Posts (Atom)









